Prorgam Sepakat Bestari Daerah Tumpat 2010 akan diadakan pada 22 Mei 2010 (Sabtu) Bertempat di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan.
Antara pengisian: Senamrobik Perdana , terbuka kepada semua. Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta , Pemeriksaan kesihatan percuma (KIST dan Hospital Tumpat), Pameran AADK, JPA3, Bomba, pertanian, Produa, Tan Chong motor, kraftangan komuniti Bestari, Nilam Optik, Mara, Giat Mara, Kpdnkk, cennergy, Kelantan Biotech, Public Mutual, Cimb, Prudential dll. juga turut diadakan pelbagai acara menarik seperti: Persembahan Simfoni, Pertandingan Karaoke Kenegaraan, Sukanerka kanak-kanak, sukan rakyat, Nyanyian Dikir Barat. Manakala sebelah malam, akan diadakan program Pengkisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Kelantan dengan selingan nyanyian lagu dikir barat oleh Fendi Kenali dan turut diadakan cabutan nombor bertuah. Semua dijemput hadir. Anjuran Jabatan Penerangan Daerah Tumpat dan Komuniti Bestari Daerah Tumpat.