[keluarga-islam] Pengajaran Dari Peristiwa di Perak - Surat Terbuka Kepada Pemimpin PR

2009-02-08 Terurut Topik naasiha
Assalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Sebelum ini saya tidak pernah membicarakan masalah politik dalam
tulisan saya tetapi apabila BN merampas negeri Perak dengan cara yang
sangat kotor maka saya rasa terpanggil untuk membicarakan masalah ini.

Alhamdulillah kita telah dikurniakan ALLAH 4 buah negeri untuk
dipimpin atau ditadbir oleh Pakatan Rakyat disamping Kelantan yang
telah diperintah semenjak 18 tahun yang lalu.

Kurniaan ALLAH kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir 5 buah negeri
adalah amanah dan  ujian yang sangat  besar kepada para pendokong PR
khasnya dan rakyat amnya. Adakah kita bersyukur dengan melaksanakan
tanggungjawab dengan penuh amanah atau kita kufur dengan mengabaikan
tanggungjawab telah diamanahkan untuk mentadbir rakyat.

Oleh kerana ujian ini sangat besar maka ianya memerlukan sifat-sifat
berani, sabar dan bijaksana dan yang paling penting ialah cekal
menghadapi segala ancaman dan rintangan dari pihak yang sentiasa
mengintai peluang untuk meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Apa yang berlaku di Perak adalah satu insiden yang sangat menyayat
hati ekoran dari permainan kotor Umno yang dipelopori oleh Najib yang
tamak kuasa, disamping adanya wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang
tamak dan mengkhianati amanah yang telah diberi oleh rakyat.

Kini UMNO dan BN telah pun merampas negeri Perak dengan cara yang
dipertikaikan. Tidaklah hairan kerana mereka telah pun buat kerja
begini pada suatu ketika dahulu. Najib hanya meneruskan nya.

Umum juga mengetahui apabila negeri dirampas dengan cara begini maka
adalah sukar untuk mendapatkannya kembali sebagaimana yang penah
berlaku di Terengganu dahulu. Ianya memerlukan berbelas tahun barulah
dapat kuasai semula.

Apa yang saya lihat di perak mungkin akan berulang semula ( harapan
saya tak berlaku begini). Umno perak telah pun menabalkan Dr Zambri
sebagai menteri Besar mereka. Disini timbul persoalan . apakah tiada
orang lain selain Dr zambri??? Najib tahu benar bahawa  Dr Zambri
adalah bekas orang kuat Anwar satu ketika dahulu dan dia dan Dr Zahid
Hamidi pernah di tahan dibawah ISA sewaktu tragedi 1998 dahulu.

Mengapa Dr Zambri dicalonkan ? Jawabnya ialah Pak Lah dan Najib tak
nampak tokoh-tokoh UMNO yang bersih selain dari Dr Zambri. Walau pun
mereka tahu hubungan Dr Zambri dengan Anwar dahulu akan tetapi mereka
terpaksa kerana UMNO Perak ketandusan pemimpin yang bersih.

Dengan perlantikan Dr Zambri sebagai seorang tokoh yang bersih maka
mereka mengharapkan Perak akan kekal di tadbir oleh BN pada
pilihanraya umum yang akan datang. Inilah strategi mereka.

Saya mengenali Dr Zambri sejak beliau belajar di UIA dan dia adalah
bekas anak murid saya. Saya mengenalinya sebagai seorang yang tenang
dan baik tingkah lakunya. Kemungkinan nanti dia akan mencipta sejarah
sebagai menteri besar Perak yang boleh menjadi imam, menyampaikan
khutbah, memberi tazkirah dan berceramah agama.
Saya bukanlah menyokong Dr Zambri kerana dia bekas anak murid saya.
Saya sekali0kali tidak mendokongnya kerana bagi saya dia telah silap
memilih nakhoda. Walau pun dia bersih tetapi bos-bos nya dari kalangan
pemimpin UMNO sangat kotor sehingga geli geman saya nak menyebutnya.

Cuma apa yang saya nak beritahu disini ialah dengan pemilihan Dr
Zambri ini maka pada pandangan saya adalah sukar untuk PR merampas
negeri Perak pada pilihanraya akan datang kecuali ALLAH menghendakinya
dan itulah yang kita harapkan. 

Namun ALLAH tak akan mudah memberikan sesuatu kepada kita kecuali
dengan ada nya sebab. Ini Sunnatullah yang berlaku ke atas semua
makhluqnya.. 

Satu realiti yang tak dapat dinafikan ialah kenapa kerajaan Negeri
Kelantan mampu bertahan selama 18 tahun. Saat yang paling getir sekali
ialah ketika Kerajaan Kelantan hnaya mempunyai majoriti satu kerusi
sahaja iaitu kerusi yang dimenangi oleh Zakaria Yaakub dengan
kemenangan tipis 2 undi . 

Ketika itu UMNO telah menggunakan berbagai cara kotor untuk
menggulingkan Kerajaan pimpinan YAB Ustaz Nik Abdul Aziz. Mereka ini
bukan kira dosa dan pahala , semuanya mereka sanggup lakukan asal
sahaja keinginan jahat mereka tercapai. .

Berbekalkan kelebihan 1 kerusi , Kerajaan Kelantan terus bertahan
hingga pilihanraya yang berikutnya dimana kerajaan pimpinan Ustaz Nik
Abdul Aziz mendapat majoriti 2/3 kerusi.

Kenapakah dan apakah rahsia kejayaan kerajaan mampu bertahan walau pun
wakil-wakil rakyatnya menerima ugutan  dan tawaran kemewahan??.

Ini tak lain dan tak bukan kerana jati diri mereka kuat dan kental
menghadapi ujian dari ALLAH. Secara umumnya kita mengetahui bahawa
ramai dari pendokong parti PAS melibatkan diri dalam tarbiah dan
tamrin. Dalam erti kata lain mereka ditarbiahkan, oleh itu jiwa mereka
kental menghadapi ujian walau pun disogokkan dengan kesenangan dan
kemewahan.Itulah realiti yang berlaku kepada wakil-wakil rakyat di
Kelantan satu ketika dahulu walau pun mereka menang dengan hanya satu
kerusi majoriti.

Inilah yang kita harapkan dari wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat di
empat buah negeri yang lain.

[keluarga-islam] AWASI Fahaman AHBAYH ( Anti Wahabi )di Malaysia dan Indonesia

2008-01-31 Terurut Topik naasiha
Kemunculan laman-laman blog yang tabiatnya suka mengkafirkan orang 
Islam dan Ulamaknya adalah sesuatu yang amat mendukacitakan kita 
khususnya di Negara kita Malaysia ini, jika kita lihat di Negara kita 
sebelum ini tidak pernah wujud golongan yang secara terang-terangan 
mengkafirkan umat Islam dan Ulamaknya seperti yang dilakukan oleh 
mereka ini.

Tetapi malangnya nasib umat Islam di Malaysia apabila munculnya 
kelompok TAKFIR ini yang berselindung di balik nama AHLUS SUNNAH WAL 
JAMAAH sedangkan pada hakikatnya mereka ini AHLI PUNAH DAN RANAH.. 

Laman-laman blog seperti Abusyafiq.blogspot.com, mingguanwahabi, 
jihadwahabi, dan sebagainya secara terang-terangan mengKAFIRkan 
Ulamak-ulamak Islam seperti yang anda semua boleh lihat. Sesiapa yang 
pernah memasuki laman-laman blog mereka, anda akan dapati isu-isu 
yang dilontarkan hanya berkisar kepada PENGKAFIRAN, PENGHINAAN, 
CACIAN, MAKIAN, MELAKNAT umat Islam dan Ulamaknya. pendek kata blog-
blog mereka dipenuhi dengan benda -benda yang tercela dan terkutuk

Inilah golongan yang disifatkan oleh Nabi s.a.w.

Akan datang ke atas umatku di akhir zaman tahun-tahun yang menipu, 
di mana seorang pendusta dikatakan benar, orang yang benar dikatakan 
penipu, pengkhianat dianggap amanah, orang yang amanah dianggap 
khianat. Tatkala itu akan berkata-kata golongan Ruwaibidoh. Ditanya 
kepada Nabi r siapakah Ruwaibidoh, Nabi s.a.w. bersabda: Seorang yang 
lekeh bercakap dalam perkara yang besar atau agama.

Sahih Ibn Majah, rujuk juga di dalam al-Jami' al-Saghir.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

Åä ãä ÃÔÑÇØ ÇáÓÇÚÉ ËáÇËÇð: ÅÍÏÇåõäøó : Ãä íõáúÊóãóÓó ÇáÚáã ÚäÏ ÇáÃÕÇÛíÑ... 

Maksudnya: Antara tanda-tanda kiamat itu tiga: salah satunya ilmu itu 
diambil atau dipelajari daripada `al-Asaghir' (budak-budak kecil). 

Imam Abdullah ibn al-Mubarak ditanya siapakah mereka yang digelar al-
Asaghir itu? Maka beliau menjawab: al-Asaghir itu ialah mereka yang 
hanya menggunakan akal fikiran semata-mata. Sebahagian menafsirkan 
sebagai ahli bid'ah.

Inilah kelompok manusia yang sedang kita hadapi sekarang ini, mereka 
yang tidak diketahui latar belakang agamanya yang berlagak pandai 
menimbulkan perkara-perkara yang mengundang ke arah meruntuhkan 
aqidah umat Islam kini.

Mereka ini puak-puak melayu yang terpengaruh dengan golongan Takfir 
di Lubnan iaitu AHBASH yang dikepalai oleh Abdullah al-HARARI yang 
disifatkan oleh mereka konon-kononnya MUHADDITH..

Golongan ini telah mengkafirkan para Ulamak Islam, seperti Ibn 
Taimiyyah, Muhammad bin Abdul Wahab, dan dikalangan Ulamak semasa 
seperti Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Booti, 
dan ramai lagi...kini di Malaysia fikrah TAKFIR ini dipelopori 
oleh pemilik-pemilik blog ini. Sebahagiannya merupakan Pelajar 
(undergraduate) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ini 
amat memalukan dan mencemarkan nama baik UIAM sebagai institusi Ilmu 
di Malaysia

tidakkah mereka mendengar sabda Nabi s.a.w. memperingatkan:

Siapa saja yang mengatakan kepada saudaranya : wahai kafir, maka 
akan kembali tuduhan tersebut pada salah satu dari keduanya. Apabila 
ia memang kafir, maka apa yang dikatakannya benar, namun apabila 
tidak kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada dirinya sendiri. 
(Muttafaq `alaihi dari Ibnu `Umar).

Nabi s.a.w. bersabda lagi:

Tidak sepatutnya bagi seseorang yang berkata Benar menjadi seorang 
yang suka melaknatHadis Muslim

Nabi bersabda lagi:

Bukanlah Mukmin itu orang yang suka mencaci maki , suka melaknat, dan 
bukan pula yang suka berbuat keji serta mereka yang kotor 
mulutnya...Riwayat al-Tirmizi dan beliau menghukumkan hasan.

dan banyak lagi hadis-hadis yang melarang semua perbuatan ini

yang menyebabkan kita amat sedih mereka ini mekafirkan, mencela, 
melaknat ulamak-ulamak Islam yang mereka ini telah pun meninggal 
dunia

Nabi mengingatkan di dalam hadisnya dari Ummul Mukminin Aisyah:

Rasulullah bersabda: Jangan kamu mencaci maki orang yang sudah mati, 
kerana sesungguhnya mereka telah berlalu apa yang telah mereka 
kerjakan dahulu (sewaktu di dunia) dari amalan baik dan buruk -al-
Bukhari

Sedangkan Allah memerintahkan untuk kita memohon keampuanan untuk 
mereka yang telah meninggalkan kita lebih dahului... Marilah kita 
sama-sama muhasabah diri dan menjauhi sifat-sifat yang tercela ini, 
dimanakah kesan taqwa di bulan Ramadhan yang baru sahaja meninggalkan 
kita...

Kepada ALLAH sahaja tempat mengadu dan memohon pertolongan.