Terima 300 aduan

Oleh Ismail Muhamad


KOTA BHARU: Tiga ratus aduan diterima, kebanyakannya masalah perkhidmatan bandar yang disalurkan orang ramai menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) yang disediakan bagi ditangani Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sejak dilancarkan 13 Februari lalu.

Antara masalah perkhidmatan yang banyak diutarakan orang ramai termasuk sampah dan longkang selain aduan berkaitan maksiat.

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Takiyuddin Hassan, berkata perkhidmatan SMS yang disediakan itu mendapat sambutan baik daripada orang ramai untuk membuat aduan terus kepadanya serta pihak MPKB-BRI.

Menurutnya, tindakan segera dilakukan pihaknya menerusi MPKB-BRI serta jabatan berkaitan bagi menyelesaikan masalah dibangkitkan orang ramai dalam kawasan pentadbiran majlis berkenaan.

“Selain SMS secara terus kepada saya dan juga pihak MPKB-BRI berkaitan masalah seperti sampah dan longkang, aduan lain yang menyentuh kegiatan berunsur maksiat turut diterima daripada orang ramai untuk diberi perhatian segera.

“Masalah berkaitan perkhidmatan bandar dirujuk terus kepada jabatan berkaitan di bawah MPKB-BRI manakala kes menyentuh kegiatan maksiat disalurkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) untuk tindakan susulan,” katanya.

Pelancaran SMS MPKB-BRI diadakan di Pasar Siti Khatijah, di sini pada 13 Februari lalu bagi membolehkan warga bandar ini membuat sebarang aduan termasuk mengenai kegiatan tidak sihat kepada MPKB-BRI dengan cepat untuk diambil tindakan segera.

Takiyuddin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera selain memaklumkan kepada pihak berkenaan mengenai setiap SMS yang dihantar.

Menurutnya, daripada aduan itu, lebih 30 SMS diterima secara terus olehnya menerusi perkhidmatan talian yang disediakan.



SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke