http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=728&Itemid=72
Fatwa Zakat Minyak Dari Al-Azhar KAHERAH - Universiti Al-Azhar di Mesir mengeluarkan fatwa bahawa sebahagian pendapatan sumber minyak dan gas negara berkenaan perlu diberikan kepada penduduk miskin yang terjejas akibat kenaikan harga makanan. Pusat Penyelidikan Islam di universiti itu mengeluarkan fatwa bahawa adalah tugas suci untuk mengeluarkan zakat sebanyak 20 peratus daripada keuntungan minyak, gas dan mineral. "Fatwa itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan bahawa zakat juga wajib terhadap semua besi dan mineral tidak kira dalam bentuk pepejal atau cecair," kata seorang pensyarah universiti itu. - AFP ULASAN UZAR Badan Penyelidikan Universiti Al-Azhar yang diketuai oleh Prof. Dr Raf'at Othman dan selaku Prof Shariah di Universiti Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa bahawa sesebuah negara WAJIB mengeluarkan zakat minyak dan semua hasil minyaknya sebanyak 20% berdasarkan hadis Nabi s.a.w. Keputusan itu juga mengambil kira pendapat yang bercanggah dengannya. ( rujukan ) Ringkasannya, hukum zakat ke atas minyak ini ada dua situasi. Pertama jika minyak itu dimiliki oleh individu, dan kedua jika minyak itu dimiliki negara. Ia adalah seperti berikut :- a) Zakat atas minyak yang DIMILIKI oleh individu : Menurut Dr Yusuf Al-Qaradawi, tiada khilaf (perbezaan pendapat ulama) bahawa zakat diwajibkan ke atas minyak yang dimiliki oleh individu untuk perniagaan. Namun mereka berbeza pendapat samada dikenakan 2.5% atau 20%. Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan Abu Ubaid dan lain-lain ulama telah berfatwa, oleh kerana minyak adalah tergolong dalam barang galian iaitu RIKAZ atau harta galian tersimpan, maka berdasarkan kepada hadis, zakatnya adalah 1/5 dari hasil, ini beerti 20%. Ini juga merupakan pendapat Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi. Ini berdasarkan hadis nabis s.a.w : Ýí ÇáÑßÇÒ ÇáÎãÓ Ertinya : Zakat bagi harta galian tersimpan adalah 1/5 (20%) ( Muttafaq alaih) Mazhab Syafie dan Malik pula berfatwa tiada zakat bagi minyak, hanya emas dan perak sahaja. b) Zakat ke atas minyak yang DIMILIKI oleh Negara Hasil minyak yang dimiliki oleh Negara, masih terdapat perbezaaan pendapat ulama samada perlu dizakat atau tidak. Dr Yusuf Al-Qaradawi menghuraikan bahawa terdapat beberapa ahli ekonomi Islam seperti Dr. Shawqi Isma`il Shehatah dan Dr. Mohammad Shawqi Al-Fangari yang membangkitkan isu ini semasa Persidangan Pertama Berkaitan Ekonomi Islam pada 1976 di Mekah. Kedua-dua ahli ekonomi ini berpendapat perlunya Negara mengeluarkan zakat atas hasil minyak dan mineral yang dimiliknya. Namun al-Qaradawi menolak pendapat ini, dan beliau menyatakan telah adanya persepakatan antara ulama bahawa TIADA ZAKAT ke atas minyak yang dimiliki oleh Negara atas sebab berikut :- 1) Zakat adalah wajib dan tanggungan individu yang memiliki sesuatu kekayaan. Merekalah yang bertanggungjawab di hadapan Allah. Adapun Negara bukan miliki individu, begitu juga organisasi. Allah Berfirman ÎÐ ãä ÃãæÇáåã ÕÏÞÉ 'Take alms of their wealth, wherewith you may purify them' (At-Tawbah: 103). The Prophet (peace and blessings be upon him) also said: ÃÏæÇ ÒßÇÉ ÃãæÇáßã Ertinya : Dan keluarkan zakat dari harta kamu " Kedua-dua dalil ini menunjukkan tanggungjawab zakat ke atas individu dan organisasi sepertimana negara. Pemimpin negara tidak memiliki harta negara, harta negara adalah hak semua dan hanya ditadbir oleh pemimpin. 2) Berkaitan individu yang diperlukan membayar zakat ; dalam Islam pembayar zakat hanya perlu membayar sejumlah wang untuk dimanfaatkan oleh penerima yang layak, mankaala baki wangnya yang lain adalah khas untuk kegunaannya sendiri. Namun dalam hal harta Negara ia SEPATUTNYA sentiasa dimanfaatkan oleh orang ramai setiap sennya. Jika kita katakan perlunya zakat 20% untuk ummah, adakah ini bermakna baki 80% boleh digunakan oleh pemimpin untuk diri mereka sendiri. ? Ini tidak benar sama sekali. Allah berfirman : ãøóÇ ÃóÝóÇÁ Çááøóåõ Úóáóì ÑóÓõæáöåö ãöäú Ãóåúáö ÇáúÞõÑóì Ýóáöáøóåö æóáöáÑøóÓõæáö æóáöÐöí ÇáúÞõÑúÈóì æóÇáúíóÊóÇãóì æóÇáúãóÓóÇßöíäö æóÇÈúäö ÇáÓøóÈöíáö ßóíú áóÇ íóßõæäó ÏõæáóÉð Èóíúäó ÇáúÃóÛúäöíóÇÁ ãöäßõãú Ertinya : Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu (Al-Hashr: 7) 3) Jika Negara dikehendaki membayar zakat, maka siapakah yang akan menjadi pemungut zakat tersebut?. Sudah tentu negara juga, justeru bagaimana pula pembayar membayar kepada diri sendiri dalam waktu yang sama. Al-Qaradawi juga menegaskan bahawa beliau faham yang ahli-ahli ekonomi Islam tersebut mungkin memberikan pendapat itu kerana merasa tertekan dengan keadaan negara-negara umat Islam yang banyak hasil minyaknya namun masih terlalu ramai faqir miskin di pelbagai negara Islam yang lain, seolah-olah hasil kekayaan ini tidak sampai kepada si faqir dan miskin. Namun setelah perbincangan yang panjang Al-Qaradawi merasakan pendapat mewajibkan zakat dari negara Islam kaya dan zakat itu diberikan kepada negara Islam miskin adalah bukan cara yang praktikal. Malah tiada jaminan sama sekali wang zakat itu akan disampai kepada si faqir miskin tadi. Benar ia adalah TIDAK HALAL SAMA SEKALI diwaktu negara Islam yang kaya dengan hasil minyak bermewah dengan hasilnya, pada masa yang sama negara umat Islam yang miskin menderita kemiskinan dan penyakit. Nabi s.a.w bersabda : ãÇ Âãä Èí ãä ÈÇÊ ÔÈÚÇä æÌÇÑå ÌÇÆÚ Åáì ÌäÈå æåæ íÚáã Èå Ertinya : Tidak sempurna iman seseorang denganku (nabi s.a.w), mereka yang tidur kekenyangan sedangkan jirannya sedang berlapar (kerana kemiskinan) dan ia mengetahuinya" ( Riwayat Al-Bazzar dan At-Tabarani ; As-Sayuti : Hadis Hasan) PENYEBAB SEMAKAN KEMBALI FATWA Namun persoalan yang tidak kurang penting adalah bukan isu wang zakat minyak untuk diagihkan kepada negara Islam lain, tetapi lebih DIBIMBANGI ia tidak sampai langsung kepada rakyat negara itu sendiri. Ia hanya jatuh kepada poket individu tertentu dari kalangan pemimpin. Inilah yang merisaukan sehingga terdapat ulama yang mula memikirkan fatwa berbeza. Ia bagi memastikan hasil minyak negara MAMPU sampai kepada rakyat yang betul. Pun begitu, bagi saya ia masih belum mampu menjamin apa-apa sekiranya individu yang mengendalikan wang zakat dan pembehagiannya juga jenis TIDAK TAKUT ALLAH dan hanya memikirkan perut dan nafsu mereka. Tidak mampu dinafikan tidak sedikit individu yang sebegini. Lihatlah betapa gagalnya sebuah negara jika mereka gagal mendidik kualiti diri individu dengan Islam. Sebaik manapun pemimpin, jika menteri-menterinya, pegawai-pegawainya korup dan berhati rakus harta. Semua perancangan baik pemimpin yang baik akan menjadi hancur berkecai. Keadaan akan menjadi semakin dahsyat JIKA PEMIMPIN itu sendiri berhati rakus. Maka pemipin yang baik mestilah memberi tumpuan utama kepada pentarbiyahan KAKITANGAN mereka terlebih dahulu bagi melaksanakan kebaikan menyeluruh. Kerana itu, walaupun sebuah negara itu punyai banyak hasil mahsul dan pendapatannya, ia pasti gagal dimanfaatkan oleh rakyatnya, tidak kirlah sebanyak manapun bangunan tinggi yang dibina dengan megahnya. Namun rakyat masih menderita. Negara hanya akan berjaya jika pemimpin berjaya membina bangunan iman dan taqwa yang tinggi dalam jiwa kakitangan dan rakyatnya. Inilah tugas yang paling rumit dan sukar. Inilah kejayaan baginda nabi s.a.w. Tatkala itu, tanpa bangunan tinggi, litar Formula 1, lapangan terbang terbesar, jambatan terpanjang dan mercutanda hebat, rakyat dalam negara akan merasai kemajuan yang tiada tolok bandingnya (walaupun tanpa bangunan tinggi). KESIMPULAN Menurut hukum Islam yang asal, hasil mahsul minyak dan mineral lain mestilah dalam kawalan dan perancangan bijak pemimpin sesebuah negara. Pemimpin bukanlah bermaksud untuk kegunaan peribadi dan kroni-kroni tetapi adalah untuk kegunaan rakyat. (Al-Ijtihad in Shari`ah, Al-Qaradawi, cet Dar Al-Qalam, Kuwait) Namun begitu diakibatkan oleh gejala tidak sihat di kalangan pemimpin yang tidak amanah sehingga hasil minyak sesebuah negara tidak sampai kepada rakyatnya, mungkin kerana itulah al-Azhar mengeluarkan fatwa terkini bahawa perlunya zakat minyak dikeluarkan oleh sesebuah negara agar ia sampai kepada rakyat miskinnya. Justeru, disebabkan setiap negara punyai keadaan dan situasi masing-masing, adalah tepat jika Majlis Fatwa Kebangsaan dapat membincangkan isu ini dengan telus. Sama ada mereka bersama fatwa Al-Qaradawi dan majoriti ulama silam, atau bersama fatwa Badan penyelidikan Al-Azhar yang terkini. Namun masalah yang dihadapi oleh Majlis Fatwa dalam hal ini adalah, saya difahamkan bahawa Majlis fatwa sudah menghantar surat rasmi kepada PETRONAS untuk berbincang hal zakat ini. Namun surat rasmi itu kelihatan tidak diendahkan oleh mereka. Sekian Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net 16 Jun 2008 INi berita asal dalam bahasa arab ÃÞÑ ãÌãÚ ÇáÈÍæË ÇáÅÓáÇãíÉ ÇáÊÇÈÚ ááÃÒåÑ ÇáÔÑíÝ¡ Ýí ÌáÓÊå ÇáãäÚÞÏå ÙåÑ Çáíæã ÇáÎãíÓ¡ ÝÑÖ ÒßÇÉ ãÞÏÇÑåÇ 20 % Úáì (ÇáÑßÇÒ) æåí ßá ãÇ íÎÑÌ ãä ÈÇØä ÇáÃÑÖ æÊÔãá ÇáÈÊÑæá æãÔÊÞÇÊå æÇáãÚÇÏä Ü ÚÏÇ ÇáÐåÈ æÇáÝÖÉ . æÝí ÊÕÑíÍÇÊ ÎÇÕÉ áÔÈßÉ ÇáÃÎÈÇÑ ÇáÚÑÈíÉ "ãÍíØ" ÞÇá ÇáÏßÊæÑ ãÍãÏ ÑÃÝÊ ÚËãÇä¡ ÃÓÊÇÐ ÇáÝÞå ÇáãÞÇÑä ÈÌÇãÚÉ ÇáÃÒåÑ æÑÆíÓ áÌäÉ ÇáÈÍæË ÇáÝÞåíÉ ÈÇáãÌãÚ¡ Ãä ÇáÃÚÖÇÁ ÞÏ ÇÊÝÞæÇ Úáì æÌæÈ ÅÎÑÇÌ ÇáÏæáÉ ááÒßÇÉ Úä ÇáÈÊÑæá æãÔÊÞÇÊå ÈÇÚÊÈÇÑåÇ ÇáãÇáß ÇáæÍíÏ áßá ÂÈÇÑ æÍÞæá ÇáÈÊÑæá¡ æÐáß ÇÓÊäÇÏÇ Åáì ÍÏíË ÇáÑÓæá Ü Õáì Çááå Úáíå æÓáã "Ýí ÇáÑßÇÒ ÇáÎõãÓ". æÃÔÇÑ Åáì Ãä ÇáÃÚÖÇÁ ÇÊÝÞæÇ ÃíÖÇ Úáì Ãä äÓÈÉ ÇáÒßÇÉ Úáì ÇÓÊÎÑÇÌ ÇáÐåÈ æÇáÝÖÉ ãä ÈÇØä ÇáÃÑÖ åí ÑÈÚ ÇáÚÔÑ Ãí 2.5 ÈÇáãÇÆÉ. æÚä ßíÝíÉ ÊÍÕíá åÐå ÇáÒßÇÉ ãä ÇáÏæáÉ ÃæÖÍ Ï. ÚËãÇä Ãä åÐÇ ÇáÞÑÇÑ ÈæÌæÈ ÅÎÑÇÌ ÇáÏæáÉ ááÒßÇÉ Úáì "ÇáÑßÇÒ" åæ ãÌÑÏ ÝÊæì ÊÙåÑ ÇáÍßã ÇáÔÑÚí æáßääÇ áÇ äÓÊØíÚ ÅÌÈÇÑ ÇáÏæáÉ Úáì ÅÎÑÇÌ Êáß ÇáÒßÇÉ. ßÇä ÃÚÖÇÁ áÌäÉ ÇáÈÍæË ÇáÝÞåíÉ ÈãÌãÚ ÇáÈÍæË ÇáÅÓáÇãíÉ ÞÏ ØÇáÈæÇ Ýí ÇÌÊãÇÚåã ÇáÇËäíä ÇáãÇÖí ÈÖÑæÑÉ ÊÍÕíá ÞíãÉ ÇáÒßÇÉ Úáí ãäÊÌÇÊ æãÔÊÞÇÊ ÇáÈÊÑæá¡ ÈäÓÈÉ 20% áÕÑÝåÇ Ýí ãÕÇÑÝåÇ ÇáÔÑÚíÉ. æÇÊÝÞ ÃÚÖÇÁ ÇááÌäÉ Úáí ÖÑæÑÉ ÝÑÖ ÇáÒßÇÉ Úáí ÇáÈÊÑæá æãÔÊÞÇÊå¡ ÈäÓÈÉ 20%¡ ÇÓÊäÇÏÇ Åáí ÍÏíË ÇáäÈí¡ (Ýí ÇáÑßÇÒ ÇáÎãÓ) æßáãÉ "ÇáÑßÇÒ" ÊÔãá ßá ãÇ íÎÑÌ ãä ÈÇØä ÇáÃÑÖ. æßÇä ÇáÏßÊæÑ ãÍãÏ ÔæÞí ÇáÝäÌÑí¡ ÃÓÊÇÐ ÇáÇÞÊÕÇÏ Ýí ÌÇãÚÉ ÇáÃÒåÑ¡ åæ ÇáÐí ÊÞÏã ÈØáÈ ÑÓãí Åáí ãÌãÚ ÇáÈÍæË ÇáÅÓáÇãíÉ¡ áÊÍÏíÏ ãæÞÝ ÇáÔÑíÚÉ ÇáÅÓáÇãíÉ ãä ÊÍÕíá ÞíãÉ ÇáÒßÇÉ Úáí ÇáÈÊÑæá æãÔÊÞÇÊå¡ æÃÚÏÊ ÇááÌäÉ ÊÞÑíÑÇ ÔÇãáÇ Êã ÚÑÖå Çáíæã Ýí ÇáÇÌÊãÇÚ ÇáÔåÑí áãÌãÚ ÇáÈÍæË ÇáÅÓáÇãíÉ ÇáÐí íÚÏ ÃÚáì ÌåÉ ÈÇáÃÒåÑ ÇáÔÑíÝ æíÑÃÓå ÔíÎ ÇáÃÒåÑ ÇáÏßÊæÑ ãÍãÏ ÓíÏ ØäØÇæí. [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------------------ ======================= Milis Wanita Muslimah Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat. Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED] Milis Keluarga Sejahtera mailto:[EMAIL PROTECTED] Milis Anak Muda Islam mailto:[EMAIL PROTECTED] This mailing list has a special spell casted to reject any attachment ....Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/