http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=760&Itemid=72


Krisis Ekonomi Dari US ke UK  
: Ulasan & Perspektif Islam
 
Oleh 
Zaharuddin Abd Rahman 
http://www.zaharuddin.net/
 
Bencana krisis kewangan di
USA telah merebak ke negara lain sedikit demi sedikit, jika ia tidak
berjaya dipulih, sedikit lagi setiap kita akan merasai pedihnya. 

 
Sekali lagi saya akan cuba
menerangkan secara ringkas dan agak mudah apa yang berlaku kepada
industri perbankan di United Kingdom dan lainnya. Saya akan cuba
membawa ringkasan fakta disusuli beberapa pandangan Islam. Sekali lagi
saya ingatkan bahawa ini hanyalah sebuah artikel ringkas yang ditulis
untuk kefahaman pembaca bukan di bidang ekonomi dan kewangan. Diharap
tulisan ini dapat serba sedikit mengisi kekosongan ulasan ilmuan Islam
di Malaysia dan seluruh dunia berkaitan krisis ekonomi dunia terkini.
 
Ia ditulis secara mudah
sekadar memberi pembaca gambaran dan kesan serta pandangan
Islamet erutama berkenaan pengambilalihan (nationalization) bank
komersial, pemotongan interest rate dan lain-lain.
 
BAIL OUT : DARI AMERIKA KE UNITED KINGDOM
 
Jika sebelum ini saya telah menulis berkenaan bailout USD 700 billion yang 
diperuntukkan oleh kerajaan US untuk menyelamatkan beberapa buah bank dan 
institusi kewangan di USA. 

 
Krisis kelihatan semakin merebak di US dan kini mula merebak ke United Kingdom 
dan beberapa buah negara lain.
 
Manakala situasi di USA semakin menjunam apabila sebuah bank konvesnional riba 
bernama Washington Mutual yang asetnya bernilai USD307 bilion terpaksa ‘gulung 
tikar', ia dijual
kepada syarikat gergasi JP Morgan dengan harga USD 1.9 bilion sahaja. Semalam 
(9 Oktober 08) diwartakan Saham di Amerika jatuh lagi ke tahap yang benar-benar 
teruk.
 
Di UK pula, HBOS iaitu salah sebuah institusi kewangan riba yang terbesar turut 
jatuh terlungkup. Mereka dibeli oleh Lloyds TSB.
 
Jatuh itu maksudnya, sama ada
dibeli oleh bank lain ataupun dibeli oleh kerajaan melalui proses
bailout. Itulah yang dinamakan ‘nationalization'. 

 
BAIL OUT OLEH UK
 
UKPrime Minister Gordon Brown mengumumkan
peruntukan £50bn (USD 88bn) untuk memilik negara sebahagian daripada
kepentingan ekuiti dalam lapan bank utama negara itu, yang antaranya
ialah HBOS, Lloyds TSB, Standard Chartered, Abbey dan Nationwide
Building Society. 

 
 
  
Kerajaan UK juga, melalui
Bank Of England dalam skim yang dinamakan "special liquidity scheme",
menawarkan pinjaman jangka pendek sebanyak £200bn (USD 350bn) khas
untuk memberi pinjaman kepada mana-mana bank yang memerlukan kecairan
(tunai) segera untuk menyelesaikan masalah Mortgage Backed Securities (MBS) 
yang bermasalah terutamanya seperti Royal Bank of Scotland.
 
Selain itu, kerajaan UK juga
menyediakan jaminan untuk setiap pinjaman jangka pendek dan sederhana
untuk tempoh 3 tahun. Jaminan ini dianggarkan akan menelan kos sebanyak
£250 billion.
 
Semua tiga cara kerajaan UK ini menjadikan jumlah bailout dari UK bernilai £ 
500 billion.! Rujuk
 
Lagi institusi kewangan lain di UK yang bakal di jadikan milik kerajaan adalah 
Bradford & Bingley (B&B). Kerajaan akan mengambil kawalan ke atas beban 
pinjaman institusi
berkenaan yang bernilai sebanyak £50 billion,  manakala bahagian
simpanan dan cawangannya yang bernilai £20 billion pula akan  dibeli
oleh sebuah syarikat Sepanyol 

 
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN 'NATIONALIZATION'
 
Apabila bank-bank komersial
di nasionalisasikan ini bermakna ia telah menjadi sebahagian daripada
institusi kerajaan dan bukan lagi sebuah syarikat swasta. 

 
Pihak yang berfahaman
‘sosialis' amat sukakan proses nasionalisasi ini, bagi mereka semua
pengeluaran, pengagihan dan harta di dalam negara sepatutnya di miliki
dan dipegang oleh kerajaan bagi pihak rakyat.  
Sistem ekonomi Islam tidak sependapat dengan fahaman ekonomi sosialis yang 
terlalu ingin meng'kerajaan' segala-galanya. 

