Assalamu'alaikum wr.wb.,

Akh. Nizami dan semuanya,
Ijinkan saya menyampaikan tuilisan lain tentang tawassul, yang berasal dari
State Mufti's Office - Brunei Darussalam.  Semoga menambah wawasan kita akan
pemahaman terhadap tawasul ini.

Jazakallah khoir.

Salam,
Hidayat

=========

        TAWASSUL SALAH SATU DARIPADA AJARAN ISLAM (1/4)

        (Bahagian Pertama)

        Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
        `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

    Tawassul ialah salah satu cara berdoa dan satu daripada pintu tawajjuh
(menghadap) Allah dengan menggunakan perantara. Perantara ini ialah
semata-mata bagi mendekat atau menyampaikan hajat kepada Allah. Asal
maknanya pada bahasa ialah setiap sesuatu yang dapat menyampaikan hajat atau
tuntutan seseorang. Pada syarak pula ia bermaksud setiap yang dapat
mendampingkan atau mendekatkan diri kepada Allah. (Ensiklopedia Islam
10/280)

    Perkataan ini terdapat di dalam Al-Qur'an, hadis-hadis Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wasallam dan sya'ir-sya'ir Arab. Ia juga telah menjadi
pegangan Ahli Sunnah wal Jemaah. Di antara sandaran bertawassul dari
Al-Qur'àn, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

    Tafsirnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan
carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya
dan meninggalkan laranganNya)".  (Surah Al-Maidah: 35)

     Firman Allah lagi:

    Tafsirnya: "Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): "Serukanlah
orang-orang yang kamu dakwa (boleh memberi pertolongan) selain dari Allah,
maka sudah tentu mereka tidak berkuasa menghapuskan bahaya daripada kamu dan
tidak dapat memindahkannya. Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing
mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat),
sekalipun orang yang lebih dekat kepada TuhanNya, serta mereka pula
mengharapkan rahmatNya dan gerun akan azabNya; sesungguhnya azab Tuhanmu
itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti".  (Surah Al-Israa': 56-57)


    Maka wasilah dalam kedua-dua ayat di atas ialah sesuatu yang menjadi
penyebab mendekatkan diri kepada Allah atau pengantara kepada menyampaikan
hajat.

    Menurut As-Sayyid Muhammad Alwi Al-Maliki Al-Makki Al-Hasani seorang
ulama berasal dari Mekkah menjelaskan bahawa orang yang bertawassul,
tidaklah menjadikan pengantara melainkan semata-mata kerana cintanya kepada
pengantara itu, dan dengan keyakinan bahawa Allah mencintai pengantara
tersebut. Bertawassul juga bukanlah suatu perkara yang dharuri atau mesti
dibuat ketika berdoa, dan bukan juga penerimaan suatu doa itu tertakluk atau
bergantung kepada tawassul, bahkan asal berdoa yang sebenarnya ialah
langsung dan terus kepada Allah Subhanahu wa Ta'àla berdasarkan firmanNya:

    Tafsirnya: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku
maka (beritahu kepada mereka): "Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir
(kepada mereka)."   (Surah Al-Baqarah: 186)


    FirmanNya lagi:

    Tafsirnya: "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya
Aku perkenankan doa permohonan kamu".   (Surah Al-Mukminun: 60)


    Walau bagaimanapun orang yang bertawassul, sekiranya dia meyakini bahawa
sesiapa yang dijadikan pengantara kepada Allah boleh memberi manfaat atau
mudarat, sama seperti Allah maka keyakinan atau iktiqadnya yang sedemikian
itu adalah salah dan boleh membawa kepada syirik (menyekutukan Allah).


    Bertawassul itu dilakukan sebelum seseorang itu memohon (berdoa) atau
menyebutkan hajatnya seperti dengan menyebut nama dan sifat-sifat Allah
Subhanahu wa Ta 'ala, Rasul dan Nabi-nabi dan orang-orang salih sebagaimana
firman Allah:

    ولله الأسماء الحسنى فادعوه بها

    (سورة الأعراف :180)



    Tafsirnya: "Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia) maka
serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu".    (Surah
Al-A'raf: 180)

    Dalam sebuah hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, seorang cacat
penglihatan (buta) datang kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam memohon
kepada Baginda mendoakannya kepada Allah agar beliau disembuhkan daripada
penyakitnya, lalu Baginda memerintahkan kepadanya berwuduk dengan baik dan
membaca doa ini:


    اللهم إنى أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة صلى الله عليه وسلم يا
محمد إنى توجهت بك إلى ربي فى حاجتى هذه لتقضى ، اللهم شفعه فِيَّ

    (رواه الترمذى والنسائ)


    Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dan menghadapkan
muka kepadaMu dengan menyebut (nama) NabiMu Muhammad Shallallahu 'alaihi
wasallam, Nabi pembawa rahmat. Wahai Muhammad sesungguhnya aku menghadapkan
wajahku kepada Tuhanku dengan (menyebutMu) untuk suatu hajat semoga
diluluskan permohonanku, Ya Allah berilah kepada Baginda syafaat
menolongku".

    (Hadis riwayat At-Tirmizi dan An-Nasa'I)


[Non-text portions of this message have been removed]





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Ajaklah teman dan saudara anda bergabung ke milis Media Dakwah.
Kirim email ke: [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/media-dakwah/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke