--- On Fri, 10/17/08, badai wind <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

From: badai wind <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: [ReSpeKs] lagi kisah palsu dan pembohongan terhadap kisah isra' dan 
mi'raj..moga Allah jualah yang memberi hidayah kpd siapa yang memohon kepadaNya
To: [EMAIL PROTECTED], "kathy 5172" <[EMAIL PROTECTED]>, "ariq" <[EMAIL 
PROTECTED]>, "ayahanda farok" <[EMAIL PROTECTED]>, "cc azalin" <[EMAIL 
PROTECTED]>, "erni" <[EMAIL PROTECTED]>, "fazlin" <[EMAIL PROTECTED]>, "noi 
fiza" <[EMAIL PROTECTED]>, "fuziah" <[EMAIL PROTECTED]>, "ieda" <[EMAIL 
PROTECTED]>, "helmi induksi '07" <[EMAIL PROTECTED]>, "razif induksi '07" 
<[EMAIL PROTECTED]>, "ira" <[EMAIL PROTECTED]>, "izad" <[EMAIL PROTECTED]>, 
"kak lin" <[EMAIL PROTECTED]>, "kak roy" <[EMAIL PROTECTED]>, "naza" <[EMAIL 
PROTECTED]>, "remy" <[EMAIL PROTECTED]>, "ReSpeKs" <[EMAIL PROTECTED]>, 
"shahliza" <[EMAIL PROTECTED]>, "shahliza11" <[EMAIL PROTECTED]>, "shahril" 
<[EMAIL PROTECTED]>, "smkrp-enon" <[EMAIL PROTECTED]>, "smkrp-khamizah11" 
<[EMAIL PROTECTED]>, "smkrp-noorulniza" <[EMAIL PROTECTED]>, "smkrp-rozinah" 
<[EMAIL PROTECTED]>, "teacher maimun"
 <[EMAIL PROTECTED]>, "uitm-achik" <[EMAIL PROTECTED]>, "uitm-apit" <[EMAIL 
PROTECTED]>, "uitm-ayu bedah" <[EMAIL PROTECTED]>, "uitm-ayuzida" <[EMAIL 
PROTECTED]>, "uitm-lin" <[EMAIL PROTECTED]>, "uitm-nurul" <[EMAIL PROTECTED]>, 
"uitm-wani" <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Friday, October 17, 2008, 10:20 PM














Assalamualaikum. .
 
Selain dakwaan pembohongan dan palsu cerita mengenai Rasulullah SAW melihat 
arasy dan bertemu wanita tua yang melambangkan usia dunia,antara yang turut 
diambil kesempatan oleh sebilangan ulama' rekaan dalah tentang 
keafdhalan almalan atau ibadat di bulan rejab dan sya'ban.Hal ini pernah 
diperdebat dan dibincangkan oleh tokoh-tokoh hafiz hadith yang thiqat yakni 
dipercayai seperti ibnu Hajar as-asqalani, ibnu kathir,Al-bani dan ramai 
lagi.sungguhpun hadith palsu bulan rejab dan bentuk ibadat di malam itu adalah 
direka hadithnya oleh Ibnu Jahdam iaitu seorang guru sufi di Mekah..di sini 
saya sertakan hujah-hujah oleh ulama' muktabar dalam pengajian hadith untuk 
menguatkan pendirian saya ini yang mungkin boleh dimanfaatkan kita 
semua.. kepada sesiapa yang ingin memberi respon saya dengan berbesar hati 
mempersilakannya. .wallahua' lam..semoga Allah menunjukkan jalan kebenaran 
kepada sesiapa yang menginginkannya. .Alhamdulillah. .wassalam
 
 
 









Fatwa tentang Merayakan Sambutan Nisfu Syaaban 









  
Bacaan yasin 
  
Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) 
dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat 
Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , 
selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, 
selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan 
selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal. 
  
Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini 
tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa 
yang dikeluarkan oleh Ulama muktabar dunia masakini tentang sahih batilnya 
amalan ini. 
  
Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan . Amalan 
ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w.  atau sahabat-sahabat atau 
ada petunjuk yang jelas dari al-Quran dan as-sunnah . Amalan mengkhususkan 
bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan 
bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan 
membazirkan masa dan memenatkan badan. 
  
  
Kita boleh membaca surah Yasin sebanyak mungkin pada bila-bila masa untuk 
mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan 
dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah 
s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di 
celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Dan kita boleh membaca surah 
Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila saja dan tidak perlu 
berkampung  di masjid-masjid dengan harapan mendapat ganjaran istimewa dari 
Allah s.w.t. 
  
Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama terkemuka di Timur 
Tengah untuk menjelaskan tentang amalan bidaah di malam nisfu Syaaban. 
Perhatikan bahawa beliau tidak menyebut amalan membaca Yasin  dan doa-doa yang 
mengiringinya kerana amalan tersebut tidak diamalkan oleh penduduk di Timur 
Tengah atau di bahagian lain dunia Islam. Boleh dikatakan bahawa amalan baca 
Yasin dan doa ini adalah  sebahagian dari sekian banyak amalan bidaah  ciptaan 
rakyat tempatan khusus  untuk amalan penduduk nusantara ini! 
  
'Solat Sunat' Nisfu Syaaban 

Firman Allah (mafhumnya): “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama 
kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam 
itu menjadi agama untuk kamu." [al-Maa’idah 5:3]. “Patutkah mereka mempunyai 
sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang 
undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?" [al-Syur.a 42:21] 

Dalam kitab al-Sahihain diriwayatkan daripada `Aisyah (r.a) bahawa Rasulullah 
(s.a.w) pernah bersabda: "barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan 
(agama) kita ini yang mana bukan sebahagian daripadanya, akan tertolak.” 

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Jabir r.a, Nabi (s.a.w) bersabda dalam 
khutbah Baginda: "Tetaplah kamu dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' 
Rasyidun, serta berpegang teguhlah padanya... Berwaspadalah terhadap perkara 
yang baru diada-adakan, kerana setiap perkara baru adalah bid'ah dan setiap 
perkara bid'ah itu adalah sesat.” Terdapat banyak lagi ayat Qur'an dan hadis 
yang seumpamanya. 

Ini jelas sekali menunjukkan bahawa Allah telah sempurnakan agama umat ini, dan 
mencukupkan nikmatNya ke atas mereka. Tuhan tidak mengambil nyawa RasulNya 
sehinggalah Baginda selesai menyampaikan perutusan dengan seterang-terangnya 
dan menghuraikan kepada ummah segala apa yang telah diperintahkan Allah samada 
amalan perbuatan mahupun percakapan. Baginda s.a.w telah menerangkan bahawa 
untuk ibadah yang direka selepas kewafatan Baginda, segala bacaan dan amalan 
yang kononnya dilakukan menurut Islam, kesemua ini akan dicampakkan kembali 
kepada orang yang mencipta amalan tersebut, meskipun ia berniat baik. 

Para Sahabat Nabi s.a.w tahu tentang hakikat ini, begitu juga para salaf 
selepas mereka. Mereka mengecam bid’ah dan menegahnya, sebagaimana telah 
dicatatkan dalam kitab-kitab yang menyanjung Sunnah dan mengecam bid’ah, 
ditulis oleh bin Waddah, al-Tartushi, bin Shamah dan lain-lain. 

Antara amalan bid’ah yang direka manusia ialah menyambut hari pertengahan dalam 
bulan Syaaban (Nisfu Syaaban), dan menganjurkan puasa pada hari tersebut. Tidak 
ada nas (dalil) yang boleh dipercayai tentang puasa ini. Ada beberapa hadis 
dhaif telah dirujuk tentang fadhilat puasa ini, tetapi ianya tidak boleh 
dijadikan pegangan. Hadis-hadis diriwayatkan mengenai fadhilat doa sempena 
nisfu Syaaban kesemuanya adalah maudhu’ (rekaan semata-mata) , sebagaimana 
telah diperjelaskan oleh sebahagian besar alim ulama. Kita akan lihat beberapa 
petikan dari ulasan para alim ulama ini. 

Beberapa riwayat tentang hal ini telah dinukilkan daripada sebahagian ulama 
salaf di Syria dan lain-lain. Menurut jumhur ulama, menyambut nisfu Syaaban 
adalah bid’ah, dan hadis-hadis tentang fadhilat-fadhilat berkenaan hari 
tersebut adalah dhaif (lemah), sebahagian besar yang lain pula adalah maudhu’ 
(rekaan). Antara ulama yang memperjelaskan hal ini adalah al-Haafiz bin Rejab, 
di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif, dan lain-lain. Hadis-hadis dha`if 
berkenaan ibadah hanya boleh diterimapakai untuk amalan ibadat yang terdapat 
menerusi nas-nas yang Sahih. Tidak ada asas yang Sahih bagi sambutan nisfu 
Syaaban, oleh itu hadis-hadis dha`if tersebut tidak dapat digunapakai. 

Prinsip asas yang penting ini telah disebutkan oleh Imam Abu’l-‘Abbas Sheikh 
al-Islam bin Taymiyah (rahimahullah) . Para alim ulama (rahimahumullah) telah 
sepakat bahawa apabila wujud perselisihan di kalangan umat, maka wajiblah 
merujuk kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Apa-apa keputusan yang 
diperolehi daripada salah satu atau kedua-duanya adalah syariat yang wajib 
ditaati, sebaliknya apa-apa yang didapati bercanggah dengan kedua-duanya 
mestilah ditolak. Oleh itu sebarang amalan ibadat yang tidak dinyatakan di 
dalam kedua-dua (Qur’an dan Sunnah) adalah bid’ah dan tidak dibenarkan 
melakukannya, apatah lagi mengajak orang lain melakukannya atau 
mengiktirafkannya. 

Sebagaimana Firman Allah (mafhumnya): “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah 
kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" 
(orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu 
berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu 
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika 
kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih 
baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya." [al-Nisa’ 4:59] 

“Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara 
agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada 
Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku 
berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala 
keadaan).”[al-Shura 42:10]. “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu 
mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta 
mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha 
Mengasihani.” [Aal ‘Imr.an 3:31] 

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga 
mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di 
antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu 
keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu 
dengan sepenuhnya.” [al-Nisa’ 4:65] 

Banyak lagi ayat-ayat lain yang serupa maksudnya seperti di atas, yang 
menyatakan dengan jelas bahawa sebarang perselisihan wajib dirujuk kepada 
Qur’an dan Sunnah, seterusnya wajib mentaati keputusan yang diperolehi daripada 
kedua-dua Nas ini. Ini merupakan syarat iman, dan inilah yang terbaik untuk 
manusia di dunia dan di akhirat: “Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) 
dan lebih elok pula kesudahannya” [al-Nisa’ 4:59 – mafhumnya] maksudnya ialah 
Hari Akhirat. 

Al-Hafiz bin Rejab (R.A) menyebut di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif 
tentang isu ini – setelah membincangkannya secara panjang lebar – “Malam Nisfu 
Syaaban asalnya diutamakan oleh golongan Tabi’in di kalangan penduduk Sham, 
antaranya Khalid bin Mi’dan, Makhul, Luqman bin ‘Amir dan lain-lain, di mana 
mereka beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut. Orang awam menganggap 
bahawa malam tersebut adalah mulia kerana perbuatan mereka ini. Disebutkan 
bahawa mereka telah mendengar riwayat-riwayat Israiliyyat berkenaan kelebihan 
malam tersebut, sedangkan jumhur ulama di Hijaz menolak kesahihan riwayat ini, 
antara mereka adalah ‘Ata’ dan Ibnu Abi Malikah. ‘Abdul Rahman bin Zaid bin 
Aslam meriwayatkan fatwa ini daripada fuqaha’ (Ulama Ahli Fiqh) di Madinah, dan 
inilah pandangan ulama-ulama Maliki dan lain-lain. Kata mereka: semua ini 
adalah bid’ah… 
Imam Ahmad tidak pernah diketahui menyebut apa-apa pun tentang (adanya 
sambutan) Malam Nisfu Syaaban… Tentang amalan berdoa sepanjang Malam Nisfu 
Syaaban, tidak ada riwayat yang sahih daripada Nabi (s.a.w) ataupun daripada 
Para Sahabat Baginda …” 

Inilah apa yang telah disebutkan oleh al-Hafiz bin Rejab (R.A). Beliau 
menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada langsung riwayat sahih daripada 
Rasulullah s.a.w mahupun daripada Sahabat-sahabat Baginda (R.A) mengenai Malam 
Nisfu Shaaban (pertengahan bulan Syaaban). 

Dalam keadaan di mana tidak ada bukti shar’i bahawa apa-apa perkara itu disuruh 
oleh Islam, tidak dibenarkan bagi Umat Islam untuk mereka-reka perkara baru 
dalam agama Allah, tidak kiralah ianya amalan perseorangan ataupun berkumpulan, 
samada dilakukan secara terbuka mahupun tertutup, berdasarkan maksud umum 
hadith Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa melakukan apa sahaja amalan yang bukan 
sebahagian daripada urusan kita ini [Islam], amalan itu akan tertolak.” Banyak 
lagi dalil yang menegaskan bahawa bid’ah mesti ditegah dan memerintahkan agar 
menjauhinya. 

Imam Abu Bakr al-Tartushi (R.A) menyebut dalam kitabnya al-Hawadith wa’l-Bida’: 
“Ibn Waddah meriwayatkan bahawa Zayd bin Aslam berkata: Kami tidak pernah 
menemui seorang pun dari kalangan ulama dan and fuqaha’ kami yang memberi 
perhatian lebih kepada Malam Nisfu Shaaban, tidak ada juga yang memberi 
perhatian kepada hadith Makhul, atau yang beranggapan bahawa malam tersebut 
adalah lebih istimewa daripada malam-malam lain. Pernah ada orang mengadu 
kepada Ibnu Abi Maleekah bahawa Ziyad an-Numairi mengatakan bahawa pahala di 
Malam Nisfu Shaaban adalah menyamai pahala Lailatul-Qadar. Beliau menjawab, 
“Sekiranya aku dengar sendiri dia berkata begitu dan ada kayu di tanganku, 
pasti aku akan memukulnya (dengan kayu itu). Ziyad seorang pereka cerita.” 

Al-Shaukani (R.A) berkata dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah: “Hadith yang berbunyi: 
‘Wahai ‘Ali, barangsiapa bersolat seratus rakaat di Malam Nisfu Shaaban, dengan 
membaca pada setiap rakaat Ummul Kitab [Surah al-Fatihah] dan Qul Huwallahu 
Ahad sepuluh kali, Allah akan memenuhi segala keperluannya…’ Hadis ini maudhu’ 
(rekaan semata-mata) . Susunan katanya menyebut dengan jelas ganjaran yang akan 
diterima oleh orang yang melakukannya, dan tidak ada orang yang waras yang 
boleh meragui bahawa ‘hadis’ ini adalah rekaan. Lebih-lebih lagi, perawi dalam 
isnad hadis ini adalah majhul (tidak dikenali). ‘Hadis’ ini juga diriwayatkan 
melalui sanad yang lain, yang mana kesemua adalah direka dan kesemua perawinya 
adalah are majhul (tidak diketahui asal-usulnya) . 

Di dalam kitab al-Mukhtasar, beliau menukilkan: Hadith yang menyebut tentang 
solat di tengah bulan Syaaban adalah hadis palsu, dan hadis Ali yang 
diriwayatkan oleh Ibnu Hibban – “ Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, 
penuhilah malamnya dengan solat dan berpuasalah di siang harinya” – adalah 
dhaif (lemah). 

Di dalam kitab al-La’aali’ beliau berkata, “Seratus rakaat di pertengahan 
Syaaban, membaca (Surah) al-Ikhlas sepuluh kali di setiap rakaat… (hadis ini) 
adalah maudhu’ (direka), dan kesemua perawi dalam tiga isnadnya adalah majhul 
(tidak dikenali) dan dhaif (lemah). Katanya lagi: dan dua belas rakaat, membaca 
al-Ikhlaas tiga puluh kali setiap rakaat, ini juga adalah maudhu’; dan empat 
belas (rakaat), juga adalah maudhu’. 

Beberapa orang fuqaha’ telah tertipu oleh hadis palsu ini, antaranya pengarang 
al-Ihya’ dan lain-lain, dan juga sebahagian ulama mufassirin. Solat khusus di 
malam ini – di pertengahan bulan Syaaban – telah diterangkan dalam pelbagai 
bentuk, kesemuanya adalah palsu dan direka-reka.” 

Al-Hafiz al-‘Iraqi berkata: “Hadith tentang solat di malam pertengahan Syaaban 
adalah maudhu’, dan disandarkan secara palsu terhadap Rasulullah s.a.w.” 

Imam al-Nawawi berkata di dalam bukunya al-Majmu’: “Sembahyang yang dikenali 
sebagai solat al-raghaa’ib, didirikan sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib 
dan ‘Isyak pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab, dan sembahyang sunat Malam 
Nisfu Shaaban, sebanyak seratus rakaat – kedua-dua sembahyang ini adalah bid’ah 
yang tercela. Sepatutnya orang ramai tidak tertipu disebabkan ianya disebut 
dalam Qut al-Qulub dan Ihya’ ‘Ulum al-Din, atau oleh hadis-hadis yang 
disebutkan dalam kedua-dua kitab ini. Kesemuanya adalah palsu. Orang ramai juga 
tidak sepatutnya tertipu disebabkan kerana beberapa imam telah keliru dalam hal 
ini dan menulis beberapa helaian yang menyebut bahawa sembahyang ini adalah 
mustahabb (sunat), kerana dalam hal ini mereka tersilap.” 

Sheikh al-Imam Abu Muhammad ‘Abd al-Rahman bin Isma’il al-Maqdisi telah menulis 
sebuah kitab yang amat berharga, yang membuktikan bahawa riwayat-riwayat 
tersebut adalah palsu, dan jasa beliau sangatlah besar. Alim `ulama telah 
membincangkan hal ini dengan panjang lebar, dan sekiranya kami ingin memetik 
keseluruhan perbincangan tersebut untuk dicatatkan di sini, tentu akan 
mengambil masa yang sangat panjang. Mudah-mudahan apa yang telah disebutkan di 
atas sudah memadai bagi anda yang mencari kebenaran. 

Daripada ayat-ayat Qur’an, hadis-hadis dan pendapat ulama yang dipetik di atas, 
sudah jelas bagi kita bahawa menyambut pertengahan bulan Syaaban dengan cara 
bersembahyang di malamnya atau dengan mana-mana cara yang lain, atau dengan 
mengkhususkan puasa pada hari tersebut, adalah bid’ah yang ditolak oleh jumhur 
ulama. Amalan tersebut tiada asas dalam syariat Islam yang tulen; bahkan ianya 
hanyalah salah satu perkara yang diada-adakan dalam Islam selepas berakhirnya 
zaman Sahabat (radhiallahu `anhum). 
Amat memadai, dalam hal ini, untuk kita fahami kalam Allah (mafhumnya): 
“Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu untukmu..…”[al-Ma’idah 5:3]. 
dan beberapa ayat yang seumpamanya; dan kata-kata Nabi s.a.w: “Barangsiapa yang 
mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang (pada 
hakikatnya) bukan sebahagian daripadanya, tidak akan diterima” dan beberapa 
hadis yang serupa. 

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan bahawa Abu Hurarah (R.A) berkata: “Rasulullah 
s.a.w bersabda: ‘Janganlah kamu khususkan malam Jumaat untuk bersembahyang 
malam dan janganlah khususkan siang hari Jumaat untuk berpuasa, melainkan jika 
puasa di hari itu adalah sebahagian daripada puasa-puasa yang kamu amalkan 
berterusan berterusan.’” 

Seandainya dibenarkan untuk mengkhususkan mana-mana malam untuk amalan ibadah 
yang istimewa, sudah tentu malam Jumaat adalah yang paling sesuai, kerana siang 
hari Jumaat adalah hari yang paling baik bermula terbit mataharinya, 
sebagaimana disebutkan dalam hadis Sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah 
s.a.w. Memandangkan Nabi s.a.w sendiri melarang dari mengkhususkan malam 
tersebut untuk bertahajjud, itu menandakan bahawa adalah lebih dilarang 
sekiranya dikhususkan malam-malam lain untuk sebarang bentuk ibadat, kecuali di 
mana terdapat nas yang Sahih yang mengkhususkan malam tertentu. 

Oleh kerana telah disyariatkan untuk memenuhi malam Lailatul-Qadr dan 
malam-malam lain di bulan Ramadhan dengan bersolat, Rasulullah s.a.w memberi 
perhatian kepadanya dan menyuruh umatnya bersolat malam sepanjang tempoh 
tersebut. Baginda sendiri melaksanakannya, sebagaimana disebut dalam 
al-Sahihain, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa bersolat qiyam di 
bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, Allah akan ampunkan 
dosa-dosanya yang telah lalu” dan “Barangsiapa memenuhi malam Lailatul Qadr 
dengan bersolat (sunat) disebabkan iman dan mencari pahala, Allah ampunkan 
kesemua dosanya yang telah lalu.” 

Akan tetapi sekiranya disyariatkan untuk mengkhususkan malam pertengahan bulan 
Syaaban, atau malam Jumaat pertama di bulan Rejab, atau di malam Isra’ dan 
Mi’raj, dengan meraikannya ataupun dengan melakukan amalan ibadat yang khusus, 
maka sudah tentu Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya melakukannya, dan 
Baginda sendiri melakukannya. Jika pernah berlaku sedemikian, para Sahabat 
Baginda (R.A) pasti akan memperturunkan amalan amalan tersebut kepada umat 
terkemudian; tidak mungkin mereka menyembunyikan amalan daripada umat 
terkemudian, kerana mereka adalah generasi yang terbaik dan yang paling amanah 
selepas Rasulullah, radhiallahu `anhum, dan semoga Allah merahmati kesemua 
sahabat Rasulullah s.a.w. 

Sekarang kita telah membaca sendiri kata-kata ulama yang dipetik di atas bahawa 
tidak ada riwayat daripada Rasulullah s.a.w mahupun Para Sahabat (R.A) 
berkenaan kelebihan malam Jumaat pertama bulan Rejab, atau malam pertengahan 
bulan Syaaban. Maka kita tahu bahawa menyambut hari tersebut adalah satu 
perkara baru yang dimasukkan ke dalam Islam, dan mengkhususkan waktu-waktu ini 
untuk amalan ibadat tertentu adalah bid’ah yang tercela. 

Samalah juga dengan sambutan malam ke dua puluh tujuh bulan Rejab, yang mana 
disangkakan oleh sesetengah orang sebagai malam Isra’ dan Mi’raj; tidak 
dibenarkan mengkhususkan hari tersebut untuk amalan tertentu, atau meraikan 
tarikh tersebut, berdasarkan dalil yang dipetik di atas. Ini sekiranya tarikh 
sebenar Isra’ and Mi’raj telah diketahui, maka bagaimana sekiranya pandangan 
ulama yang benar adalah tarikh sebanar Isra’ and Mi’raj tidak diketahui! 
Pandangan yang mengatakan ianya berlaku pada malam ke dua puluh tujuh di bulan 
Rejab adalah riwayat yang palsu yang tiada asas dalam hadis-hadis sahih. Baik 
sekiranya seseorang itu berkata: “Perkara paling baik adalah yang mengikut 
jalan para salaf, dan perkara paling buruk adalah perkara yang diada-adakan.” 

Kita memohon agar Allah membantu kita dan seluruh umat Islam untuk berpegang 
teguh kepada Sunnah dan menjauhi segala yang bertentangan dengannya, kerana 
Dialah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Semoga Allah merahmati Pesuruh 
dan UtusanNya, Nabi kita Muhammad s.a.w, serta kesemua ahli keluarga dan Para 
Sahabat baginda. 


____________ _________ _________ _________ _________ __
Anda Ber-Yahoo!?
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! mempunyai perlindungan spam yang paling baik 
http://my.mail. yahoo.com  













__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]


------------------------------------

=======================
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Anak Muda Islam mailto:[EMAIL PROTECTED]

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment 
....Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke