Taisir Mustolahul-Hadis


1. PRAKATA


2.  PENDAHULUAN


      2.1    SELAYANG   PANDANG   SEJARAH  PERTUMBUHAN  ILMU  MUSTALAH  DAN


PERINGKAT-                 PERINGKATNYA


        2. 2  KARANGAN-KARANGAN YANG TERKENAL DI DALAM ILMU MUSTALAH


     2. 3     DEFINISI-DEFINISI ASAS


3.0   BAB PERTAMA : AL-KHABAR


3.1   FASAL  PERTAMA  :  Pembahagian Al-Khabar berdasarkan kepada jalan dan


cara                              sampainya            kepada kita.


        3.1.1 PERBAHASAN PERTAMA: AL-KHABAR AL-MUTAWATIR


        3.1.2. PERBAHASAN KEDUA: KHABAR AL-AHAD


3.2 – FASAL KEDUA : Klasifikasi Khabar Ahad berdasarkan kepada kekuatan dan


kelemahannya


3.2.1   Al-Khabar al-Maqbul











Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





PRAKATA





Segala  pujian  bagi  Allah  s.w.t.  yang  telah mengurniakan nikmat kepada


orang-orang  Islam  dengan  menurunkan al-Qur’an, menjamin untuk menjaganya


dalam  dada dan suratan hingga hari akhirat dan menjadikan penjagaan sunnah


Penghulu sekalian rasul antara penyempurnaan penjagaan al-Qur’an.


Selawat  dan salam buat Penghulu dan Nabi kita yang Allah s.w.t. mewakilkan


baginda untuk menjelaskan perkara yang dikehendakiNya dari al-Qur’an dengan


firmanNya:


æÃäÒáäÇ Åáíß ÇáÐßÑ áÊÈíä ááäÇÓ ãÇ äÒá Åáíåã æáÚáåã íÊÝßÑæä


“Dan  Kami  turunkan  kepadamu  al-Qur`an agar kamu menerangkan kepada umat


manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka supaya mereka memikirkan.”





Lalu  Rasulullah  s.a.w.  bangun sebagai seorang yang menjelaskan al-Qur’an


dengan   ucapan-ucapannya,  perbuatan-perbuatannya,  pengakuan-pengakuannya


dengan gaya jelas lagi terang.





Keredhaan   buat  para  sahabat  yang  menerima  secara  langsung  daripada


Rasulullah s.a.w. lalu mereka menjaganya dan memindahkan kepada orang-orang


Islam  sebagaimana  mereka  mendengarnya  dalam keadaan suci dan murni dari


kekeruhan pengubahan dan penukaran.





Rahmat dan keampunan untuk salaf yang soleh yang menukilkan sunnah daripada


generasi  demi  generasi  dan  mereka  telah meletakkan prinsip-prinsip dan


neraca-neraca yang halus untuk menjaga penukilannya dan periwayatannya demi


memurnikannya dari penyelewengan golongan yang batil.


Balasan  yang  mulia  untuk mereka yang menjejaki salaf dari kalangan ulama


Islam yang menerima prinsip-prinsip periwayatan sunnah dan neraca-neracanya


daripada    salaf,    lalu    mereka   menyaringnya,   menyusunkannya   dan


mengumpulkannya di dalam karangan-karangan yang berasingan yang kemudiannya


dinamakan dengan ilmu mustalah hadis.





Ketika penulis ditugaskan mengajar ilmu mustalah hadis sejak bertahun-tahun


di  Kulliyyah  Syariah di Universiti Islam Madinah, yang ketika itu teksnya


“Ulum  al-Hadith”  karangan  Ibn  al-Salah  kemudian digantikan pula dengan


kitab  ringkasannya  “al-Taqrib”  tulisan  Imam  al-Nawawi, penulis bersama


dengan para mahasiswa mengalami kesukaran dalam mempelajari kedua-dua kitab


secara  kulit  ke kulit walaupun ianya sangat hebat dan faedahnya melimpah.


Antara  kesukaran  tersebut ialah perincian dan penjelasan  pada sesetengah


perbahasan  terutamanya pada kitab Ibn al-Salah. Di samping terlalu ringkas


di  tempat  yang  lain  terutamanya  pada  kitab  Imam al-Nawawi. Lain-lain


kesukaran     seperti    frasa-frasa    kitab    yang    sukar    difahami,


perbahasan-perbahasan   yang   tidak  lengkap  seperti  tidak  mengemukakan


definisi,  mengabaikan  contoh,  tidak  menyatakan faedah perbahasan, tidak


menyebut karangan-karangan yang terkenal dan sebagainya. Demikian juga yang


penulis  temui dalam kitab-kitab ulama terdahulu yang lain malah sesetengah


kitab  itu  tidak  meliputi  semua  ilmu-ilmu hadis. Setengahnya pula tidak


disaring  dan tidak tersusun. Kemaafan bagi mereka sama ada perkara-perkara


yang  mereka  tinggal  tersebut  jelas  kepada mereka atau kerana keperluan


zaman  mereka untuk didetailkan sesetengah perbahasan atau sebab-sebab lain


yang kita ketahui dan tidak ketahui.





Oleh  itu,  penulis ingin menyediakan satu buku yang mudah tentang mustalah


hadis  dan  ulum  hadis  untuk  para  mahasiswa Kulliyyah Syariah yang akan


memudahkan  mereka  memahami  kaedah-kaedah  ilmu ini. Penulis membahagikan


setiap perbahasan kepada perenggan bernombor yang dimulakan dengan definisi


diikuti  dengan  contohnya  dan  kemudian  pembahagiannya…. diakhiri dengan


perenggan  tentang  karangan-karangan  yang  terkenal  dalamnya.  Semua itu


dengan  frasa yang mudah, laras ilmiah jelas tanpa kesukaran dan kerumitan.


