Tinggalkan 24 perkara ini
 
Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang 
menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada 
kita.
 
Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil 
iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.
 
1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. 
T.
 
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri 
terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
 
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana 
ianya merbahayakan.
 
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh 
dan mewarisi kepapaan.
 
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu 
membuka segala pintu keberkatan)
 
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti 
makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
 
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut 
anda mati dalam perjalanan.
 
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi 
kepapaan.
 
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
 
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
 
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati bolehdatang 
bila-bila masa.
 
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia 
kalau memang kita bersalah.
 
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
 
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja 
kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
 
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan 
memurahkan rezeki kita.
 
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
 
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan 
menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
 
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang 
teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
 
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan 
kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
 
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat 
tinggal jin kafir dan syaitan.
 
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
 
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. 
Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
 
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama 
seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita 
bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
 
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya 
untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.
 
~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari kesilapan 
hambaNYA juga ~


      

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke