Re: [islah-net] KEMAKSUMAN RASUL ALLAH

2005-07-14 Terurut Topik Abg Omar

Tulisan ini tidak bincang dari sudut pengajian sifat 20 atau pengajian tawheed.. 
jadi... tak relaven la agaknye kot?.he he hehhRidhuan Hakim [EMAIL PROTECTED] wrote:

KEMAKSUMAN RASUL

Kemaksuman para Nabi dan Rasul ditetapkan kepastiannya berdasarkan akal. Sebab keberadaannya sebagai Nabi atau Rasul telah memastikan bahawa dia maksum dalam hal penyampaian risalah (tabligh) yang datang dari Allah. Apabila terjadi suatu cacat yang memungkinkan hilangnya sifat kemaksuman, meskipun dalam satu masalah saja, bererti ada kemungkinan terjadinya cacat pada seluruh masalah. Jika itu terjadi, maka akan rosaklah nilai kenabian dan kerasulan secara keseluruhan. Kepastian bahawa seseorang adalah nabi atau rasul yang diutus Allah, bererti pula bahawa ia bersifat maksum dalam masalah penyampaian risalah yang datang dari Allah.

Kemaksuman dalam hal tabligh bersifat pasti, sehingga ingkar/kufur terhadap sifat ini bererti kufur terhadap risalah yang dibawa oleh Rasul tersebut, atau kufur terhadap kenabiannya yang telah ditetapkan oleh Allah. Adapun kemaksuman dalam perbuatan-perbuatan yang berlawanan dengan perintah dan larangan Allah, maka yang menjadi suatu kepastian bahawa Rasul/Nabi maksum dalam perbuatan yang termasuk kategori dosa-dosa besar (Al kabaair) sehingga seorang Nabi atau Rasul tidak mungkin melakukan suatu perbuatan yang termasuk dosa besar secara mutlak. Sebab, mengerjakan suatu dosa besar bererti telah terjerumus dalam "kemaksiatan". Padahal ketaatan itu tidak dapat dipisah (harus utuh), begitu juga kemaksiatan tidak bersifat parsial. Jika kemaksiatan telah mewarnai suatu perbuatan, maka ia akan merambat pada masalah tabligh (penyampaian risalah). Hal ini jelas bertentangan dengan (hakikat)
 risalah dan kenabian. Oleh kerana itu para Nabi dan Rasul bersifat maksum terhadap dosa-dosa besar, sebagaimana maksumnya mereka dalam penyampaian risalah (tabligh).

Adapun terhadap dosa-dosa kecil (Ash shaghaair) para ulama berbeza pendapat, apakah para Nabi dan Rasul maksum dari perbuatan dosa-dosa kecil. Sebahagian mengatakan para Nabi/Rasul tidak maksum dari mengerjakan dosa-dosa kecil, sebab hal itu tidak termasuk kategori "maksiat". Sedangkan sebahagian lainnya mengatakan, para Nabi/Rasul maksum dari mengerjakan dosa-dosa kecil, sebab hal itu sudah termasuk kategori "maksiat".

Yang benar adalah bahawa semua yang haram untuk dikerjakan dan yang wajib dilakukan, iaitu berupa seluruh jenis fardhu dan seluruh bentuk yang haram, maka dalam hal ini para Nabi dan Rasul bersifat maksum. Dengan demikian mereka maksum dari mengerjakan sesuatu yang diharamkan atau meninggalkan suatu kewajiban. Baik hal itu termasuk dosa-dosa besar atau dosa-dosa kecil. Ini bererti mereka maksum dari mengerjakan setiap sesuatu yang termasuk perbuatan ma'siat.

Selain itu dalam tindakan yang termasuk khilaful aula (tidak mengerjakan yang terbaik/paling layak), maka mereka tidaklah maksum. Dibolehkan mereka mengerjakan tindakan khilaful aula secara mutlaq. Sebab, ditinjau dari berbagai sudut manapun, hal itu tidak termasuk dalam jenis maksiat. 

Demikianlah, dapat dipastikan secara aqli, adanya sifat maksum pada Nabi dan Rasul yang ditentukan oleh keberadaan mereka sebagai Nabi dan Rasul.

Sayyidina Muhammad SAW adalah seorang Nabi dan Rasul. Beliau, sebagaimana Nabi dan Rasul lainnya maksum dari kesalahan dalam menyampaikan sesuatu yang berasal dari Allah SWT. Hal ini bersifat pasti sebagaimana yang telah ditunjukkan dengan dalil-dalil aqal mahupun syara'. Rasulullah SAW tidak pernah menyampaikan satu hukum pun, kecuali dari al wahyu. Allah berfirman:

"Katakanlah, sesungguhnya aku hanyalah memberi peringatan kepadamu dengan al wahyu" (QS. Al Anbiyaa: 45)

Maksud ayat itu adalah : katakanlah kepada mereka wahai Muhammad, bahawasanya aku hanyalah memberi peringatan kepadamu dengan al wahyu yang diturunkan kepadaku. Dengan kata lain, peringatan-peringatan kepadamu hanya terbatas pada yang di wahyukan saja. Dan Allah SWT berfirman:

"(Dan) Dia (Muhammad) tidaklah mengucapkan sesuatu dari hawa nafsunya. Apa yang diucapkannya itu hanyalah wahyu yang diwahyukan" (QS An Najm: 3-4)

Lafaz “wahyu” dalam bentuk umum, mencakup Al Qur'an dan selain Al Qur'an. Tidak ditemukan satu nas pun, baik dari Al Qur'an mahupun Sunnah yang mengkhususkan (mentakhshish) wahyu tersebut hanya dengan Al Qur'an saja. Maka ia tetap dalam bentuk umum. Ertinya, seluruh ucapan Rasulullah SAW dalam masalah tasyri', hanya berupa wahyu yang diwahyukan kepadanya. Tidak dibenarkan melakukan pengkhususan erti lafaz tersebut, bahawa apa yang diucapkan Rasul SAW hanyalah Al Qur'an saja, tetapi lafaz itu tetap dalam bentuk umum yang mencakup Al Qur'an dan Hadis.

Adapun pengkhususan ayat ini dengan hanya apa yang disampaikan Allah berupa tasyri', hukum-hukum, aqaaid, pemikiran-pemikiran dan kisah-kisah, serta tidak tercakup di dalamnya persoalan uslub (cara) dan sarana-sarana dalam membuat strategi peperangan, misalnya, teknik pendebungaan tanaman kurma dan lain 

[islah-net] KEMAKSUMAN RASUL ALLAH

2005-07-13 Terurut Topik Ridhuan Hakim

Adapun pengkhususan ayat ini dengan hanya apa yang disampaikan Allah berupa tasyri', hukum-hukum, aqaaid, pemikiran-pemikiran dan kisah-kisah, serta tidak tercakup di dalamnya persoalan uslub (cara) dan sarana-sarana dalam membuat strategi peperangan, misalnya, teknik pendebungaan tanaman kurma dan lain sebagainya. Maka hal itu disebabkan beliau memiliki kedudukan sebagai Rasul. Dan pembahasan di sini berkenaan dengan keberadaan beliau sebagai Rasul dan apa yang dibawa oleh beliau