Bijak dalam beramal

Orang-orang kaya
biasanya mempunyai mentaliti yang berbeza daripada orang-orang biasa
dari sudut mengurus dan mengatur kekayaan mereka. Majoriti mereka
berada dalam bidang perniagaan atau pelaburan. Mereka lebih bijak dalam 
memperuntukkan wang mereka bagi menambah kekayaan mereka.  


Berbanding
dengan orang biasa, mereka lebih banyak menumpukan kepada pembelian
asset atau perniagaan yang boleh menambah lebih wang ke dalam saku
mereka. Wang mereka terus bertambah walaupun mereka tidak bekerja!




Perkara sebegini juga dapat dilihat di kalangan umat Islam.


Imam an-Nawawi r.a. sebagai contoh, meninggal dunia pada usia yang muda, iaitu 
sekitar 40an.  Namun beliau telah meninggalkan khazanah yang sangat berharga 
dengan sumbangannya dalam bidang hadis dan fiqh.  Ini bermakna, amalannya masih 
lagi berjalan hingga ke hari ini walaupun beliau telah meninggal dunia hampir 
seribu tahun lalu!


Umat Islam perlulah bijak
dalam mengatur amalan mereka. Kita tidak seharusnya hanya menumpukan
kepada amalan-amalan yang bersifat individu seperti solat sunat,
iktikaf, dan sebagainya semata-mata. Kita seharusnya juga memberikan perhatian 
kepada amalan-amalan yang mendatangkan manfaat kepada orang ramai dan juga 
amalan yang membawa kesan yang berkesinambungan.




Ini sepertimana yang disebutkan dalam hadis-hadis berikut.


Daripada Umar bin al-Khattab r.a., RasuluLLah SAW. bersabda:


“Orang yang paling disukai Allah adalah mereka yang paling banyak manfaatnya 
(bagi orang lain);
dan amalan yang paling baik dilakukan oleh seseorang adalah memasukkan rasa 
kebahagiaan ke atas seorang Muslim,
menyelamatkannya daripada penderitaan,
melupuskan hutangnya ataupun mengusir rasa kelaparan daripadanya.
Sesungguhnya, aku sangat suka berjalan dengan seorang Muslim demi menunaikan 
hajat (keperluannya) daripada aku duduk (iktikaf) di dalam masjid sebulan 
lamanya.”  
(Diriwayatkan oleh Imam Ibn Abi ad-Dunya dalam bab: Fi Qada al-Hawaij dan Imam 
at-Tabarani.  Katanya: hadith tersebut hasan.)


Daripada Abdullah b. Amr r.a., RasuluLLah SAW. bersabda:


“Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah semua amalannya, 
kecuali tiga perkara: 
sadaqah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan (orang lain), ataupun anak yang soleh 
yang sentiasa mendoakan orang tuanya.” 
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)

“Sesungguhnya
perkara-perkara yang akan mengikuti seorang Mukmin daripada amalan dan
kebaikannya setelah ia meninggal dunia ialah
ilmu pengetahuan yang diajarkan dan disebarkannya,  anak yang soleh yang 
ditinggalkannya,  mushaf (al-Quran) yang diwarisinya,  masjid yang dibinanya,  
rumah yang dibina untuk ibn sabil  atau sungai yang digalinya (untuk mengairi 
sawah ladang),  atau sedekah yang dikeluarkan dari wang dan hartanya di waktu 
masa sihat dan hidupnya.
Kesemuanya itu akan menyertainya setelah kematiannya.” 
(Hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah dengan sanad hasan, dan al-Baihaqi dan 
Ibnu Khuzaimah di dalam sahihnya.)



Dakwah adalah salah satu daripada amalan-amalan yang utama yang membawa manfaat 
kebaikan yang besar.


Daripada Abu Hurairah r.a.,  RasuluLLah SAW. bersabda:


“Sesiapa yang menyeru orang lain kepada hidayah (Islam),
ia akan memperolehi ganjaran (pahala) sebanyak ganjaran yang diterima oleh 
orang-orang yang mengikuti seruannya itu
dan tidak mengurangi sedikitpun pahala (ganjaran) mereka.
Demikianlah, amalan yang paling mulia dan utama di sisi Allah adalah amalan 
yang paling banyak memberikan manfaat kebaikan kepada orang ramai.” 
(Diriwayatkan
oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam
Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Tirmidzi (2674),
ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Baghawi (109))



Bijaklah dalam beramal!


Setiap orang boleh berdakwah!

meow!

-firdaus-
http://dawah4dummies.blogspot.com/



      

[Non-text portions of this message have been removed]


------------------------------------

=======================
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Anak Muda Islam mailto:[EMAIL PROTECTED]

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment 
....Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke