Kami adalah anak syarikat Universiti Sains Malaysia yang bertanggungjawab dalam
mengkomersialkan sumber-sumber intelektual, saintifik dan fizikalnya. Kami
mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan
seperti berikut:
PEMBANTU AKAUN
(Pulau Pinang)
Bidang Tugas:
· Menyediakan invois, cek, resit dan penyata penyesuaian bank.
· Mengemaskini dan menfailkan data.
· Memasukkan data transaksi ke sistem perakaunan ACCPAC dan UBS.
· Menyediakan jadual pembayaran, laporan bulanan akaun dan penyata
perbelanjaan.
· Membuat tindakan susulan berhubung invois yang tidak dibayar oleh
pelanggan.
Kelayakan:
· Minima Diploma dalam bidang Perakaunan, LCCI atau yang setara
dengannya.
· Mempunyai satu (1) tahun pengalaman kerja dalam bidang perakaunan.
· Boleh menyediakan perakaunan penuh.
· Boleh menggunakan perisian perakaunan ACCPAC, UBS dan Microsoft Office.
· Boleh bertutur dan menulis di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
· Boleh bekerja sendiri tanpa pengawasan dan dapat menyelesaikan tugasan
mengikut tarikh akhir yang ditetapkan.
Calon-calon yang berminat boleh menghantar resume yang lengkap dengan no.
telefon beserta gambar bersaiz passport terus ke alamat berikut:
Eksekutif Sumber Manusia & Pentadbiran Kumpulan
Usains Holding Sdn Bhd
Kompleks EUREKA
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
email : hali...@usainsgroup.com atau halisah_ah...@yahoo.com
Tarikh tutup permohonan : 14 Februari 2012
Hanya calon-calon yang terpilih akan dipanggil untuk ditemuduga