Penulis   tidak   menyentuh  kebanyakan  khilafiah,  pendapat-pendapat  dan


meluaskan perbahasan bagi menjaga masa yang ringkas yang  dikhususkan untuk


subjek ini di Kuliyyah Syariah dan Kulliyyah Pengajian Islam.





Penulis  menamakan buku ini dengan Taysir Mustalah al-Hadith. Penulis tidak


berpendapat  dengan  buku  ini,  kitab-kitab ulama terdahulu dalam ilmu ini


tidak  diperlukan  lagi. Penulis hanya bertujuan menjadikannya sebagai anak


kunci,  catatan tentangnya dan pemudah untuk memahami maknanya. Kitab-kitab


para  imam  dan  ulama terdahulu tetap terus menjadi rujukan ulama dan ahli


ikhtisas  ilmu  ini  dan  merupakan  mata air melimpah yang mereka menceduk


darinya.





Penulis  tidak  lupa  untuk menyebutkan bahawa sejak akhir-akhir ini terbit


beberapa  tulisan  pengkaji  yang  sangat  bermanfaat terutamanya sanggahan


terhadap kekeliruan orientalis dan golongan menyeleweng. Cuma sesetengahnya


berjela,  terlampau ringkas dan ada yang tidak meliputi kesemua topik. Oleh


itu,  penulis  mahu  buku  ini  menjadi  pertengahan di antara yang terlalu


mendalam dan yang terlalu ringkas dan meliputi kesemua perbahasan.





Yang baru dalam buku ini ialah:





1.    Pembahagian setiap perbahasan kepada perenggan bernombor yang
memudahkan pelajar memahaminya.
2.    Kesempurnaan pada setiap perbincangan dari segi rangka umum seperti
mengemukakan definisi, contoh dan sebagainya.
3.    Meliputi semua perbahasan mustalah hadis secara ringkas.



Dari  segi  penyusunan  bab, penulis memanfaatkan kaedah Hafiz Ibn Hajar di


dalam kitabnya “Nukhbah al-Fikar” dan syarahnya “Nuzhah al-Nazar” kerana ia


merupakan   susunan   terbaik   yang  diusahakan  oleh  beliau.  Kebanyakan


perbahasan ilmiah penulis bergantung kepada kitab “Ulum al-Hadith” oleh Ibn


al-Salah,  ringkasannya  “al-Taqrib”  oleh  al-Nawawi dan syarahnya “Tadrib


al-Rawi” oleh al-Suyuti.





Penulis membahagikan buku ini kepada pendahuluan dan empat bab. Bab pertama


tentang  khabar, bab kedua tentang al-jarh wa al-ta`dil, bab ketiga tentang


riwayat   dan   prinsip-prinsipnya   dan  bab  keempat  tentang  sanad  dan


pengetahuan tentang para perawi.





Dalam  mempersembahkan usaha yang tidak seberapa ini kepada para mahasiswa,


penulis  menginsafi akan kelemahan dan kekurangan dalam menunaikan hak ilmu


ini  dan  penulis  tidak  mendakwa  diri  ini  bersih dari kegelinciran dan


kesilapan.  Adalah diharapkan pembaca yang menemui kesilapan dalam buku ini


mengingatkan  penulis  agar  dapat penulis membetulkannya. Penulis berharap


kepada  Allah  s.w.t  agar  para  mahasiswa dan mereka yang terlibat dengan


hadis  mendapat  manfaat  daripadanya  serta Dia menjadikannya sebagai amal


ikhlas keranaNya.





2. PENDAHULUAN





   ·           Selayang  pandang  sejarah  pertumbuhan  ilmu  mustalah  dan


      peringkat-peringkatnya


   ·         Tulisan-tulisan yang terkenal


   ·         Definisi-definisi asas





2.1     SELAYANG    PANDANG   SEJARAH   PERTUMBUHAN   ILMU   MUSTALAH   DAN


PERINGKAT-PERINGKATNYA





Seorang   penyelidik   dapat   mengamati   asas-asas   dan  prinsip-prinsip


periwayatan dan nukilan cerita ada di dalam al-Quran dan al-Sunnah.


Al-Quran menyebutkan:


íÇ ÃíøåÇ ÇáÐíä ÂãäæÇ Åä ÌÇÁßã ÝÇÓÞ ÈäÈà ÝÊÈíäæÇ


“Wahai  orang-orang  yang  beriman,  jika  datang kepada kamu seorang fasik


membawa berita, maka periksalah dengan teliti.”








Al-Sunnah pula mengatakan:


äÖøÑ Çááå ÇãÑà ÓãÚ ãäøÇ ÔíÆÇ ÝÈáøÛå ßãÇ ÓãÚå ÝÑÈø ãÈáøÛ ÃæÚì ãä ÓÇãÚ


“Semoga  Allah  menyinari  seseorang  yang mendengar sesuatu hadis daripada


kami  lalu  dia  menyampaikannya  mengikut apa yang didengari.  Maka betapa


ramai  orang  disampaikan  berita itu lebih menjaganya  daripada orang yang


mendengarnya”


(Riwayat al-Tirmizi, Tuhfah al-Ahwazi 7/453).





Di dalam riwayat yang lain pula disebutkan:


ÝÑÈø ÍÇãá ÝÞå Åáì ãä åæ ÃÝÞå ãäå æÑÈø ÍÇãá ÝÞå áíÓ ÈÝÞíå


“Alangkah  banyaknya  orang  yang  membawa  fiqh  kepada  orang  yang lebih


memahami  daripadanya.  Dan betapa banyak orang yang membawa fiqh tetapi ia


bukan seorang faqih.”  (Abu Daud, Aun al-Ma’bul 10/54).





Di  dalam potongan al-Quran dan hadis ini, terdapat prinsip kepastian dalam


menukilkan  cerita, cara-cara menjaganya dan berhalus serta teliti di dalam


menyampaikannya,    terutamanya   apabila   ragu-ragu   tentang   kebenaran


penyampaiannya.  Daripada sinilah jelas kepada kita tentang kepentingan dan


nilai sanad dalam penerimaan dan penolakan riwayat.





Di  dalam  muqaddimah  “Sahih”  nya,  Imam  Muslim menukilkan kata-kata Ibn


Sirin,  “  Tidak  pernah  ulama  bertanyakan tentang sanad.  Tetapi apabila


berlaku  fitnah,  mereka  berkata:  Sebutkan  kepada kami tokoh-tokoh kamu.


Lalu  dilihat  kepada  ahli  sunnah  maka  diambil  riwayat mereka kemudian


dilihat pula kepada ahli bid’ah lalu tidak diambil riwayat mereka”





Berdasarkan  kepada  prinsip  ini,  riwayat  tidak  boleh  diterima kecuali


setelah  diketahui  sanadnya,  maka  muncullah  ilmu  al-Jarh wa al-Ta’dil,


perbincangan   terhadap   perawi,   pengetahuan   tentang   sanad  muttasil


(bersambung) dan munqati (terputus) dan pengetahuan  tentang kecacatan yang


tersembunyi.  Kemudian  muncul pula perbincangan tentang para perawi tetapi


tidak  banyak  kerana   tidak  ramai  perawi-perawi  yang  ditajrihkan pada


peringkat awal.





Kemudian  ulama  meluaskan  perbincangan ilmu-ilmu tersebut sehingga muncul


banyak  ilmu  yang  berkaitan  dengan  hadis dari sudut penjagaan, catatan,


method (kaedah)  penerimaan dan penyampaian, pengetahuan tentang nasikh dan


mansukh,  perkataan   yang sukar (gharib) dan sebagainya. Walaubagaimanapun


semuanya itu disentuh oleh para ulama secara lisan.





Perkembangan  terus  berlaku  sehinggalah  ilmu-ilmu  yang berkaitan dengan


hadis  ini  dicatit  dan  dibukukan  tetapi  masih lagi berselerak di dalam


pelbagai  kitab dan bercampur dengan ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu usul,


fiqh  dan  hadis.  Ini  dapat  dilihat  di dalam karya Imam Syafii di dalam


al-Risalah dan Al-Umm.





Setelah  ilmu-ilmu  ini  matang  dan  istilah-istilahnnya kemas serta dapat


berdiri  sendiri  iaitu  pada  abad  ke  empat Hijrah, ulama telah menyusun


secara  berasingan  ilmu  mustalah hadis. Ulama pertama yang menulis secara


terpisah  penulisan  mustalah  hadis dalam kitab yang khusus ialah Muhammad


al-Hassan  al  Ramahurmuzi  (meninggal  360H) dengan kitabnya “al-Muhaddith


al-Fasil Baina al-Rawi wa al-Wa’iy”.











2.2  KARANGAN-KARANGAN YANG TERKENAL DI DALAM ILMU MUSTALAH





1.    Al-Muhaddith al-Fasil Bayu al-Rawi wa al-Wa’iy
      Kitab  ini  ditulis oleh al-Qadhi Muhammad al-Hassan bin Abdul Rahman


      bin  Khallad  al-Ramahurmuzi (wafat 360H), tapi beliau tidak meliputi


      kesemua   perbahasan  mustalah hadis. Senario begini biasanya berlaku


      kepada orang yang mula-mula merintis dalam menulis mana-mana ilmu.





2.    Ma’rifah ‘Ulum al-Hadith
      Penulisnya  Abu Abdullah al Hakim al-Nisaburi (wafat 405H). Kitab ini


      meliputi  52 jenis ilmu hadis bagaimanapun ia tidak tersusun mengikut


      tertib ilmu mustalah.





3.    Al-Mustakhraj ‘ala Ma’rifah ‘Ulum al-Hadith
      Ditulis  oleh Abu Nu’aim Ahmad bin Abdullah al-Asfahani (wafat 430H).


      Beliau  menambah beberapa kaedah yang tidak disebutkan oleh al-Hakim.


      Dalam  pada itu masih ada beberapa fasal yang tertinggal yang mungkin


      dapat ditambah oleh orang lain.





4.    Al-Kifayah Fi ilm Al-Riwayah
      Karangan  Abu  Bakar  Ahmad  Bin Ali Bin Thabit Al-Khatib Al-Baghdadi


      (W463).  Sebuah  kitab  yang lengkap dengan permasalahan-permasalahan


      ilmu   mustalah   yang   telah  disaring,  menjelaskan  kaedah-kaedah


      periwayatan  dan diakui sebagai sumber utama ilmu ini.





5.    Al-Jami’ Li Akhlaq Al-Rawi Wa Adab Al-Sami’ juga ditulis oleh
AL-Khatib Al Baghdadi. Ia membincangkan etika periwayatan sebagaimana jelas
tertera pada tajuknya. Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah
ini dan sangat  bernilai dari segi kajian-kajian dan bahan-bahannya atau
kandungannya. Sangat sedikit sekali bidang-bidang ulum hadis yang tidak
ditulis oleh beliau melainkan ada karangan yang berasingan tentangnya.
Benar sekali kata-kata Al-Hafiz Abu Bakar Bin Nuktah: “Setiap orang yang
adil pasti mengetahuii bahawa semua muhaddithin selepas beliau adalah
bergantung kepada kitab-kitabnya.”



6.    Al-Ilma‘ ila Ma’ rifah usul Al-Riwayah Wa Taqyid Al-Sama’ ditulis
oleh Qadhi Iyad Bin Musa Al-Yahsub ( w 544 ) kitab ini tidak meliputi
kesemua perbahasan ilmu mustalah tetapi hanya berkaitan dengan kaedah
penerimaan dan penyampaian hadis serta cabang-cabangnya. Kitab ini sangat
baik dalam bab ini dan mempunyai susunan yang indah.



7.    Ma La Yasa’ al-Muhaddith Jahluh
      Ditulis  oleh Abu Hats Umar bin Abdul Majid al-Mayanaji (W 580H).  Ia


      merupakan satu risalah yang ringkas.





8.    ‘Ulum al-Hadith
      Karangan  Abu  ‘Amr  Uthman  bin  Abdul  Rahman Shahrazuri yang lebih


      dikenali  dengan  Ibn  al-Salah (W643). Kitab ini sangat terkenal dan


      merupakan  antara  kitab-kitab  yang  terbaik  dalam  ilmu  mustalah.


      Pengarangnya  menghimpunkan  perbahasan-perbahasan yang terselerak di


      dalam  karangan-karangan  al-Khatib al Baghdadi dan ulama sebelumnya.


      Kitab  ini penuh dengan fakta-fakta penting cumanya ia tidak tersusun


      dengan  rapi.  Ini kerana pengarang mendiktekan satu demi satu kepada


      pelajar-pelajar  beliau.  Ia telah diringkaskan, dinazamkan, dikritik


      dan juga disokong.





9.    Al-Taqrib wa al-Taysir Li Ma’rifah Sunan al-Basyir al-Nazir
      Ditulis  oleh  Muhyi  al-Din Yahya bin Syaraf al-Nawawi (W676). Kitab


      ini  merupakan ringkasan kepada kitab “`Ulum Hadith Ibn Salah”. Kitab


      ini  sangat  baik namun kadang-kadang terdapat frasa-frasa yang sukar


      difahami.





10.   Tadrib al-Rawi Fi Syarh Taqrib Al-Nawawi
      Ditulis  oleh  Jalaluddin Abdul Rahman bin Abi Bakr al-Suyuti (W 911)


      merupakan  ulasan  kepada  karangan “Taqrib” al-Nawawi.  Pengarangnya


      mengumpul pelbagai fakta  penting yang berguna.











11.   Nazm al-Durar fi ilm al-Athar
      Pengarang  ialah Zainuddin Abdul Rahim bin Al-Husain al-Iraqi (W 806)


      ungkapan-ungkapan  syair  ini  terkenal  dengan  “Alfiyah  al-Iraqi”.


      Beliau telah menazamkan kitab “`Ulum Hadith Ibn Salah” dengan membuat


      beberapa  tambahan.   Ia sangat baik dan banyak mempunyai fakta-fakta


      penting  dan  ditulis  beberapa  ulasan.  Antaranya  dua  ulasan yang


      disusun oleh pengarang sendiri (Fath al-Mughith- al-Iraqi).





12.   Fath al-Mughith Fi Syarh Alfiyah al-Hadith
      Ditulis  oleh  Muhammad  bin Abdul Rahman (W902) merupakan penjelasan


      kepada  “Alfiyah  al-Iraqi”.  Ia huraian yang paling lengkap dan baik


      bagi “Alfiyah”.





13.   Nukhbah al-Fikar Fi Mustalah Ahl al-athar
      Karangan  al-Hafiz  Ibn  Hajar  al-`Asqalani (W 852).  Sebuah risalah


      yang terlalu ringkas tetapi sangat baik dan bermutu.  Pengarang telah


      mencipta  dan pembahagian yang baru yang tidak pernah ada sebelum ini


      .    Beliau   sendiri  menghuraikannya  dengan  diberi  nama  “Nuzhah


      al-Nazar” dan kitab ini juga telah diberi penjelasan oleh ulama lain.





14.   Al-Manzumah al-Bayquniyyah
      Disusun  oleh  Umar  bin  Muhammad al-Bayquni (W 1030).  Ia merupakan


      nazam  yang sangat ringkas tidak melebihi 34 bait dan baik.  Ia telah


      dihuraikan dengan banyaknya oleh ulama.











15.   Qawa’id al-Tahdith
      Disusun  oleh  Muhammad Jamaluddin al-Qasimi (W 1332) merupakan karya


      yang  sangat bermutu. Di samping itu terdapat banyak lagi kitab-kitab


      lain  untuk  disebutkan  dan  penulis  hanya menyebutkan yang masyhur


      sahaja. Semoga Allah s.w.t memberi ganjaranNya kepada kita semua.





   2.3     DEFINISI-DEFINISI ASAS





   1.                  Ilmu al-Mustalah:


         Ilmu  tentang  prinsip-prinsip dan kaedah untuk mengetahui keadaan


         sanad dan matan dari segi penerimaan dan penolakan.


   2.                  Subjeknya:


         Sanad dan matan dari segi penerimaan dan penolakan.


   3.                   Faedahnya:  membezakan  di  antara hadis yang sahih


         daripada hadis yang bermasalah.


   4.                  Al-Hadith


         Dari sudut bahasa: yang baru, ahadith merupakan kata jama’nya yang


         dibuat dengan tidak mengikut kaedah qias.


         Dari  segi  istilah:  Perkara  yang  disandarkan kepada Rasulullah


         s.a.w. dalam bentuk ucapan, perbuatan, pengakuan atau sifat.


   5.                  Al-Khabar


         Dari  segi  bahasa  bermaksud  berita, jama’nya akhbar.  Dari segi


         istilah ada tiga pendapat:


         a)      Ia adalah sinonim dengan al-Hadith dari segi istilah.


         b)       Antonim  dengan  al-hadith  iaitu al-hadith ialah perkara


            yang  datang  daripada  Rasulullah  s.a.w.  manakala  al-Khabar


            datang daripada orang lain.


         c)      Lebih umum daripada al-Hadith iaitu al-Hadith sesuatu yang


            berpunca   daripada   Rasulullah   s.a.w.  sedangkan  al-Khabar


            berpunca daripada Rasulullah s.a.w. dan juga orang lain.





   6.                  Al-Athar


         Dari sudut bahasa bererti baki sesuatu benda.


         Manakala dari segi istilahnya ada dua pendapat:


         a)      Sinonim bagi al-Hadith


         b)       Antonim bagi al-hadith iaitu al-Khabar ialah sesuatu yang


            disandarkan  kepada  sahabat  dan  tabi’in sama ada ucapan atau


            perbuatan.


   7.                  Al-Isnad: Mempunyai dua pengertian iaitu,


         a)        Menyandarkan  hadis  kepada  pengucapnya  dengan  secara


            bersanad.


         b)      Turutan perawi-perawi yang sampai kepada matan.





   8.                  Al-Sanad


         Dari  segi  bahasa bermaksud yang dipegang dinamakan begitu kerana


         hadis itu disandarkan kepada al-Sanad dan berpegang kepadanya.


         Dari segi istilah bermaksud turutan jaluran perawi-perawi sehingga


         sampai kepada matan.





   9.                  Al-Matn (Matan)


         Dari segi bahasa ia bererti tanah yang keras dan tinggi.


         Manakala dari segi istilah ia bermaksud ucapan yang menjadi tempat


         yang berakhirnya sanad.





   10.              Al-Musnad


         Dari  segi  bahasa  ia  bermaksud  kata  nama  objek  dari  asnada


         `al-syai` ilayhi’ dengan erti menyandarkan dan menisbahkan.


         Dari segi istilahnya ia mempunyai tiga makna:


         a)       Setiap kitab yang terkumpul padanya riwayat-riwayat semua


            sahabat secara berasingan.


         b)       Al-Hadith  al-marfu’  yang  bersambung sanadnya atau yang


            sanadnya bersambung.


         c)       Semakna  dengan  sanad  atau dengan erti sanad dengan itu


            adalah  al-musnad  masdar  mimi(  masdar  yang dimulakan dengan


            huruf mim).





   11.              Al-Musnid


         Seorang  yang  meriwayatkan  hadis  dengan  bersanad  sama ada dia


         memahaminya atau semata-mata meriwayatkan.





   12.              Al-Muhaddith


         Seorang  yang melibatkan diri dalam ilmu hadis riwayah dan dirayah


         dan  mengetahui  kebanyakan  riwayat-riwayat hadis serta mengenali


         keadaan perawi-perawinya.





   13.              Al-Hafiz


         Ada dua pendapat


         a)       Semakna  dengan  Al-Muhadith.   Ini  mengikut  kebanyakan


            ahli-ahli hadis.


         b)       Seorang  yang lebih tinggi kedudukan daripada al-Muhadith


            iaitu  pengetahuannya  terhadap  riwayat  dalam  setiap tabaqat


            lebih banyak daripada yang tidak diketahuinya.





   14.              Al-Hakim


         Seorang  yang  ilmunya  yang meliputi kesemua hadis sehingga tidak


         terlepas  daripadanya kecuali beberapa hadis sahaja.  Ini mengikut


         sebahagian ulama.








3.0   BAB PERTAMA : AL-KHABAR





         Fasal  pertama: Pembahagian al-Khabar berdasarkan sampainya kepada


         kita


         Fasal kedua: al-Khabar al-Maqbul (yang diterima)


         Fasal ketiga: Al-Khabar al-Mardud (yang ditolak)


         Fasal keempat:  Al-Khabar yang berkongsi sifat Maqbul dan Mardud.





         3.1   FASAL  PERTAMA  :  Pembahagian  Al-Khabar berdasarkan kepada


         jalan dan cara sampainya kepada kita.





         Berdasarkan  kepada  sampainya  kepada  kita,  al-Khabar terbahagi


         kepada dua iaitu:


         a)       Sekiranya  ia  mempunyai  beberapa jalan yang tidak dapat


            dihitung bilangannya ia adalah Al-Mutawatir


         b)        Sekiranya   ia   mempunyai  beberapa  jalan  yang  dapat


            ditentukan bilangannya ia adalah Al-Ahad.


         Setiap bahagian ini mempunyai beberapa bahagian dan perincian yang


         akan disentuh nanti, Insya Allah.





3.1.1  PERBAHASAN PERTAMA: AL-KHABAR AL-MUTAWATIR





Definisi:





Dari  segi  bahasa ia adalah kata nama pelaku daripada perkataan al-tawatur


iaitu  yang  berturut-turut  seperti  contoh  tawatara al-matar iaitu hujun


turun berturut-turut.


Dari  segi  istilah  ia bererti khabar yang diriwayatkan oleh bilangan yang


ramai dan pada kebiasaannya mustahil mereka berpakat untuk berdusta.


Huraian definisi:


Al-khabar  atau  al-hadith yang diriwayatkan oleh setiap tabaqat sanad oleh


ramai  perawi  yang menurut hukum aqal atau secara logiknya mustahil mereka


bersetuju untuk mereka-reka al-khabar ini.





Syarat-syarat al-Mutawatir





Jelas  daripada  huraian istilah tadi bahawa al-tawatur tidak akan ada pada


al-khabar melainkan dengan adanya empat syarat iaitu:





1.    Diriwayatkan oleh bilangan perawi yang ramai; terdapat perbezaan
pendapat dalam menentukan had minimum bagi bilangan yang ramai ini.
Pendapat yang terpilih ialah seramai sepuluh orang.
2.    Bilangan yang ramai ini terdapat dalam setiap tabaqah sanad.
3.    Pada kebiasaannya mustahil yang mereka berpakat untuk berdusta
4.    Asas bagi khabar ini adalah indera seperti kami mendengar, kami
melihat, kami merasai dan sebagainya.  Tetapi sekiranya sandaran khabar ini
ialah aqal seperti pendapat tentang alam ini baru, pada ketika itu
al-khabar tidak boleh dinamakan dengan Al-Mutawatir.
Hukumnya:





Al-Mutawatir  menghasilkan  ilmu  yang  pasti  iaitu ilmu yang diyakini dan


seseorang  itu  mempercayai atau membenarkan dengan tegas dan putus seperti


persis   orang   menyaksikan   sendiri  sesuatu  peristiwa  dan  dia  tidak


teragak-agak  untuk membenarkannya begitulah halnya dengan hadis mutawatir.


Oleh  kerana  itu  seluruh  hadis  mutawatir  diterima dan tidak perlu lagi


mengkaji keadaan perawinya.





Bahagiannya:





Mutawatir terbahagi kepada dua:


      1.       Al-Mutawatir  Al-Lafzi iaitu hadis yang mutawatir pada lafaz


         dan maknanya seperti hadis:


ãä ßÐøÈ Úáíø ãÊÚãÏÇ ÝáíÊÈæà ãÞÚÏå ãä ÇáäÇÑ


         “Sesiapa  yang  sengaja  berdusta  atas  namaku maka hendaklah dia


         mempersiapkan tempatnya di dalam api neraka.”


         Hadis ini telah diriwayatkan oleh lebih 70 orang sahabat.





      2.       Mutawatir  Al-Ma’nawi  iaitu hadis yang mutawatir pada makna


         tidak  pada  lafaz  seperti  hadis  mengangkat  dua  tangan ketika


         berdoa.   Ianya  telah  diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w. hampir


         atau  lebih  kurang  seratus   hadis.   Setiap  hadis  menyebutkan


         baginda mengangkat tangan ketika berdoa cumanya dalam keadaan yang


         berbeza-beza.   Dari  segi  keadaan  ianya  tidak mutawatir tetapi


         masing-masing  menyebut  mengangkat  tangan ketika berdoa.  Dengan


         itu  ia  menjadikan  tawatur  berdasarkan  kepada keseluruhan atau


         gabungan jalan-jalan sanad.





Kewujudannya


Terdapat bilangan yang cukup banyak hadis mutawatir antaranya hadis tentang


kolam,menyapu  khauf,  mengangkat  dua tangan di dalam solat, hadis “semoga


Allah menyinari seseorang yang mendengar hadis” dan banyak lagi.


Bagaimana   pun  kalau  dibandingkan  dengan  hadis  ahad,  bilangan  hadis


mutawatir sangatlah sedikit.





Karya yang masyhur





Ulama  memberi  perhatian  khusus dalam menghimpun hadis-hadis Mutawatir di


      dalam


karangan berasingan bagi memudahkan pelajar-pelajar membuat rujukan
antaranya:



   a)       “Al-Azhar al-Mutanathirah Fi-al-akhbar al-Mutawatirah” karangan


      Imam al-Suyuti.  Kitab ini disusun mengikut bab-bab.


   b)      “Qatf al-Azhar juga karangan al-Suyuti” yang merupakan ringkasan


      kitab yang pertama.


   c)        “Nazm   al-Mutanathir  Min  al-Hadith  al-Mutawatir”  karangan


      Muhammad bin Ja’far al-Kattani.





3.2  PERBAHASAN KEDUA: KHABAR AL-AHAD





Takrifnya:


Dari  segi  bahasa:  al-Ahad adalah jamak bagi ahad yang bermaksud tunggal,


khabar al-wahid pula ialah periwayatan seorang individu.


Manakala  dari  istilah  ia  memberi pengertian: Khabar yang tidak memenuhi


syarat mutawatir.


Hukum:


Khabar  ahad  menghasilkan  ilmu  nazari  iaitu ilmu yang bergantung kepada


pengamatan dan pendalilan.


Bahagiannya berdasarkan kepada bilangan tariqnya:


   a)                  Masyhur


   b)                  Aziz


   c)                  Gharib





3.2.1. Al-Masyhur


Takrif:


Dari  segi  bahasa:  kata  nama  objek  daripada syahartu al-amr iaitu saya


menjadikan   perkara  itu  terkenal  apabila  saya  telah  mengumumkan  dan


menyatakannya. Dinamakan hadis masyhur kerana penonjolannya.





Dari segi istilah:  Hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih pada


setiap tabaqah tetapi tidak mencapai taraf mutawatir.





Contohnya:


Åä Çááå áÇ íÞÈÖ ÇáÚáã ÇäÊÒÇÚÇ íäÊÒÚå


“Sesungguhnya   Allah   s.w.t.   tidak   menarik  ilmu  dengan  mencabutnya


sekaligus.” (al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad).





Hadith Mustafidh:


Dari  segi  bahasa:  kata  nama  pelaku  daripada  perkataan istafadha yang


berpunca  daripada  kalimah  fadha  al-ma`  air  telah melimpah.  Dinamakan


demikian kerana kemasyhurannya.





Dari segi istilah:  terdapat perbezaan pendapat tentang takrifnya:


1.    Mustafidh semakna dengan masyhur.
2.    Mustafidh lebih khusus daripada masyhur kerana disyaratkan (bilangan
perawi) sama antara permulaan dan akhir sanad, tetapi tidak disyaratkan
pula pada hadis masyhur.
3.    Mustafidh lebih umum daripada masyhur iaitu kebalikan bagi pendapat
kedua.



Masyhur bukan istilah:


Iaitu  hadis  yang  terkenal  di  kalangan orang ramai yang tidak mempunyai


syarat-syarat atau memenuhi syarat yang diakui dan ia meliputi :


1.         Hadis yang mempunyai satu sanad


2.         Hadis yang mempunyai lebih daripada satu sanad


3.         Hadis yang tidak mempunyai sanad sama sekali





Bentuk-bentuk hadis masyhur bukan istilah:


Ianya mempunyai banyak bentuk, antaranya


1.         Masyhur di kalangan Ahli Hadis sahaja seperti hadis Anas:


Ãä ÑÓæá Çááå Õáì Úáíå æÓáã ÞäÊ ÔåÑÇ ÈÚÏ ÇáÑßæÚ íÏÚæ Úáì ÑÚá æÐßæÇä


“Sesungguhnya  Rasulullah  s.a.w  berqunut  selama  sebulan  setelah  ruku’


mendoakan keburukan ke atas Ri’l dan Zakwan.”


      (Bukhari dan Muslim)


2.         Masyhur di kalangan Ahli Hadis, ulama dan orang awam, contohnya;




ÇáãÓáã ãä Óáã ÇáãÓáãæä ãä áÓÇäå æíÏå


      “Orang Islam itu ialah orang-orang Islam terselamat daripada gangguan


      ucapan dan perbuatannya.”


      (Bukhari Muslim)


4.    Masyhur di kalangan fuqaha seperti hadis:
ÃäÛÖ ÇáÍáÇá Åáì Çááå ÇáØáÇÞ


   “ Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. ialah perceraian.”








5.    Masyhur di kalangan ulama usul seperti hadis:
ÑÝÚ Úä ÃãÊí ÇáÎØà æÇáäÓíÇä æãÇ ÇÓÊßÑåæÇ Úáíå


      “Tersilap,  lupa dan dipaksa telah diangkat dari ummatku, iaitu tidak


      dikira berdosa.”


6.    Masyhur dikalangan ahli-ahli Nahu: seperti hadis:
äÚã ÇáÚÈÏ ÕåíÈ. áæ áã íÎÝ Çááå áã íÚÕå


      “Sebaik-baik  hamba ialah Suhaib.  Kalau dia tidak takutkan Allah dia


      tidak akan berbuat maksiat terhadapNya.”  (hadis tidak ada sumber)





7.    Masyhur di kalangan masyarakat.  Seperti hadis
ÇáÚÌáÉ ãä ÇáÔíØÇä


      “Kegopohan  itu  daripada  syaitan.”  Dihukum oleh al-Tirmizi sebagai


      hasan.





      Hukum Masyhur:


      Hadis  masyhur  menurut  istilah  dan  bukan  istilah tidak dikatakan


      sebagai  sahih  atau  tidak  sahih,  kerana antaranya ada yang sahih,


      hasan,  daif  bahkan  terdapat  juga  maudu’. Bagaimanapun jika hadis


      masyhur  menurut   istilah  itu  sahih maka ia mempunyai keistimewaan


      yang mengatasi hadis aziz dan gharib.





      Karangan-karangan yang terkenal:


      Yang   dimaksudkan   dengan  karangan  tentang  hadis  masyhur  ialah


      hadis-hadis  masyhur  di kalangan orang ramai bukan masyhur dari segi


      istilah.  Antara karangan-karangan tersebut ialah:


               1.                    “al-Maqasid  al-Hasanah fima Isytahara


                     `ala al-ulsinah” karangan Al-Sakhawi.


               2.                   “Kasyt al-Khifa’ wa muzil al-Ilbas fima


                     Isytahara `ala alsinah al-Nas” karangan al’-ajluni.


               3.                    “Tamyiz  al-Tayyib min al-khabith fima


                     yaduru  `ala  alsinah  al-Nas  min  al-hadith”   hasil


                     tulisan Ibn al-Dayban al-Syaibani.








3.2.2  Al-Aziz





Definisi  dari  segi bahasa: sifat musyabbahah daripada ‘azza ya’izzu iaitu


sedikit  dan  jarang  atau  daripada  ‘azzaya’azzu  kuat  dan  bersangatan.


Dinamakan  demikian  sama  ada kewujudannya yang sedikit dan jarang ataupun


kerana kekuatannya kerana ia datang dari tariq (sanad) yang lain.





Dari  segi  istilah:  hadis  yang  bilangan  perawi-perawinya  tidak kurang


daripada dua orang di kesemua peringkat sanad


Huraian  takrif:


Iaitu  perawi-perawinya  tidak  kurang  dari  dua orang pada setiap tabaqat


sanad.  Sekiranya  didapati pada sesetengah sanad tiga orang atau lebih itu


tidak  menjadi  hal  (tidak  mengapa)  dengan  syarat  ada dua orang perawi


walaupun  pada  satu  peringkat  kerana yang diambil kira ialah had minimum
erupakan definisi yang terpilih sebagai mana yang diputuskan


oleh  Hafiz  Ibnu  Hajar. Sebahagian ulama berpendapat Hadis al-‘aziz ialah


periwayatan dua orang atau tiga orang. Dengan itu mereka tidak mengasingkan


hadis aziz daripada hadis masyhur dalam beberapa bentuk.





Contohnya:


Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim daripada hadis Anas


dan  Imam  Bukhari  daripada  hadis  Abi  Hurairah  bahawa  Rasululah s.a.w


bersabda:


áÇíÄãä ÃÍÏßã ÍÊì Ãßæä ÃÍÈø Åáíå ãä æÇáÏå æÇáäÇÓ ÃÌãÚíä


“Tidak  sempurna  iman  seseorang  dari  kalangan  kamu  sehingga aku lebih


dikasihinya  daripada bapanya, anaknya dan sekalian manusia.”





Hadis  ini  telah  diriwayatkan  daripada Anas oleh Qatadah, Abdul Aziz bin


Suhaib  dan  diriwayatkan  daripada  Qatadah  oleh  Syu’bah  dan  Said  dan


diriwayatkan  pula  daripada  Abdul Aziz oleh Ismail bin Ulaiyyah dan Abdul


Warith.  Dan  diriwayatkan  daripada setiap mereka itu oleh sebilangan yang


ramai.





Karangan yang terkenal:


Ulama  tidak menulis karangan yang khusus berhubung dangan hadis aziz. Yang


jelasnya  ialah  kerana  bilangannya yang sedikit dan kerana tidak didapati


faedah yang penting daripada penulisan itu.





3.2.3  Hadis Gharib


   1)       Definisi  dari sudut bahasa: sifat musyabbahah dengan erti yang


      bertunggalan atau yang berjauhan dari sanak saudara.


      Dari  segi  Istilah  :  Hadis  yang seorang perawi berseorangan dalam


      meriwayatkannya


   2)      Huraian definisi:


      Iaitu hadis yang seorang perawi berseorangan meriwayatkannya sama ada


      pada  setiap tabaqat sanad atau pada sebahagiannya walaupun pada satu


      tabaqat  sahaja.  Takrif  gharib  tidak  terjejas dengan adanya lebih


      daripada  seorang  perawi  pada tabaqat-tabaqat yang lain kerana yang


      diambil kira ialah had minimum.


   3)      Nama lain bagi hadis gharib:


      Ramai  dari  kalangan  ulama  menyebut  hadis gharib dengan nama lain


      iaitu  al-fard  sebagai  semakna.Tetapi  sebahagian  ulama membezakan


      antara   kedua-duanya.  Dengan  itu  mereka  menjadikan  kedua-duanya


      sebagai  bentuk  yang  berasingan.  Akan  tetapi  Al-Hafiz Ibnu Hajar


      menganggapnya  semakna  dari  segi  bahasa  dan istilah. Bagaimanapun


      beliau  berkata: Ulama Mustalah hadis membezakan antara keduanya dari


      sudut  banyak  dan  kurang pengunaannya. Mereka lebih banyak menyebut


      al-fard  sebagai al-fard al-mutlaq dan al-gahrib pula sebagai al-fard


      al-nisbi.


   4)      Bahagian–bahagiannya


      Berdasarkan  tempat  berlaku  berseorangan, gharib dibahagikan kepada


      dua iaitu gharib mutlak dan gharib nisbi.


         a.       Al-gharib  al-mutlak  atau  al-fard  al-mutlaq takrifnya:


            hadis  yang  gharabah  berlaku pada asal sanad iaitu hadis yang


            seorang  perawi  berseorangan  meriwayatkan  pada  asal  sanad.


            Contohnya Hadis:


ÅäãÇ ÇáÃÚãÇá ÈÇáäíÇÊ


         “òòSesungguhnya amalan itu berdasarkan niat”


         Sayyidina   Umar  bin  Al-Khatab  berseorangan  meriwayatkannya  (


         tafarrada) dan ini kadang kala berterusan sehingga akhir sanad dan


         kadang-kadang     sebilangan    perawi    meriwayatkan    daripada


         perawi-perawi yang berseorangan itu (al-Mutafarrid)





         b.      Al-gharib al-nisbi


            Takrifnya:  hadis  yang gharabah berlaku pada pertengahan sanad


            iaitu lebih daripada seorang perawi yang meriwayatkan pada asal


            sanad  kemudiannya  seorang perawi berseorangan meriwayatkannya


            daripada  perawi-perawi  itu.  Contohnya  Hadis  Malik daripada


            al-Zuhri daripada Anas r.a bahawa:


Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÏÎá ãßÉ æÚáì ÑÃÓå ÇáãÛÝÑ


             Rasululah  s.a.w  memasuki Mekah dalam keadaan memakai mighfar


            (tudung).


            Malik  telah  berseorangan  meriwayatkannya  daripada  al-Zuhri


            sebab  itu dinamakan gharib nisbi. Sebab dinamakan bahagian ini


            gharib nisbi ialah kerana tafarrud berlaku dengan nisbah kepada


            individu tertentu.


            Antara  bentuk  hadis  gharib  nisbi  ialah:  Terdapat beberapa


            bentuk gharabah atau tafarrud yang boleh dikira sebagai gharaib


            nisbi  kerana  gharabah  padanya tidak mutlak. Gharabah padanya


            wujud secara nisbah atau merujuk kepada sesuatu yang tertentu.


            Bentuk-bentuk itu ialah :


                                                               I.


                  Tafarrud   thiqah   dengan   periwayatan   hadis  seperti


                  kata-kata  ulama  hadis:  Tidak  seorang  pun thiqah yang


                  meriwayatkannya kecuali si fulan.


                                                             II.


                  Tafarrud   perawi   tertentu  daripada  perawi  tertentu:


                  Seperti  kata  ulama  hadis  :  “Perawi  itu berseorangan


                  meriwayatkan  daripada  si  fulan.  Walaupun diriwayatkan


                  dengan  sanad  atau dengan jalan yang lain melalui perawi


                  yang lain.


                                                            III.


                  Tafarrud  penduduk negeri seperti kata ulama  hadis iaitu


                  diriwayatkan oleh ahli Mekah atau ahli Syam.


                                                          IV.      Tafarrud


                  penduduk  sebelah  negeri  daripada  penduduk negeri lain


                  seperti  kata  mereka:  Tafarrud penduduk Basrah daripada


                  penduduk  Madinah  atau tafarrud dalam meriwayatkan hadis


                  ini penduduk Syam daripada penduduk Hijaz.





      Pembahagian lain:


      Dari  segi  Gharabah sanad dan matan, Ulama hadis membahagikan gharib


      kepada:


         1.      Gharib matan dan sanad.


            Iaitu  hadis  yang  seorang  perawi  berseorangan  meriwayatkan


            matannya.


         2.      Gharib sanad tidak matan


            Seperti hadis yang matannya diriwayatkan oleh sekumpulan perawi


            daripada  kalangan sahabat kemudian seorang perawi berseorangan


            meriwayatkan  daripada sahabat yang lain berkenaan dengan hadis


            ini  Imam  al-Tirmizi menyebut “gharib min haza al-wajh” gahrib


            dari wajah ini atau jalan ini,


            Karya-karya yang terdapat banyak hadis  gharib :


                  -          Musnad al-Bazzar


                  -          Al-Mu’jam al-Awsat - oleh al-Tabarani





            Karya -karya yang terkenal:


                  1.      “Gharaib Malik” karangan al-Daruqutni


                  2.      “Al-Afrad”  juga oleh al-Darulqutni


                  3.       “Al-Sunan  allati Tafarrada bikulli Sunnah minha


                     ahlu baldah” oleh Abu Daud al-Sajistani.

Ajaklah teman dan saudara anda bergabung ke milis Media Dakwah.
Kirim email ke: [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/media-dakwah/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/media-dakwah/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke