KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat
buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian
beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah
ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah
syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit
tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri
Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat
tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit
menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan
perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah
Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel &
Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya
mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh
negara.

Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti
syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau
perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang
menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.

Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal
sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam
tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun
berikutnya.

BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu
diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap
aktiviti syarikat berkenaan.

"Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan
kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan
menjalankan aktiviti penggubahan wang haram," jelas kenyataan itu.

Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli
terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu
hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh
terdekat.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank
dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang
tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.

Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat
boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun
atau kedua-duanya sekali.

Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan
Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang
melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan
diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun
atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat
syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan
mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan
saham-saham lain.

Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.

"Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang
ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan
oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,'' jelas
kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang
menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.

=================

Sponsor oleh:

Duit Free US$1 Oleh Jutawan Russell Brunson's
http://contest.dotcomsecrets.com/php


Isteri Pun Boleh Pancut Kat Suami
http://www.pancutkanisteri.com/index.php?ref=php

Verified PayPal Anda Di Sini
http://www.vccmalaysia.com

==================


------------------------------------

-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

START YOUR OWN MLM BUSINESS!
http://www.indoscript.com - http://www.mlmcoder.com

-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Sudah saatnya anda memiliki bisnis sendiri!
Jangan lagi menjalankan bisnis orang lain!
Temukan CARA, ALAT dan RAHASIANYA di sini 
dan hasilkan JUTAAN RUPIAH dari bisnis internet! 
MILIKI MESIN UANG UNTUK ANDA SENDIRI !

Klik : ---> http://www.netjutawan.com/ <- Klik
-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Banjiri rekening BANK anda tanpa cari downline!
Dapatkan UANG kapan saja dan dari siapa saja!
Menggunakan SISTEM OTOMATIS membuat anda menjadi
            JUTAWAN INTERNET BARU !! 

Klik -> http://www.asiaincome.com/ <- Klik
-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Solusi Promosi Mudah Murah dan Efisien!
http://www.mgmaster.com/
-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

World classifieds :

http://www.2usdclub.com
-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/promosi_apa_aja/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/promosi_apa_aja/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke