[wanita-muslimah] (Perbankan & Rasional Larangan Riba)

2009-07-04 Terurut Topik adamleagle
Fakta Perbincangan: Rumah berharga RM100k, pinjaman selama 30 tahun, dan 
anggaran kadar riba pada kadar 9% setahun + BLR. Mengikut Bai-Bithaman Ajil, 
bank akan membeli rumah darpada pemaju pada harga RM100k, dan menjualkan kepada 
anda pada harga RM400k. Kenapa rumah berharga RM100k menjadi RM400k? Ini kerana 
bank telah mencampurkan kiraan riba 9% setahun & BLR untuk tempoh 30 tahun 
(($9,000 + BLR) x 30 tahun + RM100k). Oleh itu kita mengambil angka terdekat 
kepada RM400k sebagai Harga Jualan kepada Peminjam.

Sistem inilah yang didakwa ulama-ulama perbankan Islam sebagai bukan riba, 
tetapi perniagaan. Ini kerana tiada faedah, tetapi Harga Jualan. Terlebih 
dahulu saya katakan ini adalah riba dan tiada bezanya dengan pengajaran dari 
cerita larangan menangkap ikan pada hari Sabtu.

Maksudnya: "…Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) 
bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari 
Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi 
cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari 
lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji 
mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik…"; 
Al-A'raaf:163 

Perbuatan ulama hari ini membenarkan riba telah digambarkan dalam surah 
Al-A'raaf. Kisahnya di mana terdapat suatu kampung Yahudi yang dilarang 
menangkap ikan di hari Sabtu. Namun di bawah taqdir Allah ikan-ikan itu hanya 
muncul ke permukaan air laut di hari Sabtu sedangkan di hari-hari lainnya ikan 
tidak muncul. Maka apa yang dilakukan warga kampung itu? Mereke meletakkan jala 
ikan di malam Sabtu. Lalu pada hari Sabtu mereka menyaksikan ikan-ikan tersebut 
masuk ke dalam jeratan jala yang telah mereka pasang. Kemudian begitu tiba hari 
ahad mereka gulung jala tadi sebelum ikan-ikan tersebut sempat keluar darinya.

Oleh itu adakah mereka menangkap ikan pada hari Sabtu? Mereka menyatakan 
larangan Allah ialah menangkap ikan dan mereka hanya mengepung tetapi tidak 
menangkapnya. Mereka ini cuba berlaku bijak, maka Allah menukar mereka kepada 
monyet dan khinzir. Apakah pengajarannya pada sistem perbankan Islam hari ini? 
Tiada bezanya dan mereka menjawab "…larangan Allah ialah transaksi riba dan 
mereka hanya menukarkan maksud riba kepada Harga Jualan (iaitu perniagaan)…".  
Kehidupan ini sangat singkat dan kita lihat sahaja nanti siapakah yang bijak, 
mereka atau Allah swt. Sekarang kita teruskan dengan rasional dan penjelasan 
larangan riba (bersambung di 
http://muslimvillage.wordpress.com/2009/07/04/0407/)



[wanita-muslimah] (Samada Al-Quran & Hadis undang-undang tertinggi di Malaysia?)

2009-07-03 Terurut Topik adamleagle
Baru ini saya melewati Wikipedia dan mendapati jawapan kepada status kebebasan 
beragama di Malaysia seperti di bawah:

Status kebebasan agama di Malaysia merupakan satu isu kontroversi. Islam 
merupakan agama rasmi dan Perlembagaan Malaysia meletakkan sekatan terhadap 
kebebasan beragama, paling ketara penyebaran agama selain Islam kepada Muslim. 
Bagaimanapun, persoalan sama ada Malaysia merupakan negara Islam atau sekular 
masih belum berjawab;  Wikipedia

Saya meneliti Perlembagan dan mendapati tafsiran sebenar Perlembagaan Malaysia 
menunjukkan Al-Quran & Hadis adalah sebenarnya undang-undang tertinggi di 
Malaysia, dan mana-mana undang-undang, perjanjian atau perbuatan bercanggah 
dengannya adalah tidak sah dan menjadi terbatal.

Namun itu kenapa ia menjadi sebaliknya? Kenapa perlaksanaan Al-Quran dan Hadis 
sebagai undang-undang tertinggi diabaikan dan disisihkan? Ini kerana 
perlaksanaan undang-undang berasaskan fahaman terpesong dari maksud sebenar 
Perlembagaan. Mereka sekadar menafsirkan Perlembagaan menyatakan Islam agama 
rasmi di Malaysia. Ini adalah penafsiran yang terpesong. Terdapat beberapa 
faktor dan antara fahaman terpesong kerana pengamal undang-undang tidak 
memahami definisi Islam yang sebenar, dan isu tidak pernah dicabar di Mahkamah.

 

Sekarang saya kemukakan alasan-alasan seperti di bawah:

Perkara 4 (1) menyatakan Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi, dan 
mana-mana undang bertentangan dengannya menjadi terbatal. Undang-undang yang 
boleh menjadi terbatal dan tidak sah ialah semua undang-undang selain 
Perlembagaan, termasuk Kanun Jenayah dan peraturan kecil dsbnya. Kesemuanya 
mesti tidak bercanggah dengan Perlembagaan.

Perkara 4 (1) Perlembagaan ini ialah undang-undang tertinggi Persekutuan dan 
apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras 
dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.

Bagi memudahkan pemahaman, kita anggap Perlembagaan seumpama bapa dan 
undang-undang selainnya seumpama anak. Oleh itu arahan anak tidak boleh 
mengatasi arahan bapa. Persoalan lain samada badan Perundangan (Peguam Negara), 
Kehakiman (Ketua Hakim Negara), Eksekutif (Perdana Menteri), YDPA/Sultan, 
dasar-dasar parti politik, dan semua badan/individu tertakluk di bawah 
Perlembagaan? Ya! Kesemuanya tertakluk di bawah Perlembagaan. Sebarang 
undang-undang, perjanjian atau perlaksanaan bertentangan dengannya menjadi 
terbatal dan tidak sah. Seterusnya Perlembagaan memperuntukan Islam ialah agama 
bagi Persekutuan.

Perkara 3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain 
boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Perkara 11 (1) memperuntukkan Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan 
agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

 

Alasan Ringkas

Berdasarkan di atas, alasan ringkas ialah Al-Quran & Hadis undang-undang 
tertinggi kerana:


Issue: Samada undang-undang Al-Quran & Hadis adalah undang-undang tertinggi?

Reason: 

1. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi

2. Undang-undang tertinggi menyatakan Islam agama Persekutuan

3. Islam agama Persekutuan bermaksud Pengabdian Persekutuan

4. Pengabdian Persekutuan bermaksud Persekutuan mesti membenarkan kesemua 
ibadah mengikut Al-Quran & Hadis

Conclusion: Ini bermaksud Perlembagaan mematuhi kesemua ibadah terkandung di 
dalam Al-Quran & Hadis, termasuk mengutamakan perlaksanaan undang-undangnya. 
Oleh itu ini bermaksud undang-undang Al-Quran & Hadis adalah tertinggi.

Kenapakah salah faham ini terjadi? Pertamanya penjajah memahami Islam seperti 
agama lain, iaitu mendefinisikan Islam sekadar syahadah, bersolat, membayar 
zakat, berpuasa dan mengerjakan haji. Pemahaman ini kemudian diwariksn kepada 
pengamal undang-undang, dan akhirnya menjadi undang-undang yang mempengaruhi 
jentera kerajaan dan masyarakat Islam keseluruhan. Ini adalah fahaman ke atas 
Islam yang sangat jauh terpesong:

Artikel penuh di http://muslimvillage.wordpress.com



[wanita-muslimah] [PENDEDAHAN WAJAH YAKJUJ DAN MAKJUJ]

2009-06-26 Terurut Topik adamleagle
Allah SWT memberikan petunjuk untuk kita mengenali Ya'juj & Ma'juj. Ini 
dijelaskan melalui kisah Zulkarnain pada Surah al-Kahfi:

"...kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain (utara). Sehingga 
apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang 
hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: "wahai 
Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di 
bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu 
(dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di 
antara kami dengan mereka?" Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang 
Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu 
bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu 
dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul 
besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara 
dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah 
dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti 
api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya". Maka 
mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. 
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; 
dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu 
hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar"…"; al-Kahfi:92-98

Fakta relevan bagi mengenali Ya'juj & Ma'juj ialah:
1. Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia
2. Di antara dua gunung = Gunung Caucasus
3. Kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan = Kaum Armenia
4. Tembok besi = Wall of Alexander

Berdasarkan fakta siapakah Ya'juj & Ma'juj? 

Mereka adalah puak Khazar, dan terdiri daripada 97% bangsa Yahudi yang kita 
ketahui pada hari ini. Yahudi hari ini adalah bukan Yahudi sebenar dan adalah 
perdayaan. Yahudi sebenar berkulit hitam (Mesir + Negro) dan sama sekali 
berbeza daripada Yahudi yang kita kenali pada hari ini; 
http://www.youtube.com/watch?v=_ArXEOo2iU0

Logik mudah ialah tidakkah anda terfikir bagaimana bangsa berwajah Eropah 
(German & Russia) boleh mengaku mereka orang Yahudi dan berasal dari Palestin? 
Orang Yahudi sebenar adalah pelarian dari Mesir dan berkulit hitam. Imbas 
kembali kisah Nabi Musa menyelamatkan mereka di Mesir. Ini disokong fakta 
Firaun sendiri adalah orang negro. Perhatikan kesemua simbol Mesir purba dan 
ianya menunjukkan gambar orang negro dan berkulit hitam. 

Cuba imbas kembali wajah orang Palestin, orang Lebanon, Turki dan Iran. Adakah 
mereka berwajah seperti orang Eropah? Jika Turki yang lebih hampir kepada 
Eropah masih kelihatan seperti orang Arab, bagaimana munasabah mereka boleh 
mengaku mereka orang Yahudi? Inilah perdayaan puak Khazar (Ya'juj & Ma'juj) 
yang telah berjaya memecah tembok dibina Zulkarnain lebih kurang 342 tahun 
Hijrah selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Hari ini mereka menguasai dunia dan melakukan kerosakan tanpa henti. Lihat 
video membuktikan perdayaan ini dan pemalsuan wajah Jesus. Jesus sebenar adalah 
berkulit hitam dan seperti negro. Gambar Jesus kita ketahui hari ini adalah 
gambar Cesare Borgia, anak Pope Alexander VI; 
http://www.youtube.com/watch?v=dwipgzj2roo. Sila rujuk 
http://muslimvillage.wordpress.com/ untuk artikel dan maklumat penuh. 







[wanita-muslimah] Samada perjanjian pinjaman bank islam haram/terbatal?

2009-06-08 Terurut Topik adamleagle
Assalammualaikum, 

Apakah itu Wang Kertas? 

Seksyen 20 Akta Bank Negara Malaysia 1958 
20. The Bank shall have the sole right of issuing notes and coin... to pass as 
legal tender. 

Seksyen 24 Akta Bank Negara Malaysia 1958 
24. (1) Notes issued by the Bank shall... be legal tender in Malaysia at their 
face value for the payment of any amount. 

Definisi legal tender: Legal tender or forced tender is payment that, by law, 
cannot be refused in settlement of a debt; 
http://en.wikipedia.org/wiki/Legal_tender 

Definisi Bank Notes: A banknote (often known as a bill, paper money or simply a 
note) is a kind of negotiable instrument, a promissory note made by a bank 
payable to the bearer on demand, used as money, and in many jurisdictions is 
legal tender; http://en.wikipedia.org/wiki/Bank_note 

Definisi Promissory Note: A promissory note, referred to as a note payable in 
accounting, is a contract where one party (the maker or issuer) makes an 
unconditional promise in writing to pay a sum of money to the other (the 
payee), either at a fixed or determinable future time or on demand of the 
payee, under specific terms.; http://en.wikipedia.org/wiki/Promissory_note 

Definisi Negotiable Instrument: A negotiable instrument is a specialized type 
of "contract" for the payment of money that is unconditional and capable of 
transfer by negotiation. Common examples include cheques, banknotes (paper 
money), and commercial paper; 
http://en.wikipedia.org/wiki/Negotiable_instrument 


Kesimpulan: 
(a) Wang kertas adalah Negotiable Instrument (perjanjian pinjaman)
(b) Wang kertas adalah Promissory Note (perjanjian pinjaman)
(c) Negotiable Instrument & Promissory Note bukan wang sebenar, tetapi janji 
untuk membayar wang sebenar (mewakili wang) 
(c) Wang Kertas tidak bernilai adalah paksaan undang-undang legal tender 


Persoalan: 

(a) Perbankan Islam tidak meminjamkan wang, tetapi sekadar meminjamkan 
perjanjian hutang. Oleh itu, adakah Islam menghalalkan bayaran menggunakan 
perjanjian hutang sebagai wang sebenar? Adakah Islam menghalalkan perjanjian 
hutang yang mengalir sebagai wang dan tanpa had? 

(b) Kertas wang tidak mempunyai nilai melainkan paksaan undang-undang. Oleh 
itu, adakah paksaan boleh menghalalkan wang kertas sebagai mempunyai nilai 
mengikut Syariah? 

(c) Bank Note yang hakikatnya Promissory Note atau Negotiable Instrument adalah 
sekadar janji untuk membayar wang sebenar. Oleh itu, adakah halal untuk 
meminjamkan janji membayar wang sebenar (yang mana tidak pernah ditunaikan)? 

Sekiranya perjanjian pinjaman dari bank islam haram atau terbatal, ini 
bermaksud anda tidak lagi berhutang dengan bank. 

Sila komen dan berikan pendapat anda. Terima kasih. 

Rujukan 
http://muslimvillage.wordpress.com/



[wanita-muslimah] BANK NEGARA MALAYSIA ialah Bank Swasta?

2009-06-07 Terurut Topik adamleagle
Adakah kita dijajah Yahudi? Mari kita lihat undang-undang di bawah:

Akta Bank Negara Malaysia 1958

Section 6. (1) The authorized capital of the Bank shall be two hundred million 
ringgit.

Section 6. (2) Twenty million ringgit of the authorized capital shall be 
subscribed and paid up by the Government on the establishment of the Bank.

Berdasarkan undang-undang di atas, fakta didedahkan ialah:

(a) Bank Negara bukan badan kerajaan dan adalah syarikat persendirian kerana 
mempunyai saham sama seperti syarikat persendirian.

(b) Kerajaan menjadi pemegang saham miniroti (10%). Pemegang saham majoriti 
(90%) tidak dinyatakan (dirahsiakan). Rahsia dikuatkan dengan undang-undang 
rahsia (secrecy) ke atas segala aktiviti Bank Negara Malaysia. 

(c) Bank Negara badan bukan kerajaan kerana kerajaan pemegang saham minoriti 
dan tidak pemilikan saham melebihi 51%. 

(d) Bank Negara juga bukan badan kerajaan kerana kerajaan berhutang dengan Bank 
Negara. Apakah terjadi sekiranya kerajaan gagal bayar? Adakah ianya bermaksud 
kerajaan membankrupkan kerajaan sendiri? 

(e) Ekonomi dan nasib negara diletakkan dibawah kekuasaan pemegang saham 
majoriti tidak kita ketahui. Pemegang saham majoriti ini menentukan jumlah wang 
dalam aliran ekonomi (demand and supply, dan melalui kuasa menetapkan kadar BLR 
atau selainnya), dan menentukan setiap perkara kewangan negara kita. 

Terdapat pelbagai peruntukan di dalam Akta Bank Negara Malaysia 1958 yang 
membuktikan Bank Negara Malaysia adalah bukan badan kerajaan, termasuklah 
peruntukan menyatakan perkara mengenai Bretton Wood Agreement dan peranan Bank 
Negara sebagai agen kepada International Monetary Funds. 

Ini selanjutnya disokong lambang Bank Negara yang kononnya difahamkan sebagai 
gambar rusa. Persoalannya ialah adakah mana-mana rusa berekor panjang? Binatang 
dengan bentuk yang seperti rusa dalam logo Bank Negara tetapi mempunyai ekor 
yang panjang adalah anjing di sisi patung mesir purba yang dikenali sebagai 
Pharoah Hound (buat carian Google Imej: Pharoah Hound +Pyramid, Rusa dan Logo 
Bank Negara). 

Maklumat, gambar dan video boleh ditonton di halaman 
http://muslimvillage.wordpress.com/




[wanita-muslimah] (ONE WORLD RELIGION TELAH BERLAKU!)

2009-06-07 Terurut Topik adamleagle
Rata-rata masyarakat dunia hari ini telah tanpa sedar menganuti agama sekular 
dari Luciferianism. Pelan perlaksanaan agama ini tertera pada US Dollar, "Novus 
Ordo Secular", iaitu "Secular New Order". 

"…Luciferianism is the product of religious engineering, which sociologist 
William Sims Bainbridge defines as "the conscious, systematic, skilled creation 
of a new religion" ("New Religions, Science, and Secularization")…"; 
Luciferianism: The Religion of Apotheosis

Ini selanjutnya disokong prinsip harmoni berbilang agama dari Enigma Babylon 
One World Faith:

"…Enigma Babylon One World Faith is a fictional world religion in the Left 
Behind series that ostensibly seeks to harmonise the remaining faiths on earth 
after the Rapture as portrayed in the novel.During the period for a year and a 
half after the Rapture, where Christians were taken away from earth, Nicolae 
Carpathia rises to power. He begins to deal with the idea of a one-world 
religion with top officials in the Global Community. The "Global Community 
Faith" is established in the Vatican City after the Global Community was 
established in New Babylon. This new syncretistic, global religion accepts any 
religion and faith in the world, claiming equality…"; Enigma Babylon One World 
Faith

Ciri lain seperti di bawah:

"…LaVey briefly outlines the few Satanic holidays. The most important holiday 
in Satanism is one's own birthday, as the birth date of one's own god. To a 
Satanist, you are the most important being in the universe, and celebrating 
your own birthday honors your own vital existence…"; The Satanic Bible 
(Download)

Sambungan... http://muslimvillage.wordpress.com/