2 minggu yang lalu saya bersama beberapa rakan pergi rehlah di KLCC kami 
membincangkan kejadian alam. sekadar mahu berkongsi, sebenarnya rehlah kami 
diikuti dengan beberapa soalan yang diberikan oleh naqibah masing-masing 
mengenai kejadian alam. Hebatnya aL-QURAN kebanyakan yang perkara yang baru 
sahaja diketahui oleh para saintis telah lama diberitahu dalm al-Quran. berikut 
merupakan hasil perbincangan kami,
   
  Selepas saintis menjalankan kajian baru mereka dengan pasti menyatakan bahawa 
kejadian hujan ada kaitan dengan awan, subhanallah!
  kejadian Awan; 
  Dalil:
  { ٱللَّهُ ٱلَّذِي يُرْسِلُ ٱلرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَاباً فَيَبْسُطُهُ فِي 
ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ يَشَآءُ وَيَجْعَلُهُ كِسَفاً فَتَرَى ٱلْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ 
خِلاَلِهِ فَإِذَآ أَصَابَ بِهِ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ 
يَسْتَبْشِرُونَ }
  AR-RUM:48
  Allahlah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah 
membentangkannya di langit menurut yang Dia kehendaki, dan menjadikannya 
bergumpal-gumpal, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka 
apabila Dia menurunkannya kepada hamba-hamba-Nya yang Dia kehendaki tiba2 
mereka bergembira.
   
  kemudian cuba sahabat2 teliti ayat dibawah kenyataan bahawa gunung yang 
menguatkan struktur muka bumi muncul selepas kedatangan AL-QURAN sememangnya 
ALLAH maha besar
  kejadian Gunung/ bukit;
  Dalil{ خَلَقَ ٱلسَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَىٰ فِي 
ٱلأَرْضِ رَوَاسِيَ أَن تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ 
وَأَنزَلْنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍ 
كَرِيمٍ }
   
  LUQMAN:10
  Dia menciptakan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya , dan dia 
meletakkan gunung2 ( di permukaan ) bumi agar ia ( bumi ) tidak menggoyangkan 
kamu; dan memperkembangbiakkan segala macam jenis makhluk bergerak yang 
bernyawa di bumi . dan kami turunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan 
padanya segala macam tumbuhan yang baik. 
    
  Banyak lagi ayat lain yang menunjukkan keagungan Allah oleh itu sebagai umat 
Islam janganlah kita bertelagah sesama sendiri atas persoalan yang tidak 
penting, mari kita bersatu di dalam jemaah Islam semoga dapat mengambalikan 
keemasan islam yang telah hilang. WALLAHUALAM.....
   
   

                
---------------------------------
Kini dengan simpanan sebanyak 1GB
http://my.mail.yahoo.com/

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke