Jika benar dakwaan ini.. marilah kita sesama membantu saudara kita yang 
bersusah payah mengarang dan menerbitkan buku mereka dan boikot "Siri Pintar 
Membaca', selain dari membantu, keberkatan dan keredhaan ALlah juga kita 
cari... keterangan lanjut di bawah.. WALlahu'alam
   
  --------------------------------------------------------
   
  Penerbit buku saman RM1j 
Oleh Azlan Hafeedz 
  
KOTA BHARU: Pasangan suami isteri yang juga penerbit buku `Bacalah Anakku’ 
memfailkan saman RM1 juta terhadap syarikat yang menerbit `Siri Pintar Membaca’ 
berpejabat di Kuala Lumpur kerana mendakwa hasil karya mereka ditiru.
   
  Othman Ahamad, 43, dan isterinya, Nik Eliani Nik Nawi, 43, melalui peguam, 
Nor Hayati dan Nourlind atau Roozi Rasdi, mendakwa perasaan mereka tertekan 
kerana terpaksa menanggung kerugian besar berikutan syarikat itu menjual buku 
berkenaan lebih murah iaitu RM3.50 seunit berbanding harga mereka RM35.90 untuk 
satu set. 
   
  Pasangan itu memfailkan saman melalui peguam mereka di Mahkamah Tinggi, Kota 
Bharu, 21 Ogos lalu. 
   
  Melalui writ saman itu, Othman dan Nik Eliani mendakwa set buku Siri Cepat 
Membaca `Bacalah Anakku’ yang mengandungi lapan buku ditiru apabila syarikat 
itu, Scholar’s Publications Sdn Bhd menerbit dan menjual lapan buku bertajuk 
`Siri Pintar Membaca’.
   
  Malah, pasangan suami isteri terbabit turut memfailkan saman terhadap penulis 
buku `Siri Pintar Membaca’ berkenaan. 
   
  Mereka mendakwa, syarikat dan penulis buku itu menciplak hasil karya mereka 
sebelum menjualnya ke seluruh negara. 
   
  Menurut pasangan itu, dalam Buku Satu Siri Pintar Membaca, hampir keseluruhan 
ayat digunakan ditiru dan diubahsuai daripada Buku Satu `Bacalah Anakku’. 
   
  Sebagai contoh, muka surat 14,15,16 dan 17 dalam Siri Pintar Membaca ditiru 
dan diubahsuai daripada halaman 13,14,15 dan 16 dalam buku Bacalah Anakku. 
   
  Dalam buku Dua Siri Pintar Membaca, hampir keseluruhan ayat dan gambar 
digunakan ditiru dan diubahsuai daripada Buku Dua Bacalah Anakku iaitu muka 
surat 3,9,12,13 dan 15 ditiru dan diubahsuai daripada halaman 2,8,11,12 dan 14 
Bacalah Anakku.
   
  Pada muka surat 5,6,7 dan 14 Buku Tiga Siri Pintar Membaca, hampir 
keseluruhan ayat dan gambar digunakan turut ditiru dan diubahsuai daripada 
halaman 3,4,8 dan 9 Bacalah Anakku. 
   
  Dalam buku Empat Siri Pintar Membaca, hampir keseluruhan ayat dan gambar 
digunakan ditiru dan diubahsuai daripada Buku Empat Bacalah Anakku, iaitu muka 
surat 2,3,4,5,6,8 dan 9 ditiru dan diubahsuai daripada muka surat 1,2,3,4,5 dan 
6 Bacalah Anakku. 
   
  Dalam buku Lima Siri Pintar Membaca, hampir keseluruhan ayat dan gambar yang 
digunakan ditiru dan diubahsuai daripada buku Lima Bacalah Anakku, iaitu muka 
surat 2,3,4,5,6,7 dan 8 ditiru dan diubahsuai daripada halaman 1,2,3,4 dan 5 
Bacalah Anakku.
   
  Dalam buku Enam Siri Pintar Membaca, hampir keseluruhan ayat dan gambar yang 
digunakan, ditiru dan diubahsuai daripada Buku Enam Bacalah Anakku, iaitu muka 
surat 2,4,5,6 dan 8 ditiru dan diubahsuai 1,2,3 dan 4 Bacalah Anakku. 
   
  Dalam buku Tujuh Siri Pintar Membaca, hampir keseluruhan ayat dan gambar yang 
digunakan, diubahsuai daripada buku Tujuh Bacalah Anakku, iaitu muka surat 
2,3,4 dan 9 ditiru dan diubahsuai daripada halaman 1,2,3 dan 8 Bacalah Anakku.
   
  Dalam buku Lapan Siri Pintar Membaca, hampir keseluruhan ayat dan gambar yang 
digunakan, ditiru dan diubahsuai daripada buku Lapan Bacalah Anakku, iaitu muka 
surat 2,3,4,5 dan 13 ditiru dan diubahsuai daripada halaman 1,2,3,4 dan 12 
Bacalah Anakku


Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, 
meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara 
berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete 
untuk keterangan lanjut
                
---------------------------------
 New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!

[Non-text portions of this message have been removed]



Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to