Kelantan : Persatuan Anak Perantau Dapat Tanah
Posted by admin on 2009/5/21 0:40:00 reads)
Kota Bharu : Persatuan Anak Perantau Kelantan (PERAKAN), sebuah badan bukan
kerajaan (NGO) pada dasarnya diperuntukkan kawasan hampir 400 hektar itu di
Stong oleh kerajaan negeri sebagai sumber pendapatan sendiri bertujuan
menjalankan aktivitinya.
"Kerajaan negeri berhak memberikan tanah kepada NGO, yang ada dalam senarai
kerajaan negeri, di bawah 1,000 ekar untuk Perakan mencari pendapatannya
sendiri," kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan
Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan kepada pemberita selepas mesyuarat
exco mingguan negeri di Kota Baharu semalam (Rabu).
Persada.net mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri yang begitu
perihatin terhadap anak perantau dan berharap anugerah kerajaan negeri ini
dapat dinikmati oleh semua perantau seluruh Malaysia khususnya.
//wartawankita www.persada.net
Wacana Minda Jaliey-M
layari: http://jaliey-m.blogspot.com/
_________________________________________________________________
Insert movie times and more without leaving HotmailĀ®.
http://windowslive.com/Tutorial/Hotmail/QuickAdd?ocid=TXT_TAGLM_WL_HM_Tutorial_QuickAdd1_052009