Wa'alaikumsalam! Terimakasih atas response yang diterima. Jelaslah yang persoalan MLM dan Bank Islam adalah persoalan ijtihadiah dan setiap Muslim boleh mengikuti mana-mana pendapat yang diyakininya tanpa paksaan.
Tentang persoalan demokrasi dan pilihanraya, haikal menyatakan yang demokrasi JELAS kufur dan bukan perkara ijtihadiah. Jadi ini bermakna bagi haikal, demokrasi adalah haram secara qath'ie dan siapa yang cuba mengfatwakannya halal adalah berdosa besar (akidahnya juga boleh diragui) kerana cuba menghalalkan benda yang haram sama seperti perbuatan menghalalkan zina yang telah diharamkan oleh Al-Quran secara qath'ie. Maafkan saya kerana memberikan contoh yang ekstreme, tapi itulah yang saya faham. Sila betulkan saya sekiranya saya silap faham atas tulisan haikal. Atau mungkin haikal berpendapat demokrasi mutlak sebagaimana yang berasal dari barat sahaja yang haram dan demokrasi yang dibentuk menurut Al-Quran dan Sunnah boleh diterima? Atau 'no such thing' yang demokrasi boleh dibentuk melalui Al-Quran dan Sunnah? Mungkinkah juga kebebasan bersuara (berpendapat), kebebasan beragama, kebebasan berhak milik dan kebebasan bertingkah laku yang digubal melalui Perlembagaan Malaysia, Akta Parlimen dan Enakmen kerajaan negeri yang tidak bertentangan dengan Islam boleh diterima oleh haikal? Bagaimana pula dengan umat Islam yang menggunakan demokrasi dan pilihanraya bagi menegakkan negara Islam seperti melaksanakan hukum hudud melalui ahli Parlimen dan ADUN? Sekian terimakasih tokbatin --- In [EMAIL PROTECTED], "ir_haikal" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > Assalamualaikum wbt > > Persoalan yang baik dikemukakan oleh tok batin asli. maaf, ana tidak > terperasan posting ini pada awalnya. mungkin kerana pelbagai > pembahasan yang berlaianan menggunakan tajuk yang sama. > > Ana jawab secara ringkas.dakwah di alam nyata perlu didahulukan dan > ana juga agak sibuk dengan beban kerja kebelakangan ini. > > membincangkan 4 perkara tersebut: > 1. Pembahasan MLM ini adalah perkara ijtihadiah. apa yang berlaku > bagi kes MLM ini sebenarnya pengkajian manath yang mana hukum bagi > setiap aktivitu muamalat tersebut telah dijelaskan oleh para fuqaha. > sebagai contoh, hukum dan rincian bagi bai', ijarah, samsarah, dan > hukum2 muamalat lain telah diperincikan ole para fuqaha. apa yang > diperlukan disini, adalah tahqiqul manath perkara tersebut bagi > pembahasan MLM. > > tahqiqul manath ini kadang2 juga dipanggil ijtihad oleh para ulama. > Imam syatibi dalam kitabnya al-muwafaqat mengatakan: > > "objek2 yang menghendaki penentuan manatah dan yang serupa dengannya > mesti diambil dalil dari yang sesuai dengan faktanya atas segala > sesuatu yang diturunkan" > > > 2&3 soal pilihanraya dan demokrasi > hukum asal bagi perbuatan adalah terikat dengan hukum syara. tiada > dalil yang mengharamkan pilihanraya. pilihanraya in sama dengan > mengundi ketua darjah, ketua pasukan. hukumnya dalah harus. > > yang menjadi keharaman adalah apabila pilihanraya tersebut terkait > dengan demokrasi. > Demokrasi ini adalah suatu sistem pemerintahan yang bertentangan > dengan islam dari segi aqidah. asas bagi demokrasi adalah > sekularisme yakni pemisahan anatar agama dan kehidupan. ini > bermakna, Islam tidak ada peranan dalam menentukan hukum dimuka > bumi, tetapi diambil alih oleh ahli perlimen. demokrasi juga > berperanan menjaga 4 kebebasan yang nyata juga bertentang dengan > AQIDAH islam: > a)kebebasan beragama > b)kebebasan bertingkah laku > c)kebebasab berhak milik > d)kebebasan berpendapat > > kesemua idea kebebasan ini nyata bertentangan dengan aqidah islam. > demokrasi ini adalah idea yang jelas kufur(kuffran bawwahan) > ditinjau dari aspek aqidah dan perlaksanaannya.kaedah syara: tidak > ada ijtihad setelah ada nas(yang jelas). > > demokrasi ini jelas kufur, maka ia bukan perkara ijtihadiah. > > 4. soal bank 'islam' > dalam soal ini perlu dikaji satu persatu waqi'e transaksi muamalat > tersebut. tidak boleh dilonggok semua haram atau semua halal. ia > perlu dikaji satu persatu secara fiqih. > > segala pendangan membina atas nama mencari kebenaran, didoakan > mendapat keredhaan Allah. > > save the world with islam, > haikal > > > > > > > --- In [EMAIL PROTECTED], "tokbatinasli" <[EMAIL PROTECTED]> > wrote: > > > > Asalamualaikum! > > > > Terimakasih atas jawapan-jawapan yang diberikan. Cuma saya masih > lagi > > tunggu jawapan dari ir haikal. Kalau Merong nak jawab lagi baik. > Ianya > > penting untuk kita tahu perdebatan ini samada ianya berkisar > tentang > > masalah ijtihadiah atau masalah hukum qath'ie yang tidak boleh lagi > > dipertikaikan. > > > > Tokbatin > > > > --- In [EMAIL PROTECTED], "sandek2004" <[EMAIL PROTECTED]> > wrote: > > > --- In [EMAIL PROTECTED], "orangmalaya" > <[EMAIL PROTECTED]> > > > wrote: > > > > --- In [EMAIL PROTECTED], "sandek2004" > <[EMAIL PROTECTED]> > > > > wrote: > > > > > wa'alaikumussalam warohmatullah, > > > > > > > > > > pandangan sandek: > > > > > > > > > > perkara 1-4,adalah isu ijtihadiah. Di dalamnya ada unsur > haram > > > > > seperti riba, judi dll namum ianya hanya dikira shubhah. > Tahap > > > > > syubhah ini kena dihitung terperinci, tidak boleh mengharam > atau > > > > > menghalalkan sesuatu perkara kerana halal haram itu hanya > hak > > > Allah > > > > > dan rasul-Nya, allahu'alam. > > > > > > > > > > > > resp: Sandek saya tumpang bagi pendapat sama bole kot:-) > > > > Kalau sandek kata itu isu ijtihadiah, sapa punya ijtihad? Yg > boleh > > > > ijtihad adalah Mujtahid. Yg bukan mujtahid tarak boleh > ijtihad. > > > Bukan > > > > Mujtahid dia kena Taqlid. Sebab yg bukan mujtahid dia ikut > suka dia > > > > aje, kalau dia rasa nak bagi halal dia kong kali kong jadi > halal > > > spt > > > > katanya berapa juta org terlibat dgn MLM etc. Tapi sampai > sekarang > > > > takde pun Mujtahid yg bagi dia punya fatwa. Thtl kata hanya > > > Mujtahid > > > > yg layak bagi fatwa mengenai kasus MLM, Jadi thtl pun bagi > fatwa > > > MLM > > > > adalah halal berdasar hujjah terkuat- MLM melibatkan ramai > orang > > > awam > > > > dan samsarah 'ala samsarah sebenarnya adalah sub-con ehe hehe. > Jadi > > > > adakah Thtl Mujtahid ataupun con-man? > > > > > > > > Jadi adakah MLM ini sebenarnya HALAM (halal + haram)? > > > > > > > ---------- > > > > > > kalu tanya ust Ismail Kamus jawapnya HALAM.:) > > > maksud sandek ialah hukum bagi 4 perkara yang di tanya oleh > > > tokbatinasli(takut sandek nama itu.. ) adalah pendapat dari > sumber > > > ijtihad, tak kira siapa mujtahidnya kerana hukum yang jelas > > > mengatakan MLM itu haram atau halal tak ada . Itu saja. Jadi > kita > > > perlu elak dari mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang > haram. > > > Yang syubhat dijauhi. Sandek naggak ikuti perbincangan, maaf. > Now apa > > > pendapat mujtahid Yusuf Qardawi atau lain lain? Sandek tak > terima > > > kalau halal itu berdasarkan majoriti atau banyak/sikit. Arak itu > > > sikit pun salah banyak pun salah...mungkin kalau ada masa sandek > > > lihat perbincangan tapi sandek pun dua kali lima bukan > mujtahid :)) ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Make a clean sweep of pop-up ads. Yahoo! Companion Toolbar. Now with Pop-Up Blocker. Get it for free! http://us.click.yahoo.com/L5YrjA/eSIIAA/yQLSAA/wpWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/