 
Islam juga tidak bersetuju
dengan cara ekonomi kapitalis yang terlalu membuka peluang begitu luas
sehingga menjadikan untung sebagai fokus dan segala-galanya dalam dunia
perniagaan dan kehidupan. Islam boleh dikatakan berada di pertengahan,
ada perkara yang perlu di'kerajaan'kan dan ada yang tidak.
 
Islam juga membenarkan
pencarian untung dalam dunia perniagaan namun ia mempunyai
tanggungjawab dan limitasi seperti kewajiban zakat, kebajikan, berniaga
dalam lunas yang halal dan pelbagai lagi. Limitasi moral dan nilai ini amat 
longgar dan hampir tiada dalam dunia ekonomi kapitalis. 

 
Justeru, membiarkan semua
bank komersial riba yang mengalami kerugian akibat kelemahan pengurusan
dan ketamakan, lalu dibayar dengan sejumlah amat besar wang rakyatnya
melalui proses 'nasionalisasi'. Ia tidaklah boleh diterima oleh Islam.
 
Hasil dari nasionalisasi ini adalah berikut :-
 
a- Harta dan aset ; harta dan asset bank atau syarikat tersebut sudah menjadi 
harta dan aset kerajaan.
 
b- Halatuju : Kerajaan berkuasa untuk menentukan halatuju bank yang telah 
diambil
alih (jika peratusan pemilikkannya adalah terbesar), sebahagiannya
berpendapat dengan demikian, ia lebih selamat berbanding swasta. 

 
c- Kurang Risiko ; Ia lebih baik kerana kerajaan akan sentiasa berimbang dalam 
mengejar
keuntungan berbanding swasta yang sentiasa ingin perbanyak untung serta
lebih mengambil risiko. 

 
d- Suasana Kerja Lebih Mudah ; Suasana
pekerjaan lebih baik kerana amat jarang kerajaan membuang pekerja
berbanding swasta yang sentiasa menagih prestasi tinggi. 

 
e- Aset Utama dimiliki ; Aset berharga tinggi dan amat diperlukan (terutamanya 
key services)
lebih selamat dari dijual kepada pihak asing, berbanding swasta yang
sentiasa ingin menggandakan wang walaupun dengan menjualnya kepada
pihak asing. Masalahnya, adakah perbankan komersial ini amat amat
diperlukan?. Kerajaan masih boleh membantu peminjam melalui pelbagai
cara lain.
 
Namun begitu kebanyakkan
usahawan-usahawan yang wujud di dalam pasaran memandangnya sebagai satu
tindakan yang boleh membawa negative kerana :-
 
1) Prestasi kerja akan menurun, demikian semua maklum akan tekanan kerja di 
bawah swasta dan kerajaan.
Tahap kecekapan akan menurun, situasi selesa amat boleh membawa padah.
 
2) Kurangnya persaingan ; Menurut teori perniagaan, persaingan amat penting 
bagi mewujudkan pembangunan berkualiti. 

 
3) Bertambah campurtangan politik ; Apabila sebuah syarikatr besar seperti bank 
komersial masuk dalam
pemilikan kerajaan, campur tangan orang politik semakin mudah
menyelinap dan akhirnya mewujudkan kelemahan keyakinan pelabur, 

 
4) Menyuburkan sikap 'favoritism' dalam bisnes. Selepas ini sdudah tentu 
projek-projek besar kerajaan akan diberikan
kepada syarikat di bawah naungannya atau yang unyai ikatan langsung
dengannya. Hasilnya, syarikat swasta yang cekap kempunan dan kurang
bisnes disebabkan asyik kalah tender dengan syarikat berkaitan
kerajaan. Hal yang sama banyak berlaku di Malaysia.
 
5) Meningkatkan beban kerajaan yang telah sedia banyak ; Setiap hutang yang 
sedia ada dan pengurusannya kini di bawah tanggungjawab kerajaan. 

 
6) Peluang pekerja semakin sukar ; Peluang para pekerja bank terbabit untuk 
naik atau naik gaji juga amat
sukar apabila prose sini berlaku. Sebagaiman sukarnya kakitangan awam
naik gaji dan pangkat, itu akan berlaku. Berbeza dengan swasta yang
lebih responsif kepada kakitangan yang cemerlang dengan kepantasan
peluang naik pangkat, gaji dan bonus. Ini bakal menyebabkan prestasi
kerja menurun.
 
7) Kerajaan Hilang Fokus Kebajikan ; Semua
hutang yang terhasil dan berbaki dari syarikat gergasi yang
dinasionalisasi akan menjadi beban kerajaan. Ini bermakna ia menjadi
beban semua rakyat. Tanpa pengurusan dan pendapatan yang baik, kerajaan
akan menaikkan cukai. Bayangkan, bagaimana proses ini boleh beri kesan
negatif kepada rakyat. Di United Kingdom, sudah tersebar analisa dari
pelbagai pihak, PELBAGAI CUKAI AKAN DINAIKKAN akibat dari bail-out ini.!
 
Dalam Islam, nasionalisasi
adalah amat diperlukan dalam sektor perkhidmatan utama seperti
pengurusan air, makanan asasi seperti beras, eletrik, kesihatan dan
lain-lain perkara asas bagi masyarakt. Ia penting bagi kerajaan
mengawal harga dan kebajikan awam. Penswastaannya bakal membawa beban
keapda rakyat ramai akibat harganya yang pasti meningkat kerana target
sesebuah syarikat swasta adalah UNTUNG. Kerajaan tidak sewajarnya
mempunyai target sebegitu sebagai sasaran utamanya.
 
Namun nasionalisasi dalam
bidang komersial dan bisnes yang bukan TERDIRI DARI PERKARA asasi
adalah tidak digalakkan di dalam Islam bagi mengawal hal negatif yang
dinayatakan di atas. 

 
ADAKAH BANK ANDA SELAMAT?
 
Cuba anda lihat saham bank
anda di papan bursa saham, jika anda dapati sahamnya sedang jatuh dan
terus jatuh, itu bukti kesannya semakin hampir dengan anda, termasuk
juga saya.
 
Sebagai contoh, cuba anda lihat betapa teruknya saham Merrill Lynch jatuh, 

 
  
Rajah : Saham Merril lynch
 
Lihat pula apa berlaku kepada saham Bank Bradford & Bingley yang akhirnya akan 
ambil alih oleh kerajaan.  
      
Rajah : Kejatuhan Saham Bank Bradford & Bingley (8 Okt 08)
 
Macam mana mengaitkan saham dengan masalah bank ?
 
Saya teringat seorang kenalan saya yang merupakan seorang jutawan melayu muslim 
yang hebat, founder kepada sebuah syarikat di papan utama bursa saham KL. 
Beliau pernah berkata apabila melihat screen naik turun harga saham:-
 
Apabila saham syarikatnya atau syarikat-syarikat yang dilaburinya naik dan 
turun, 

 
"Bila naik sahaja, terus
terasa kaya (walaupun itu baru merupakan untung atas kertas), namun
apabila jatuh terasa demam dan miskin"
 
Secara mudah faham, harga saham itu menunjukkan nilai atau value sesebuah 
syarikat atau bank. Jika ia jatuh, bermakna nilai bank dan
syarikat turut jatuh dan terkesan, dividen yang mampu diberikan kepada
pelaburnya juga mengecut. Nilai bank itu mengecil dan keyakinan pelabur
termasuk penyimpan juga pasti jatuh. Akhirnya, semakin ramai menjual
sahamnya dan mengeluarkan simpanannya. Ini akan mengecilkan kemampuan
bank ini untuk memperolehi tunai. Tanpa wang sebegini bank tidak mampu
memberi pinjaman kepada pemohonan, tanpa pemberian pinjam, bank akan
gagal memperolehi untung.
 
Keadaan ini boleh menyebabkan kegoncangan kepada pengurusan bank dan akhirnya 
pengurusan credit bank akan menjadi kurang yakin untuk memberikan pinjaman ( 
kerana wang
mereka juga sudah mengecil), malah jika mereka beri sekalipun, nescaya
akan dipilih pelanggan yang benar-benar kukuh sahaja.
 
Selain itu, kesan dari kejatuhan nilai saham sesebuah syarikat yang tersenarai 
juga adalah ;
 
'rating' yang diberikan kepada mereka oleh 'Rating Agency' akan
turut akan jatuh, sebagai contoh pada 9 Oktober 2008, saham JP Morgan
jatuh dan sekaligus menyebabkan agensi rating menyemak semula rating
asalnya,  
apa yang berlaku jika rating
mereka jatuh?. Ini bermakna, setiap permohonan pinjaman kepada bank
selepas ini akan dikenakan kadar faedah (interest) yang lebih tinggi.
Itulah sifir perbankan, lagi berwibawa status kewangan anda, lagi murah
anda boleh dapat, namun apabila anda jatuh wibawa, rate tinggi bakal
menjelma.  
Mengapa demikian?. kerana risiko yang ditanggung oleh bank lebih besar.
 
Apabila sesebuah bank
bermasalah, semua pendeposit akan menghadapi masalah, contohnya salah
sebuah bank yang terbesar di Iceland yang punyai banyak cawangan di UK
jatuh lingkup. Dalam masa yang sama, pelbagai pihak kerajaan tempatan
di UK dan polis menyimpan wang mereka dan melabur dalam bank tersebut,
dianggarkan nilainya lebih £900 juta. Kini semua sektor awam yang
terlibat sudah bimbang kerana terdapat kemungkinan wang mereka akan
hangus bersama keruntuhan bank tersebut.
 
Laporan BBC menyebut :
 
So far more than 100
local authorities in England, Wales and Scotland have revealed that
they have deposits worth £842.5m in total.  
The figure is £946.8m when investments by police authorities and Transport for 
London are added. 
Bayangkan jika jumlah sebesar itu hangus begitu sahaja. Berita Lanjut.
  
Justeru, mana-mana syarikat
besar, unit saham amanah, sektor awam di Malaysia yang ada menyimpan
wang dan melabur di bank-bank besar di luar negara. Masalah bakal
sampai kepada mereka dan akhirnya sampai kepada seluruh rakyat Malaysia.
 
‘CREDIT CRUNCH' : APA BENDA TU?
 
Pihak bank berbuat demikian
kerana bimbang akan tahap kemampuan kecairan dan kewangan mereka.
Apabila ini berlaku, pihak bank juga akan semakin kurang membuat inter bank 
money market (penjelasan : biasanya pihak bank akan bertukar-rukar pinjam dan
memberi pinjaman riba secara jangka pendek antara satu sama lain,
semuanya bertujuan untuk mendpaat untung atau menguruskan kewujudan
aliran tunai bank masing-masing, inilah definisi mudah interbank money market), 

 
Kelembapan interbank money market ini atas sebab kurang yakin mereka dengan 
keadaan tida menentu ekonomi
dan bimbang kerugian, pihak bank hanya akan luluskan pinjaman atau
pembiayaan dengan kos yang lebih tinggi dan penilaian yang lebih ketat.
Ini yang dinamakan dinamakan ‘Credit Crunch' atau keruntuhan kredit,
dan inilah yang sedang berlaku SEKARANG hampir di seluruh dunia bermula
di USA dan merebak ke UK. 

 
Antara sebab Kerajaan UK
menyuntik berbillion pound tadi adalah juga dengan harapan agar pihak
bank kembali melaksanakan kebiasaan interbank money market ini.
 
Pandangan Islam terhadap money market, kebanyakkan instrument yang wujud dalam 
money market ini adalah haram menurut ulama sedunia.
Namun demikian dalam sistem perbankan Islam dan di Malaysia
terutamanya, mereka mempunyai instrumen tersendiri dalam melaksanakan
fungsi money market ini dan ia telah disahkan halal oleh Majlis Shariah
Bank Negara Malaysia.  

 
Kembali kepada isu ‘credit crunch'; kesan negatif dari credit crunch adalah 
semua industri pembuatan, perkilangan dan lain-lain industri
perniagaan yang sentiasa memerlukan injeksi tunai akan terjejas kerana
kesempitan tunai dan ‘cash flow' (aliran tunai) yang tidak stabil,
ringkasnya, mereka akan kekeringan wang untuk operasi mereka. 

 
Kesan selanjutnya adalah
pembuangan pekerja dan tiada kenaikan gaji atau bonus. Kesan dari itu,
pekerja dan orang ramai akan gagal membayar pinjaman perumahan, kereta,
kad kredit mereka dan lain-lain hutang. Bank akan menderita akibat
peratusan gagal bayar hutang meningkat dan memaksa sesebuah bank gulung
tikar atau dibeli oleh kerajaan. Bank riba juga menderita apabila TELAH
MENJANJIKAN interest kepada seluruh pelabur di fixed deposit mereka dan 
akaun-akaun mereka. Ini mempercepatkan lagi runtuhnya bank ini.
 
Lantaran dari itu, ia akan
menjadi semakin tenat dan memberi kesan kepada seluruh bank-bank lain
yang berurusan dengannya, tatkala itu terpaksalah ia diambil alih oleh
kerajaan dalam proses bail-out. 

 
Sekali lagi saya ulangi,
apabila sesebuah bank komersial diambil alih oleh pihak kerajaan iaitu
secara injeksi tunai melalui pembelian saham bank terbabit, ini
dinamakan ‘nationalized'. Kebaikan dan kelemahannya telah saya sebutkan
di atas.
 
Inilah yang berlaku kepada semua firma yang di cop ‘nationalized' dalam gambar 
rajah di bawah.   
Gambar : Beberapa syarikat gergasi yang terlibat  
Pembuangan pekerja bukan
sahaja akan berlaku dalam industri pembuatan malah juga akan dan telah
berlaku dalam industri perbankan. Sebagai contoh UBS Switzerland bank
telah membuang 2000 orang pekerjanya akibat dari kesan ini.
 
KADAR FAEDAH DIKURANG O.5 % & PANDANGAN ISLAM
 
Apa maksud ini?, keputusan telah dibuat negara-negara terbabit untuk 
mengurangkan kadar faedah (interest) sebanyak 0.5 %.
 
Dari sudut pandang ekonomi tulen, ia adalah satu langkah yang ada kebaikannya 
dalam menyelesaikan maslaah ekonomi semasa kini. 

 
Hasil dari pengurangan ini
mereka mengharapkan agar peminjam-peminjam mampu membayar hutang mereka
kepada bank dengan lebih efisyen dan akhirnya akan mampu memulihkan
masalah hutang tertunggak dan kekurangan aliran tunai bank.
 
Institusi kewangan di UK
telah mengurangkan kadar dari 7% kepada 6.5%. Bank pusat China juga
mengurangkan kadar riba sebanyak 0.27 % kepada 6.93%. Demikian juga
tindakan oleh US Federal Reserve, European Central Bank (ECB), Bank of
England, and the central banks of Canada, Sweden and Switzerland yang
mana semua mereka membuat potongan riba secara kecemasan. Jepun tidak
menurunkannya kerana dikatakan kadar yang sedia ada telah pun rendah.
 
Pakar mengatakan, jika lebih
banyak bank pusat mengambil keputusan penurunan kadar faedah, ia lebih
baik. Jika tidak ia hanya dilakukan oleh sesebuah bank pusat, ia sudah
tentu akan menganggu nilai matawang negara berkenaan. 

 
Pasaran sedang memberi
tekanan kepada pihak berkuasa untuk mengambil langkah bersama seperti
menurunkan kadar faedah pada Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan Dunia
di Washington pada Jumaat ini (10 Okt 2008).
 
Penurunan kadar faedah ini
dijangka boleh memberikan sedikit kelegaan kepada peminjam hutang rumah
yang semakin tenat. Kesannya, bayaran bulanan hutang rumah kepada bank
akan berkurangan dari biasa. Jika di UK sebagai contoh, katalah anda
sedang punyai hutang rumah sekitar GBP 150,000, maka bayaran hutang
bulanan kepada bank dijanka berkurangan sedikit sebanyak GBP 47 sebulan.
 
Ketua Analisa ekonomi
Antarabangsa di Capital berpendapat pemotongan ini hanya mampu
memberikan kesan sementara untuk pemulihan keyakinan pelabur, namun ia
belum mencukupi selagi tida diubah seluruh sistem ekonomi.  


PANDANGAN ISLAM BERKENAAN 'INTEREST RATE CUT'
 
Jikalah ia sebuah Islamic
Bank, proses memberikan diskaun atau melepaskan sebahagian beban
daripada orang berhutang yang tidak punyai kemampuan adalah tepat dan
amat baik. Ia bertepatan dengan firman Allah :- 
æóÅöä ßóÇäó Ðõæ ÚõÓúÑóÉò ÝóäóÙöÑóÉñ Åöáóì ãóíúÓóÑóÉò æóÃóä ÊóÕóÏøóÞõæÇú ÎóíúÑñ 
áøóßõãú Åöä ßõäÊõãú ÊóÚúáóãõæäó 
Ertinya : Dan sekiranya
mereka (yang berhutang) itu berada di dalam kesukaran, kamu berilah
mereka tangguh sehingga mereka senang, dan jika kamu bersedeqah (beri
diskaun termasuk dalam sedeqah) itu adalah lebih baik"  ( Al-Baqara : 280) 

 
Namun dalam kes kadar faedah
diturunkan ini, tiada banyak pujian boleh kita berikan juga kerana
semuanya adalah riba riba riba. Sebagaimana saya tidak boleh memuji
jiika harga rokok dan arak diturunkan, demikian juga saya tidak boleh
memuji kadar riba diturunkan. 

 
Kita hanya boleh memuji jika ia dibuang terus dan diganti dengan sistem tanpa 
riba.
 
Menurut pakar, walaupun kadar
faedah bagi pinjaman perumahan diturunkan, pihak bank akan masih
tertekan. Menurut hukum asalnya, dalam keadaan credit crunch, pihak
bank sangat ingin menaikkan iinterest rate dan bukannay menurunkannya
kerana setiap dollar, pound atau ringgit yang dipinjamkan kepada
peminjam sepatutnya menghasilkan lebih banyak 'interest' disebabkan
wang tunai yang sukar diperolehi. 

 
Apabila tiada jalan lain
untuk memulihkan keyakinan pasaran terhadap industri bank, mereka
terpaksa dalam derita setuju dengan potongan kadar faedah. 

 
Namun demikian, mereka pasti
cuba menghasilkan untung dari sektor yang lain. Justeru, pakar ekonomi
menjangkakan peminjam-peminjam dari sektor Indstri Kecil dan Sederhana
dan semua pinjaman korporat akan ditekan dengan kadar faedah yang lebih
tinggi. Yang turun adalah pinjaman perumahan dari orang ramai, 
pinjaman syarikat bagi perniagaan belum tentu lagi. 

 
Kesannya adalah 'back to
square one', iaitu perniagaan sukar mendapat kelulusan dan akhirnya
memberi kesan kepada perkembangan industri dan pembuangan pekerja akan
berlaku. Hari ini berita Wales, memaklumkan beribu-ribu pekerja sektor
perbankan dan lain-lain mula dibuang kerja.
 
Saya juga tidak dapat
nafikan, pemotongan ini beri sedikit kesan buruk kepad aperbankan Islam
yang kebanyakkannya menggunakan 'fixed rate' disebabkan oleh aqad jual
beli sama ada Bai Bithaman Ajil (BBA) atau Murabahah yang mereka
gunakan. Kecualilah jika mereka menggunakan produk BBA dengan kadar
variable melalui sistem ibra' (rebate).
 
Produk pembiayan peruamahan yang menggunakan aqad Musharakah Mutanaqisah dan 
Ijarah Thumma Al-Bai tiada menghadapi sebarang masalah dalam isu potongan 
interest rate ini,
mereka juga mampu menawarkan diskuan yang kompetetif buat pelanggannya.
Semunya halal. InshaAllah.
 
LAIN-LAIN KESAN SECARA RINGKAS
  
Lain-lain kesan dari keadaan ekonomi yang runcing dan tidak menentu ini adalah 
:-
 
1) HARGA MINYAK 

 
Dijangka akan jatuh kerana
pasraan bimbang dan tida pasti samada pemrintaan minyak akan meingkat
atau turun di musim kejautah ekonomi. Setakat 8 Oktober 2008, harga
minyak telah jatuh lebih 40 % dari USD 150 kepada USD 87.15 per barrel.
Ia adalah yang melegakan di musim krisis ekonomi.
 
2) KEJATUHAN PASARAN SAHAM SEDUNIA
 
Menurut fakta pada 7 Oktober 2008 :- 
        * Pasaran saham UK, FTSE 100 index jatuh 7.1% kepada 4,278.  
        * Germany's DAX index is trading down 6.1%.  
        * Singapore's main Straits Times Index closes 6.61%, or 143.94 points, 
lower at 2,033.61,  
        * Australia's
All-Ords index closes down 228.1 points, or 4.96%, at 4,369.8, a day
after rallying in response to a 1 percentage point interest rate cut by
the central bank.  
        * Hong Kong's main Hang Seng index closes down 1,372.03 points, or 
8.17%, at 15,431.73  
        * France's CAC 40 jatuh 8.18% to 3,426, tahap terendah sejak December 
2003.  
        * Russia's
Micex exchange announces it is suspending trading until Friday after
the index drops more than 14% in the first half-hour of trading 
        * Japan's
Nikkei 225 index ditutup pada 952.58 mata, or 9.4%, pada 9,203.32 -
merupakan kejatuhan terbesar dalama sehari dalam tempoh 21 tahun.
Perdana Menteri Jepun, Taro Aso berkata pada hari Rabu lalu pasaran
saham Nikkei 225 jauth lebih 10% dan mengatakan "ia adalah diluar
imiginasi kami", ia mendakwa terdapat kebimbangan luar biasa terhadap
ekonomi negaranya.  
        * India  : India's benchmark Sensex index sinks by 5.3% as fears of a 
global recession mount. 
        * Indonesia
: Trading is suspended for a day on the Indonesia Stock Exchange due to
"irregularities" after the benchmark JSX index sank 10.4%, or 168.1
points 
        * Malaysia
; Pada 7 Oktober 2008; Indeks komposit Malaysia jatuh 2.71% kepada
970.19 dengan 605 kaunter syarikat mengalami kerugian berbanding 117
yang beroleh untung  
Namun pada 8 Oktober, setelah interest rate di potong 0.5 %, beberapa pasaran 
saham menunjukkan sedikit reaksi positif dengan beberapa kenaikan.
 
Kejatuhan ini akan beri kesan
kepada semua orang-orang kaya yang punyai saham di bursa saham negara
masing-masing. Mungkin ada si kaya yang bakal jatuh sakit jantung
akibat kejatuhan nilai sahamnya.
 
Adapun orang kelas sederhana
mungkin waktu terbaik buat mereka untuk membeli saham dengan harga
murah dengan harapan dan analisa bahawa nilai saham itu akan naik
semula inshaALlah dan keuntungan boleh diperoleh.
 
Bagi orang kurang bernasib
baik dan miskin yang tidak punyai satu lot atau unit saham, mereka
tidak merasa sebarang kerugian kecuali jika syarikat yang jatuh
sahamnya itu terpaksa membuang pekerja. Tatkala itu, masalah besar akan
dirasai.
 
3)  HARGA DAN NILAI RUMAH JATUH
 
Masalah kewangan yang sedang
kita bentangkan ini juga memberi kesan langsung kepada harga atau nilai
rumah di UK, demikian juga di Amerika. Dilaporkan bahawa harga nilai
rumah jatuh house 1.3% dalam bulan September. 
Industri perbankan meramalkan kejatuhan nilai itu beerti kejatuhan nilai 
tahunan sebanyak 12.4%, 

Penganalis di UK meramalkan nilai harga rumah akan jatuh ke paras maksimum 
iaitu 15% bulan depan. 

 
Begitulah serba ringkas
bagaimana merebaknya krisis ekonomi US yang sudah menjadi krisi ekonomi
dunia. 


Demikian juga beberapa pandangan Islam yang sempat saya coretkan
untuk pengetahuan pembaca.
 
Inflasi di UK juga bertambah meningkat, ia semakin membimbangkan. 
  
Rajah : Inflasi di United Kingdom 

 
4) HARGA EMAS NAIK
 
Harga emas turut menjadi
bertambah baik kesan dari krisis, ia kerana nilai emas yang diyakini
dapat bertahan dalam kejatuhan nilai matawang sesebuah negara terutama
USD.  

 
AKHIRNYA 

 
Semoga ada manfaatnya artikel
ini dalam usaha memberikan gambaran ringkas dan mudah tentang apa yang
berlaku dan bagaimana perspektif Islam secara ringkas.
 
Harapan saya artikel ini
mampu memberikan sedikit kelompongan ulasan dari ilmuan Islam berkenaan
krisis ekonomi yang sedang terjadi di sekeliling kita.
 
Sekian
 
Zaharuddin Abd Rahman 
http://www.zaharuddin.net/ 
9 Oktober 2008 
10 Syawwal 1429 H 
Wales, United Kingdom

 
__________________________________________________________________________________________________
  
Berikut adalah beberapa glosari istilah kewangan yang mudah di dalam bahasa 
Inggeris.  
A-C 
Administration  
A rescue mechanism for UK
companies in severe trouble. It allows them to continue as a going
concern, under supervision, effectively to try to trade out of
difficulty.  
A firm in administration cannot be wound up without permission from a court.  
Assets  
Things that have earning power or some other value to their owner.  
Fixed assets (also
known as long-term assets) are things that have a useful life of more
than one year, for example buildings and machinery; there are also
intangible fixed assets, like the good reputation of a company or
brand.  
Current assets are the things that can easily be turned into cash and are 
expected to be sold or used up in the near future.  
Bear market  
In a bear market, prices are
falling and investors, anticipating losses, tend to sell. This can
create a self-sustaining downward spiral.  
Bond  
A debt security -
or more simply an IOU. The bond states when a loan must be repaid and
what interest the borrower (issuer) must pay to the holder. Banks and
investors buy and trade bonds.  
Bull market  
A bull market is one in which prices are generally rising and investor 
confidence is high.  
Chapter 11  
The term for bankruptcy
protection in the US. It postpones a company's obligations to its
creditors, giving it time to reorganise its debts or sell parts of the
business, for example.  
Collateralised debt obligations (CDOs)  
A collateralised debt obligation is a financial structure that groups 
individual loans, bonds or assets in a portfolio, which can then be traded.  
In theory, CDOs attract a
stronger credit rating than individual assets due to the risk being
more diversified. But as the performance of some assets has fallen, the
value of many CDOs have also been reduced.  
Commercial paper  
Unsecured, short-term loans
issued by companies. The funds are typically used for working capital,
rather than fixed assets such as a new building.  
Commodities  
Commodities are products that, in their basic form, are all the same so it 
makes little difference from whom you buy them.  
That means that they have a market price. You would be unlikely to pay more for 
iron ore from a particular mine, for example.  
Credit crunch  
The situation created when
banks hugely reduced their lending to each other because they were
uncertain about how much money they had.  
This in turn resulted in more expensive loans and mortgages for ordinary 
people.  
Credit default swap  
A swap designed to transfer credit risk. The buyer of the swap makes periodic 
payments to the seller in return for protection in the event of a default.  
A bank which owns a lot of mortgage debt could swap it, but would have to make 
a pay-out if those mortgages were not repaid.  
Return to list 
D-F 
Dead cat bounce  
A phrase long used on trading floors to describe a short-lived recovery of 
share prices in a falling stock market.  
Derivatives  
Derivatives are a way of
investing in a particular product or security without having to own it.
The value can depend on anything from the price of coffee to interest
rates or what the weather is like.  
Derivatives can be used as insurance to limit the risk of a particular 
investment.  
Credit derivatives are based on the risk of borrowers defaulting on their 
loans, such as mortgages.  
Equity  
In a business, equity is how much all of the shares put together are worth.  
In a house, your equity is the amount your house is worth minus the amount of 
mortgage debt that is outstanding on it.  
Fundamentals  
Fundamentals determine a
company, currency or security's value. A company's fundamentals include
its assets, debt, revenue, earnings and growth.  
Futures  
A futures contract is an
agreement to buy or sell a commodity at a predetermined date and price.
It could be used to hedge or to speculate on the price of the
commodity.  
Return to list 
H-K 
Hedge fund  
A private investment fund with a large, unregulated pool of capital and very 
experienced investors.  
Hedge funds use a range of
sophisticated strategies to maximise returns - including hedging,
leveraging and derivatives trading.  
Hedging  
Making an investment to reduce the risk of price fluctuations to the value of 
an asset.  
For example, if you owned a
stock and then sold a futures contract agreeing to sell your stock on a
particular date at a set price. A fall in price would not harm you -
but nor would you benefit from any rise.  
Investment bank  
Investment banks provide financial services for governments, companies or 
extremely rich individuals. They differ from commercial banks where you have 
your savings or your mortgage.  
Return to list 
L-P 
Leveraging  
Leveraging, or gearing, means using debt to supplement investment.  
The more you borrow on top of
the funds (or equity) you already have, the more highly leveraged you
are. Leveraging can maximise both gains and losses.  
Deleveraging means reducing the amount you are borrowing.  
Libor  
London Inter Bank Offered Rate. The rate at which banks lend money to each 
other.  
Limited liability  
Confines an investor's loss
in a business to the amount of capital they invested. If a person
invests £100,000 in a company and it goes under, they will lose only
their investment and not more.  
Liquidity  
The liquidity of something is
how easy it is to convert it into cash. Your current account, for
example, is more liquid than your house.  
If you needed to sell your house quickly to pay bills you would have drop the 
price substantially to get a sale.  
Loans to deposit ratio  
For financial institutions, the sum of their loans divided by the sum of their 
deposits.  
Currently important because using other sources to fund lending is getting more 
expensive.  
Mark-to-market  
Recording the value of an asset on a daily basis according to current market 
prices.  
So for a futures contract, what it would be worth if realised today rather than 
at the specified future date. Also marked-to-market.  
Mortgage-backed securities  
These are securities made up
of mortgage debt or a collection of mortgages. Banks repackage debt
from a number of mortgages which can be traded. Selling mortgages off
frees up funds to lend to more homeowners. See securities.  
Nationalisation  
The act of bringing an industry or assets like land and property under state 
control.  
Negative equity  
Refers to a situation in which the value of your house is below the amount of 
the mortgage that still has to be paid off.  
Profit warning  
When a company issues a statement indicating that its profits will not be as 
high as it had expected. Also profits warning.  
Return to list 
R-T 
Rating  
Bonds are rated according to
their safety from an investment standpoint - based on the ability of
the company or government that has issued it to repay.  
Ratings range from AAA, the safest, down to D, a company that has already 
defaulted.  
Recapitalisation  
To inject fresh money into a firm, thus reducing the debts of a company.  
For example, when a
government intervenes to recapitalise a bank, it might give cash in
exchange for some form of guarantee, such as a stake in the company.
Taxpayers can then benefit if the bank recovers.  
Recession  
A period of negative economic growth.  
In most parts of the world a
recession is technically defined as two consecutive quarters of
negative economic growth - when real output falls.  
In the United States, a
larger number of factors are taken into account, like job creation and
manufacturing activity. However, this means that a US recession can
usually only be defined when it is already over.  
Securities lending  
Security lending is when one broker or dealer lends a security to another for a 
fee. This is the process that allows short selling.  
Securitisation  
Turning something into a security.
For example, taking the debt from a number of mortgages and combining
them to make a financial product which can then be traded.  
Banks who buy these securities receive income when the original home-buyers 
make their mortgage payments.  
Security  
Essentially, a contract that can be assigned a value and traded. It could be a 
stock, bond or mortgage debt, for example.  
Short selling  
A technique used by investors
who think the price of an asset, such as shares, currencies or oil
contracts, will fall. They borrow the asset from another investor and
then sell it in the relevant market.  
The aim is to buy back the asset at a lower price and return it to its owner, 
pocketing the difference. Also shorting.  
Spiv  
A term popularised in World
War II for flashily-dressed chancers involved in black market dealings.
A fictional spiv is ladies' man Private Joe Walker in Dad's Army.  
Newspaper headline writers use "spiv" as shorthand for traders who play for 
high stakes.  
Stagflation  
The dreaded combination of inflation and stagnation - an economy that is not 
growing while prices continue to rise.  
Sub-prime mortgages  
These carry a higher risk to
the lender (and therefore tend to be at higher interest rates) because
they are offered to people who have had financial problems or who have
low or unpredictable incomes.  
Swap  
An exchange of securities
between two parties. For example, if a firm in one country has a lower
fixed interest rate and one in another country has a lower floating
interest rate, an interest rate swap could be mutually beneficial.  
Toxic debts  
Debts that are very unlikely
to be recovered from borrowers. Most lenders expect that some customers
cannot repay; toxic debt describes a whole package of loans where it is
now unlikely that it will be repaid.  



      

[Non-text portions of this message have been removed]


------------------------------------

=======================
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Anak Muda Islam mailto:[EMAIL PROTECTED]

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment 
....Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke