Kawe buke nak komen banyok.. komen banyok-banyok pom tak dok pekdoh kalu jaddi supo

nyo kome ... tok paka dore .. kawe naik hairan lah ... bakpo bendo-bendo gino boleh berlaku

dalam keadaan negara kita yang kaya raya, penuh kemewahan .. dalam keadaan tanah yang subur

ekonomi yang berkembang...... bukan setakat berita nih saja.... malah ada lebih teruk lagi .. ada

hak make siput babai pun ada... bilo tubik surat koba .. gege... pakat nak wi derma lah...

sumbange laa.... nak tanggung anok dio sekoloh lahh.... selamo kening bakpo tak tulong ???

ada hok kata tak tau .... meme beto.. kito tak tau .. sebab bukan berlaku di kapong kita... w/pun

ado kappong kito lagu ni .. kita buat tak carro ..????( maaf ni telahan kawe semata-mata)..

Kawe nak tanya.. apa peranan yang patut dimainkan oleh pemimpin ... ya  mungkin pemimpin

sibuk .. tokde nok masuk kappong tubik kappong cari ore susah ... pah wakil pemimpin hok dok

kappong pah kuano ..??

 mano tok ngulu??? mana JKKK??? mana ketuo kappong??? mano tok ime??? mana masyarakat???

merekalah mata telinga kerajaann??? mereka tu kita lah.... mereka lah keno royat ko pihak yang

bertanggung jawab .. jange dok pakat kelih jah ... setahu kawe puok demo ni di baya gaji ..

make gaji buto ko..???

mereka perlu perihatin .. kawe setuju degngan Ali Rostam ...KM Melaka .. perlu ada data base

utk setiap kampong ... baru sene nok trace bila ada masaaloh ..

sapo2 hok ada contact dgn kerajaann .. tulong sappa..

 

sekian selamat hari raya aidiladha maaf zahir batin



 





From: zahari zainan <[EMAIL PROTECTED]>
Reply-To: perakan@yahoogroups.com
To: perakan@yahoogroups.com
Subject: Re: [perakan] Yuran RM213 - Anak saya mungkin berhenti sekolah
Date: Wed, 4 Jan 2006 18:38:05 -0800 (PST)

kena buat tabung tolong orang susah

Perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
PASIR MAS 4 Jan. - Bagi kebanyakan ibu bapa, yuran sekolah RM213
mungkin tidak membebankan. Tetapi bagi Norizan Silong, 33, jumlah itu
terlalu besar dan mungkin hanya boleh `dibayar' dengan memberhentikan
persekolahan lima orang anaknya.

Kedaifan hidup ibu muda dari Kampung Kolam di sini tidak memungkinkan
dia membayar yuran tersebut jauh sekali menyediakan kelengkapan
sekolah termasuk pakaian baru untuk anak-anaknya.

Oleh itu, Norizan tidak menolak kemungkinan terpaksa memberhentikan
persekolahan anak-anaknya kerana tidak mampu menjelaskan yuran
sekolah.

Anak-anak Norizan iaitu Nor Shahira Mohd. Roddin, 12, menuntut di
Sekolah Arab Bukit Mas manakala Mohd. Khairul Annuar, 11, Mohd.
Zulfakar, 9, Nor Atikah, 8 dan Nor Salwani, 6, pula di belajar di
Sekolah Kebangsaan Bukit Jarom, Pasir Mas.

Katanya, yuran sekolah untuk anaknya yang belajar di tahun satu,
tahun tiga dan tahun lima adalah antara RM47 dan RM54.

``Mereka semua pakai pakaian yang sedia ada. Saya tidak dapat
mengumpulkan wang tersebut kerana untuk membeli beras pun tidak
mampu,'' ujarnya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Norizan, pendapatan suaminya, Mohd. Roddin Hashim yang
mengambil upah membuat rumah tidak mencukupi untuk menyediakan
keperluan perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.

``Sekarang musim hujan, kerja-kerja di kampung begitu terhad,''
katanya.

Norizan memberitahu, dia sendiri sebelum ini mengambil upah menoreh
getah untuk meringankan beban suaminya tetapi terpaksa berhenti sejak
terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Oktober lalu.

``Saya sering mengidap sakit kepala dan tidak boleh lagi bekerja
untuk membantu menambah pendapatan keluarga,'' ujarnya.

Berikutan keadaan kehidupannya itu, dia sekeluarga hanya mampu
tinggal di sebuah rumah yang hanya berdindingkan anyaman daun rumbia
dan bocor di sana sini.//UM






Yahoo! Photos
Ring in the New Year with Photo Calendars. Add photos, events, holidays, whatever.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS







YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke