"Bukan kerana hutan ditebang"
Salah chain-saw menggoyang

--- In proletar@yahoogroups.com, "sunny" <am...@...> wrote:
>
> http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_06.htm
> 
> Bukan kerana hutan ditebang
> 
>      
>       SEORANG anggota penyelamat meninjau kawasan yang rosak teruk akibat 
> banjir kilat di Teluk Wondama, wilayah Papua, Indonesia, kelmarin. - AP 
> 
> --------------------------------------------------------------------------
>      
> 
> 
> JAKARTA 12 Okt. - Indonesia hari ini menafikan bahawa banjir kilat yang 
> melanda sebuah kawasan terpencil di Papua Barat yang mengorbankan 148 nyawa 
> berpunca akibat penebangan hutan secara berleluasa.
> 
> Menteri Perhutanan, Zulkifli Hasan berkata, banjir yang melanda daerah Teluk 
> Wondama, di wilayah Papua Barat Isnin lalu, disebabkan oleh sebuah kawasan 
> tadahan semula jadi yang pecah di kawasan itu selepas hujan lebat turun 
> mencurah-curah.
> 
> "Kawasan tadahan itu dibentuk oleh tanah runtuh dan tanah runtuh itu 
> disebabkan oleh hujan lebat dan mungkin dicetuskan oleh gempa bumi.
> 
> "Memang terdapat aktiviti pembalakan di Papua. Namun konsesi pembalakan 
> terletak jauh dan tidak mempunyai kaitan dengan kawasan yang dilanda 
> bencana," kata Hasan.
> 
> Para pegawai berkata, lebih 100 orang masih hilang dan kira-kira 700 
> mengalami kecederaan selepas banjir itu.
> 
> Mereka yang terbunuh dilaporkan mati lemas dan dihanyutkan oleh arus deras 
> bersama-sama dengan pokok-pokok yang tercabut, batu-batu dan sisa-sisa 
> bangunan atau rumah yang musnah.
> 
> Indonesia merupakan antara pengeluar gas rumah hijau terbesar di dunia yang 
> dipersalahkan kerana menyebabkan pemanasan global dan juga menderita dengan 
> penebangan hutan secara besar-besaran akibat aktiviti pembalakan haram serta 
> pembukaan tanah untuk ladang kelapa sawit.
> 
> Sebuah kawasan yang sama dengan keluasan tiga padang bola sepak lenyap dari 
> hutan-hutan Indonesia setiap jam, menurut beberapa pakar. - AFP
> 
> 
> [Non-text portions of this message have been removed]
>




------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to