Assalamualaikum, saya ingin mengetahui macamana untuk memohon jawatan di UMK. Terima kasih
--- In perakan@yahoogroups.com, "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > KOTA BHARU: Kementerian Pengajian Tinggi menerima kira-kira 30 guni > surat permohonan bagi mengisi 176 jawatan di Universiti Malaysia > Kelantan (UMK), kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed. > > "Saya tidak menduga kekosongan jawatan di UMK mendapat sambutan > memberangsangkan sehingga sejumlah kira-kira 30,000 surat permohonan > diterima untuk mengisi jawatan yang ditawarkan. > > "Kajian kita mendapati pemohon jawatan di UMK merangkumi dua kategori > utama iaitu anak tempatan dan mereka yang ingin mengembangkan > kerjaya," katanya selepas perjumpaan dengan pengetua, guru besar dan > Pegawai Pelajaran Daerah Tanah Merah di sini, semalam. > > Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) > Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Muhammad Idiris Saleh; > Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Datuk Mafauzy Mohamed dan > Pengarah Hospital USM, Dr Zaidun Kamari. > > Beliau berkata, sebahagian besar daripada permohonan yang diterima > ialah daripada anak tempatan yang sudah bekerja sama ada dengan > kerajaan atau swasta tetapi memohon berkhidmat di UMK. > > "Termasuk dalam kumpulan ini adalah anak Kelantan yang ketika ini > bekerja di merata tempat di luar Kelantan terutama di Kuala Lumpur > tetapi berhasrat kembali menabur jasa di tanah kelahiran. > > "Kumpulan kedua pula membabitkan mereka yang baru menamatkan > pengajian dari institut pengajian tinggi (IPT) tempatan atau di luar > negara serta belum ada pekerjaan. > > "Kita menghargai minat yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak untuk > berkhidmat dengan UMK dan berharap ia menjadi petanda universiti ini > kini berada pada landasan yang betul untuk mencapai kejayaan," > katanya. > > Dalam perkembangan berasingan, Mustapha berkata, kerajaan menerima > hakikat ada rakyat Malaysia memilih bekerja di luar negara sama ada > dengan syarikat tempatan atau asing. > > "Sebagai sebuah negara pesat membangun, tentu kita mahu lebih ramai > rakyat menyumbang kepada negara tetapi kita sedar tidak mampu > menyediakan peluang yang lumayan seperti ditawarkan negara luar > kepada semua. > > "Sebab itu kita tidak menghalang apabila ada memilih bekerja di luar > negara, lebih-lebih lagi jika bekerja dengan syarikat tempatan > khususnya di negara seperti di Arab Saudi dan Sudan. > > "Mereka berbuat demikian untuk menimba pengalaman atau meningkatkan > kedudukan ekonomi keluarga, tetapi kita yakin suatu hari nanti mereka > akan kembali untuk menyumbang kepada pembangunan negara. > > "Bagaimanapun, dalam bidang tertentu yang kita masih kekurangan > seperti perubatan, farmasi dan saintis, kita menggalakkan mereka > pulang berkhidmat di sini selepas menamatkan pengajian," katanya. > > Terdahulu, Mustapa turut menerima sumbangan kelengkapan bantuan > pesakit bernilai RM40,000 daripada Persatuan Alumni Doktor USM (Padu) > untuk kegunaan HUSM dan Hospital Raja Perempuan Zainab II.//BHarian >