time Malaysia dok nak bangga dgn slogan nak jadi Halal hub.. tapi masih 
terkial-kial dgn status sembelihan ayam, logo-logo halal, barang import pegguna 
yg diragu halal, logo palsu halal dan bermacam2 lagi.. negara bukan Islam maju 
setapak lagi dengan usaha untuk mempromosikan makanan halal dan kaedah2nya. 
   
  
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  Pensijilan halal tarikan pelancong Islam ke Australia  Oleh Metra Syahril 
Mohamed (Yang melawat New South Wales, Australia,baru-baru ini)
  
BERCUTI dan melancong ke luar negara sudah pastinya menjadi impian setiap 
orang. Asyik bekerja dan berjalan-jalan di tempat sendiri kadang-kadang terasa 
bosan juga.
   
  Oleh itu, apa salahnya sesekali bersama keluarga atau rakan-rakan sepejabat 
keluar dari ‘kepompong’ dan melihat kehidupan serta budaya masyarakat lain.
   
  Untuk itu, penulis baru-baru ini berpeluang melancong ke New South Wales 
(NSW), Australia atas undangan Tourism NSW.
   
  Menjejakkan kaki ke sini sememangnya menjadi impian penulis sejak kecil lagi. 
Ketika dalam perjalanan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), fikiran 
sudah jauh melayang.
   
  Apa tidaknya, di atas kertas program lawatan, penulis bakal ‘menakluk’ 
beberapa destinasi menarik seperti Sydney Opera House, Sydney Harbout Bridge, 
Blue Mountains dan Port Stephens.
   
  Namun, sebagai muslim, penulis sama seperti masyarakat Islam lain apabila 
sering kali tertanya-tanya tentang aspek pemakanan yang halal untuk dijamah. 
  Sememangnya mencari yang halal itu fardu bagi umat Islam.
   
  Malah Allah berfirman yang bermaksud: Hai manusia, makanlah yang halal lagi 
baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti 
langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata 
bagimu. (al-Baqarah:168).
   
  Sebenarnya, kota Sydney bukannya asing bagi masyarakat Malaysia. Toleh ke 
kiri, toleh ke kanan, anda pasti dapat melihat wajah-wajah rakyat negara kita.
   
  Cuma jangan tersalah tegur sudahlah kerana ramai juga warga Indonesia yang 
menetap di kota metropolitan itu.
   
  Setiba penulis di kota Sydney, peluang bertemu dan berbicara dengan Pengerusi 
Badan Pensijilan Halal Australia, Mohamed El-Mouelhy sedikit sebanyak merungkai 
segala persoalan berhubung makanan halal di negara yang cukup terkenal dengan 
kanggaru itu.
   
  Sebaik ditanya mengenai pensijilan halal di Australia, Mohamed menjelaskan 
bahawa apa yang dipraktikkan di sini, mempunyai persamaan dengan Malaysia.
   
  Menurutnya, sebelum sesebuah restoran atau pasar raya itu mendapat 
pengiktirafan halal, pihaknya menggariskan beberapa syarat yang harus dipatuhi 
oleh pemilik premis berkenaan.
   
  Sebagai contoh, jelasnya, sesebuah premis yang ingin mendapatkan sijil halal 
perlulah mengemukakan permohonan dan selepas itu pihaknya akan menjalankan 
siasatan.
   
  “Siasatan merangkumi pembekalan makanan, bahan-bahan yang digunakan untuk 
memasak dan sekiranya mereka menyediakan masakan berasaskan daging, pihak kami 
akan pergi menyiasat rumah penyembelihan yang membekal daging itu,” katanya.
   
  Mohamed berkata, selepas segala siasatan selesai, sijil perakuan akan diberi 
dan pemilik premis itu dikehendaki menandatangani satu perjanjian.
   
  Ujarnya, menurut undang-undang kerajaan Australia, mereka yang didapati 
mengeksploitasi sijil halal boleh didenda sehingga A$100,000 (RM270,000).
   
  “Selain itu, bagi premis yang ingin mendapatkan sijil halal, mereka 
dikehendaki mengambil salah seorang pekerja beragama Islam. Pekerja terbabit 
akan menjadi ‘mata-mata’ kepada pihak kami,” jelasnya.
   
  Walaupun undang-undang Australia tidak mewajibkan sesebuah premis itu 
mempamerkan tanda halal di hadapan premis, orang ramai boleh bertanya kepada 
pemilik premis berkenaan.
   
  Beliau berkata, bagi pelancong Islam, mereka boleh mendapatkan pelbagai 
informasi mengenai makanan halal dengan melayari laman web www.halalauthori 
ty.org atau www.halalhelpline.org.
   
  Ditanya mengenai bekalan daging lembu di Australia, Mohamed menambah, lebih 
80 peratus daging lembu yang terdapat di pasaran Australia disahkan halal dan 
mendapat pengiktirafan.
   
  “Ia merupakan daging-daging yang dihasilkan daripada lembu yang disembelih 
oleh orang Islam di beberapa rumah penyembelihan,” katanya.
   
  Tambahnya, rakyat Australia yang bukan Islam cukup memahami pengertian halal 
dan mereka berebut-rebut untuk memiliki pengiktirafan halal bagi premis 
masing-masing.
   
  Bagi mereka, jelasnya, mendapat pengiktirafan halal mampu meningkatkan 
pendapatan yang sebelum ini hanya terhad kepada golongan tertentu sahaja.
   
  Sementara itu, penulis juga berpeluang menemubual seorang ketua chef di 
sebuah restoran halal yang menawarkan masakan Melayu di Kasturi Cafe.
  Samsudin Yunus, 56, rakyat Malaysia yang berasal dari Ampang, Selangor 
menetap di Sydney selama 25 tahun.
   
  Katanya, masakan Melayu terutamanya sate begitu popular kepada rakyat Sydney 
dan segala bekalan daging diperoleh daripada pembekal yang disahkan menerima 
sijil halal daripada badan pensijilan terbabit.
   
  Dalam pada itu, Pengurus Besar Peppers Fairmont Resort di Blue Mountains, 
Michael Edwards berkata, restoran hotel berkenaan merupakan restoran pertama di 
rantau Australia yang memperoleh sijil halal.
   
  “Segala persediaan makanan halal, penstoran dan perkhidmatan diselia oleh 
seorang pekerja beragama Islam dan wakil daripada Badan Pensijilan Australia 
sentiasa menjalankan pemeriksaan di restoran kami.
   
  “Kami mempunyai tiga chef beragama Islam yang telah berbelas tahun 
berkhidmat. Oleh yang demikian, para pelancong terutamanya pelancong Islam 
tidak perlu gusar sepanjang menetap di hotel ini,” tambahnya.


Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, 
meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara 
berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete 
untuk keterangan lanjut
                
---------------------------------
 New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!

[Non-text portions of this message have been removed]



Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to