Re: [perakan] pilihanraya pengkalan pasir

2005-12-06 Terurut Topik Azahari Ahmad



Assalamualaikum,  Bagi saya anak kelantan yang merantau, yang hidup di lembah kelang yang penuh dengan segala kemaksiatan dan kemungkaranan, kota bharu/kelantan adalah satu2 nya tempat yang sekali-sekala saya boleh gunakan untuk menjauhkan diri sedikit dari kekotoran yang ada di lembah kelang ini. kota bharu/kelantan lah tempat sekali-sekala memenangkan diri, mendekatkan diri dengan Allah, mendengar ceramah2 ugama, berada dalam suasana "berugama".     Sekiranya benar ditakdirkan Allah, parti Islam pun kalah jugak di pengkalan pasir (dan memberi bayangan bahawa akan kalah jugak di kelantan pada jangkamasa yang tidak berapa jauh ini), maka akan benar2 berakhirlah pemerintahan yang berprinsipkan Islam di bumi malaysia ini. sekiranya itu berlaku, ke mana lagi lah orang2 macam saya ni nak pergi untuk menenangkan diri, untuk mendekatkan diri dengan Allah, untuk mengambil suasana agama sekali-sekala setelah berhempas pulas dengan kehidupan material
 di lembah kelang ini dan dikelilingi oleh suasana kemaksiatan yang amat hebat serta tarikan hiburan dunia yang sangat menyesat dan melalaikan.     saya kena bersedia dari sekarang untuk islam ditolak..kalau begitu terjadi, tiada beza lah nanti kota bharu/kelantan dengan kuantan, kuala lumpur, pulau pinang dsb. maksiat pun tentu akan bergerak ke sana jugakmungkin ini yang orang kelantan mahu.     penghuni hantu ke, apa ke, kita terima sajalah keputusan yang ada di depan mata. mungkin memang takdir ugama islam ini berdagang, merantau dan merempat di akhir zaman ini..     saya berjanji kepada diri saya, mulai januari 2006, saya akan balik menziarah ke kota bharu/kelantan sekurang-kurangnya sekali sebulankalau pilihanraya umum diadakan pada tahun 2008, maknanya saya akan sempat sekurang-kurangnya 24 kali berada di bumi serambi mekah, sebelum ianya dilenyapkan dan kota bharu tidak lagi
 menjadi bandaraya islam dan kelantan tidak lagi menjadi negeri serambi mekah, bahkan bertukar menjadi haadyai, phuket dsb.     kepulangan 24 kali itu akan saya gunakan untuk menghadiri ceramah2, majlis2 ilmu di masjid, di samping menikmati sepenuhnya suasan berugama...saya akan cuba hilangkan "panas" lembah kelang ini dengan air2 perigi sejuk di kota bharu/kelantan.     bukan pesimistik, tapi realistik...kita kena bersedia untuk pencinta2 islam tiada lagi tempat berteduh, tempat bernaung, tempat mensucikan diri dan tempat mendekatkan diri dengan Tuhan mereka...           Syed Abu Bakar <[EMAIL PROTECTED]> wrote:  Assalamualaikum,Saya salah sorang rakyat Kelantan yg berkerja dan duk kat PJ, Selangor amatmenunggu-nunggu
 keputusan PRK Pengkalan Pasir. Pengiraan pertama memihakkepada BN. Pengiraan kedua hari ni camana ? masih kekal atau ada perubahan?Sahabat² kita yang berada di sekitar Pasir Mas mungkin boleh memaklumkanperkembangan terkini pengiraan undi hari ni. Apa² pun terimalah keputusan dengan hati yg terbuka. Amin.Wassalam.  
		 Yahoo! DSL Something to write home about. Just $16.99/mo. or less




  
  
SPONSORED LINKS
  
  
  

Florist malaysia
  
  
Malaysia hotel
  
  
Kelantan
  
  

   
  







  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "perakan" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  









Re: [perakan] pilihanraya pengkalan pasir

2005-12-06 Terurut Topik Mohd Arman Salleh



w'salam wbt...
 
baru bulih berito dr pasir mas, dgr kato uje tengah lebat , maso kecek dale telepong pong bunyi huje lebat
 
moga tadok mugo hok tok molek berlaku 
On 12/7/05, Syed Abu Bakar <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Assalamualaikum,Saya salah sorang rakyat Kelantan yg berkerja dan duk kat PJ, Selangor amatmenunggu-nunggu keputusan PRK Pengkalan Pasir. Pengiraan pertama memihak
kepada BN. Pengiraan kedua hari ni camana ? masih kekal atau ada perubahan?Sahabat² kita yang berada di sekitar Pasir Mas mungkin boleh memaklumkanperkembangan terkini pengiraan undi hari ni.Apa² pun terimalah keputusan dengan hati yg terbuka. Amin.
Wassalam. Yahoo! Groups Sponsor ~-->Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM~->Yahoo! Groups Links<*> To visit your group on the web, go to:
   http://groups.yahoo.com/group/perakan/<*> To unsubscribe from this group, send an email to:   
[EMAIL PROTECTED]<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:   http://docs.yahoo.com/info/terms/





  
  
SPONSORED LINKS
  
  
  

Florist malaysia
  
  
Malaysia hotel
  
  
Kelantan
  
  

   
  







  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "perakan" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  









[perakan] pilihanraya pengkalan pasir

2005-12-06 Terurut Topik Syed Abu Bakar
Assalamualaikum,
Saya salah sorang rakyat Kelantan yg berkerja dan duk kat PJ, Selangor amat
menunggu-nunggu keputusan PRK Pengkalan Pasir. Pengiraan pertama memihak
kepada BN. Pengiraan kedua hari ni camana ? masih kekal atau ada perubahan?
Sahabat² kita yang berada di sekitar Pasir Mas mungkin boleh memaklumkan
perkembangan terkini pengiraan undi hari ni. 
Apa² pun terimalah keputusan dengan hati yg terbuka. Amin.

Wassalam.




 Yahoo! Groups Sponsor ~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




[perakan] Menanti proses pengiraan semula

2005-12-06 Terurut Topik M Rajoli



8.45 pagi : Menanti proses pengiraan semulaBadar yang kita nantikan nama Uhud yang tiba. Itu semua kuasa Allah swt. Seluruh jentera dan tenaga petugas PAS termasuklah para pimpinan dan calon sendiri seharusnya berbangga yang walaupun Umno menurunkan segala kekuatan dan kekayaannya dari PM, TPM, MB-MB, Ketua-ketua Menteri, Menteri Pusat, ahli-ahli EXCO Negeri, seluruh jentera kerajaan Persekutuan namun mereka sekadar menang dengan 129 undi.Memang A WIN IS A WIN, namun this win was surely tainted with corrupt practices, pengundi hantu, orang mati mengundi, orang yang hidup tak dapat mengundi, Timbalan Presiden Umno masih berkempen secara live menerusi TV3 ketika rakyat turun mengundi, dan berbagai lagi amalan yang tidak adil, kotor dan berat sebelah.Apa pun kita 
nantikan proses mengira semula undi yang akan bermula pagi ini jam 10.00. Apabila diisytiharkan keputusan secara rasmi kita akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Namun ianya belum muktamad kerana sebagaimana yang ditegaskan oleh Hj Husam Musa, Naib Presiden PAS, kemungkinan PAS memfailkan petisyen pilihanraya adalah dalam pertimbangan.Berhubung proses pengiraan semula undi ini, kita perlu menyediakan diri dengan berbagai kemungkinan, IT CAN GO EITHER WAY, sebenarnya.Contoh tiga kes dalam Pilihnaraya Umum 2004:1. P.13 Parlimen SikBN 15 498PAS 15309Majoriti 189Rosak 875Setelah kira semula undi BN berkurang 141 undi, undi PAS kurang 271 undi2. P.44 Parlimen Permatang PauhPKN 21 737BN 21 288Majoriti 449Rosak 665Setelah kira semula undi DS Wan Azizah tak berubah undi BN kurang 141 undi3. N.31 DUN Batu 
Lanchang, P.PinangBN 7 567DAP 7 492Majoriti 75Rosak 289Setelah kira semula undi BN bertambah 39 undi DAP berkurang 25 undi.Bermakna apa pun boleh terjadi pagi ini. Mungkin majoriti BN dari 129 boleh naik sampai 200 atau lebih undi. Mungkin majoriti tersebut boleh menjadi semakin tipis. Atau mungkin juga kemenangan bertukar tangan.Kita yang telah berkerja dan berusaha, harus hanya berserah kepada Allah swt. Mungkin Uhud bertukar menjadi Badar atau mungkin Uhud kekal menjadi Uhud. Yang pastinya Islam menang dan akan terus menang.


posted by Roslan SMS 8:43:00 AM|






  
  
SPONSORED LINKS
  
  
  

Florist malaysia
  
  
Malaysia hotel
  
  
Kelantan
  
  

   
  







  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "perakan" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  












[perakan] Perang Bermula

2005-12-06 Terurut Topik perakan



     HANGAT DAN BERSEMANGAT...beginilah suasana tempat mengundi sewaktu proses pembuangan undi pada waktu pagi ini. Proses pembuangan undi ini akan berakhir pada pukul 5:30 petang. Kehangatan ini kadang kala diselang seli dengan sedikit pertengkaran apabila pihak Puteri UMNO tidak mengendahkan arahan yang tidak membenarkan peraih undi memasuki kawasan mengundi.          TENANG...Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tenang mendapatkan perkembangan semasa proses pembuangan undi daripada Pengarah JPN , YB Abd Fatah. Penerangan tersebut nampaknya mampu membuatkan Tuan Guru tersenyum dan menambahkan keyakinan bahawa kepimpinan ulamak akan dikekalkan di Pengkalan Pasir insya-Allah.
	
		Yahoo! Shopping 
Find Great Deals on Gifts at Yahoo! Shopping 

  




  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "perakan" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  









[perakan] Sultan Kelantan tidak memberi sokongan kepada parti politik

2005-12-06 Terurut Topik Perakan
PASIR MAS: Sultan dan Raja Perempuan Kelantan tidak memberi sebarang 
sokongan kepada mana-mana individu dalam Majlis Tindakan Rakyat 
Kelantan (MTRK) atau pertubuhan lain yang terbabit dalam Pilihan Raya 
Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir.

Penjelasan itu terkandung dalam surat yang ditandatangani Pengelola 
Istana Diraja Kelantan, Datuk Mohamed Jamil, kepada Timbalan Perdana 
Menteri, Datuk Seri Najib Razak, petang semalam.

Najib memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas melawat 
kawasan peti undi Barisan Nasional (BN) Kampung Kubang Badak di sini, 
semalam.

"Saya menerima sekeping surat daripada pejabat DYMM Sultan Kelantan 
menyatakan Sultan Kelantan memberi pengesahan dan pengakuan bahawa 
tiada sebarang sokongan kepada kepada mana-mana individu MTRK atau 
pertubuhan yang terbabit dalam pilihan raya kecil ini.

"Ini bererti bahawa sesiapa yang menggunakan nama Sultan dan Raja 
Perempuan Kelantan sebenarnya tidak mendapat restu dan perkenan 
baginda," katanya.

Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Pasir menyaksikan persaingan tiga 
penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Hanafi Mamat, Hanifa Ahmad 
(Pas) dan calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali.

Ia diadakan berikutan kematian Adun kawasan itu, Wan Abd Aziz Wan 
Jaafar pada 30 Oktober lalu. Pada Pilihan Raya Umum 2004, Wan Abd 
Aziz yang mewakili Pas, menewaskan Hanafi dengan majoriti 56 undi, 
dalam saingan satu lawan satu. 

Seramai 18,195 pengundi layak mengundi hari ini selepas 216 daripada 
18,411 pemilih berdaftar di kawasan itu sudah menunaikan 
tanggungjawab mereka sebagai pengundi pos.

Najib, ketika ditanya sama ada istana menerima laporan ada pihak 
menggunakan nama Sultan dan Raja Perempuan Kelantan dalam kempen 
mereka berkata, beliau tidak mengetahui perkara itu.

"Tentu sekali kalau surat ini dikeluarkan mestilah dah sampai kepada 
pihak istana bahawa ada pihak yang cuba mengaitkan sama ada secara 
langsung atau tidak langsung yang memberi gambaran kononnya Sultan 
menyokong mana-mana pihak," katanya.

Sementara itu, keputusan pilihan raya kecil ini dijangka diketahui 
seawal jam 9 malam ini, iaitu empat jam selepas proses pembuangan 
undi selesai.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ab Halim Ahmad, berkata kiraan undi 
akan dibuat di sembilan pusat mengundi bermula kira-kira jam 6 
petang, sejam selepas tempoh membuang undi tamat tepat jam 5 petang.

Proses pengiraan undi dijangka mengambil masa dua jam sebelum peti 
undi dibawa ke pusat penjumlahan dan nama calon yang menang akan 
diumumkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim (1), di 
sini.

Beliau bagaimanapun menegaskan, pengiraan semula undi di pusat 

penjumlahan undi hanya akan dibuat sekali saja, jika jumlah perbezaan 
undi kurang daripada dua peratus.

"Biar lambat, asalkan semua pihak berpuas hati dan ia akan dijalankan 
secara telus. Semua wakil calon boleh melihat sendiri proses 
pengiraan dan penjumlahan undi, manakala kamera litar tertutup (CCTV) 
juga akan dipasang bagi menjamin ketelusan, selain kawalan ketat 
polis.

"Pergerakan media juga akan dihadkan bagi memastikan kelancaran 
proses pengiraan dan penjumlahan undi. Hanya mereka yang mempunyai 
pas khas dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibenarkan 
masuk," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Ab Halim yang juga Ketua Jajahan Pasir Mas meminta pengundi keluar 
beramai-ramai apabila pusat pengundian dibuka mulai jam 8 pagi dan 
jangan bimbang mengenai keselamatan mereka.

Daftar pemilih yang diwartakan SPR pada 15 Ogos lalu adalah muktamad 
dan sebarang dakwaan mengenai kewujudan pengundi hantu dalam pilihan 
raya berkenaan adalah tidak berasas.

"Saya nak tegaskan, daftar pemilih sama sudah kita berikan kepada 
semua calon dan ketua tempat mengundi. Tiada daftar lain digunakan 
dan daftar pemilih yang diwartakan SPR adalah muktamad," katanya.

Beliau juga menasihatkan pengundi supaya jangan lupa membawa kad 
pengenalan masing-masing ketika keluar menunaikan tanggung jawab 
mereka dan mematuhi peraturan serta arahan pihak berkuasa.//Bha 6 
Disember








 Yahoo! Groups Sponsor ~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/