BIBLE MENCERITAKAN TENTANG NABI

 

Dalam surah Al-Baqarah ayat 146, Allah berfirman, “Orang-orang Yahudi dan Nasrani

yang Kami berikan Al-Kitab, yakni Taurat dan Injil, mengenali Muhammad sebagaimana 

mereka mengenali anak-anak mereka sendiri.”

 

Keturunan Kedar Akan Dikalahkan

 

Dalam The Revised Version of the Bible, terbitan British and Foreign Bible Society

pada bab Isaiah ayat 14 hingga17 disebutkan:

 

“The inhabitants of the land of Tema

brought water to him that was thirsty,

they prevented with their bread

him that fled. For they fled

from the swords …Within a year,

according to the years of an hireling,

and all the glory of Kedar shall fail:

And the residue of the number of archers,

the mighty men of the children of Kedar,

shall be diminished.”

 

Terjemahan mengikut Bible Indonesia AlKitab (1993) ialah:

 

“Hai penduduk tanah Tema, keluarlah,

Bawalah air kepada orang yang haus,

Pergilah, sambutlah orang pelarian dengan roti!

Sebab mereka melarikan diri terhadap pedang…..

Sebab beginilah firman Tuhan kepadaku:

“Dalam setahun lagi, menurut masa kerja perajurit upahan,

maka segala kemuliaan Kedar akan habis.

Dan daripada pemanah-pemanah yang gagah perkasa

Daripada bani Kedar, akan tinggal sejumlah kecil saja,

Sebab TUHAN, Allah Israel mengatakannya.”

 

Ayat ini adalah sambungan daripada kisah penghijrahan ke Tema di bumi Arab yang disebutkan sebelum ini. Berhubung dengan Kedar, tokoh-tokoh Kristian dan Islam mengesahkan bahawa Kedar atau Qaidhar ialah anak Nabi Ismail as. Ibn Athir di dalam bukunya Al-Kamil fit Tarikh menyebutkan: “Kemudian Nabi Ismail mengahwini As-Saidah binti Madhadh Al-Jurhami dan hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua belas orang cahaya mata: Nabat, Qaidhar, Uzail, Misya, Masma’, Rima, Masy, Aazar, Qathura, Fakas, Thumayya dan Qidman. Daripada kedua-dua anak Nabi Ismail yang bernama Nabat dan Qaidhar, lahirlah bangsa Arab.”

 

A.S. Fulton, di dalam The International Standard Bible Encyclopedia berkata, “Of the Ishmaelite tribes, Kedar must have been the most important, and thus in later times the name came to be applied to all the wild tribes of the desert. It is through Kedar that Muslim genealogists trace the descent of Muhummad from Ishmael,” yang bermaksud, “Berbanding kabilah-kabilah dari keturunan Ismail, Kedar boleh dianggap  sebagai  yang  terpenting dan pada zaman-zaman yang kemudian nama itu dikaitkan dengan seluruh kabilah Arab di padang pasir. Daripada  Kedar  inilah  pengkaji-pengkaji  Islam mengaitkan keturunan Nabi Muhammad kepada Nabi Ismail.”

 

Salah satu kabilah yang lahir daripada keturunan Kedar ialah Quraisy yang begitu berpengaruh di kota Mekah. Kabilah Quraisy banyak menentang Nabi Muhammad sehingga akhirnya berlakulah hijrah dan selepas itu Perang Badar. Kalimat-kalimat Bible 'within a year, according to the years of an hireling' yang bermaksud ‘dalam setahun lagi, mengikut masa kerja perajurit upahan’ begitu signifikan dengan sejarah Perang Badar, kerana ia berlaku pada tahun kedua hijrah, lebih kurang setahun selepas Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah. Peperangan ini dimenangi oleh umat Islam dan pemuka-pemuka Quraisy yang terbunuh di dalam peperangan ini berjumlah 70 orang. Kisah di dalam Bible ini amat selari dengan kisah penghijrahan  Nabi  Muhammad dan peristiwa Perang Badar. Nabi Isa as tidak mempunyai perkaitan sama sekali dengan anak Nabi Ismail as yang bernama Kedar dan Baginda juga tidak pernah berperang dengan keturunan Kedar.

 

Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin,

Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn Bhd.

Untuk Perincian Dapatkan 'Bukti Sains & Sejarah Kerasulan Nabi Muhammad,'

Karangan Dr. Danial bin Zainal Abidin

Ziarahi Laman Web di:  http://www.formulacemerlang.com 



///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
Children International
Would you give Hope to a Child in need?
 
· Click Here to meet a Girl
And Give Her Hope
· Click Here to meet a Boy
And Change His Life
Learn More


Yahoo! Groups Links

<<attachment: Glacier Bkgrd.jpg>>

Kirim email ke