Raja Rempit dicekup
  Oleh Zainal Zawawi Mohamed - [EMAIL PROTECTED]
   
  KUALA LUMPUR: Seorang lelaki digelar ‘Raja Rempit’ yang dipercayai suspek 
utama kes pembunuhan seorang Mat Rempit di Bukit Damansara di sini, 8 Oktober 
lalu, cuba terjun dari tingkat satu rumah neneknya sebaik menyedari kediaman 
itu diserbu polis di Selama, Perak, pagi kelmarin.
   
  Bagaimanapun, Raja Rempit itu yang mengetuai sekumpulan Mat Rempit di sekitar 
ibu negara gagal meloloskan diri, sebaliknya dia diberkas sepasukan anggota 
polis yang mengepung rumah berkenaan, kira-kira jam 7 pagi.
   
  Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd Dzuraidi Ibrahim, 
berkata polis mengesan suspek utama kes bunuh itu selepas menahan seorang rakan 
karibnya.
   
  Katanya, suspek utama yang ditahan itu berusia 22 tahun dan bersembunyi di 
rumah neneknya sejak tujuh hari lalu selepas terbabit dalam pergaduhan antara 
dua kumpulan Mat Rempit sehingga mengorbankan seorang daripada mereka.
   
  “Pada mulanya, polis menahan seorang rakan karib suspek utama itu di sebuah 
pangsapuri di Batu 9 Cheras di sini, pagi Jumaat lalu hasil maklumat orang 
ramai.
   
  “Hasil soal siasat dijalankan, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis 
Daerah (IPD) Brickfields melakukan intipan di sebuah rumah di Selama, Perak, 
yang menjadi tempat persembunyian suspek utama itu,” katanya di sini, semalam.
   
  Menurutnya, ketika intipan dilakukan, polis menemui motosikal suspek utama di 
rumah berkenaan dan terus meminta bantuan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah 
(IPD) Selama. 
   
  Mohd Dzuraidi berkata, ketika serbuan, lelaki terbabit enggan bekerjasama, 
sebaliknya terjun dari tingkat satu rumah neneknya tetapi suspek berjaya 
diberkas berikutan rumah itu dikepung polis.
   
  “Suspek utama itu dibawa dari Selama, Perak ke IPD Brickfielkds kira-kira jam 
12 tengah hari dan ditahan reman untuk membantu siasatan,” katanya.
   
  Beliau berkata, setakat ini polis sudah menahan 14 Mat Rempit yang dipercayai 
terbabit dalam kes pergaduhan sehingga mengorbankan seorang daripada pelumba 
haram.
   
  Mohd Dzuraidi berkata, polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 302 
Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung 
mandatori.
   
  Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil memberi keterangan 
di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau menghubungi talian Rakan 
Cop 03-21159999.
   
  Harian Metro sebelum ini melaporkan, dua kumpulan Mat Rempit yang gemar 
bersaing sesama sendiri bertempur sehingga mengorbankan seorang daripada mereka 
akibat ditikam dalam pergaduhan.
   
  Pada mulanya, kedua-dua kumpulan berkenaan, masing-masing empat Mat Rempit 
dari Hulu Langat dan 40 Mat Rempit dari Kampung Pandan, terbabit dalam 
kemalangan kecil di Bukit Damansara kira-kira jam 2.30 pagi 8 oktober lalu.
   
  Pada mulanya mereka cuba berunding bagi menyelesaikan pertikaian itu tetapi 
gagal mencapai kata sepakat menyebabkan tercetus pergaduhan.
   
  Dalam pergaduhan itu, Mat Rempit dari Hulu Langat, Agus Asrafi Sumarji, 21, 
ditikam dengan pisau dan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya 
(PPUM) manakala dua rakannya cedera.
   
  ---------------------
   
  Rempuh rakan elak Ops polis
  Oleh Ibrahim Isa - [EMAIL PROTECTED] 
   
  JOHOR BAHRU: Cubaan dua Mat Rempit melarikan diri daripada operasi polis 
dengan menunggang motosikal secara melawan arus di Jalan Tun Abdul Razak di 
sini, akhirnya mengundang padah apabila mereka bertembung sesama sendiri, awal 
pagi semalam.
   
  Mat Rempit terbabit bagaimanapun hanya cedera ringan dan ditahan polis 
selepas kedua-duanya terjatuh.
   
  Dua Mat Rempit itu antara 120 penunggang motosikal yang ditahan polis trafik 
dalam operasi besar-besaran membanteras kegiatan perlumbaan motosikal haram di 
sekitar bandar raya ini.
   
  Dalam operasi itu polis turut mengeluarkan 201 saman terhadap Mat Rempit 
selepas mereka melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 
1987.
   
  Ketua Trafik negeri, Superintendan Abdul Halim Abdullah, berkata cubaan nekad 
dua penunggang motosikal itu untuk mengelak ditahan polis mengundang padah.
   
  Menurutnya, pihaknya melakukan operasi di dua lokasi tumpuan Mat Rempit untuk 
berlumba haram iaitu di Jalan Tun Abdul Razak berhampiran persimpangan jejantas 
Larkin dan Jalan Pantai Lido.
   
  Katanya, dua penunggang yang cedera dalam kemalangan itu sudah membuat 
laporan polis semalam.
   
  Operasi itu membabitkan 50 pegawai dan anggota polis trafik dari Ibu Pejabat 
Polis Kontinjen (IPK) dan Johor Bahru Selatan, Unit Kereta Peronda serta 15 
anggota Rela. 
   
  Dalam operasi di Jalan Pantai Lido, Halim berkata, sebanyak 70 motosikal yang 
ditunggang Mat Rempit cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis, 
namun usaha mereka gagal berikutan kereta peronda menyekat semua laluan. 
   
  Sementara itu, Ketua Polis Trafik Johor Bahru Utara, Asisten Superintendan 
Bakri Zainal Abidin, berkata, tiga Mat Rempit ditahan manakala 25 motosikal 
disita dalam satu operasi berasingan di Taman Universiti, Skudai, di sini.
   
  Menurutnya, operasi selama lima jam berakhir jam 5 pagi itu dikendalikan 
empat pegawai dan 60 anggota polis trafik.
   
  "Tiga lelaki yang ditahan itu berusia antara 19 hingga 20 tahun kerana 
didapati terbabit dalam perlumbaan haram dan mereka kini ditahan mengikut 
Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
   
  "Seramai 40 penonton yang menyaksikan perlumbaan haram itu turut ditahan, 
manakala 25 motosikal disita kerana melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas," 
katanya.
   
  --------------------
   
  Rampas motor Mat Rempit
  Oleh Mohd Sabran Md Sani - [EMAIL PROTECTED]
   
  KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang menguatkuasakan sepenuhnya hukuman terhadap 
pelumba haram atau Mat Rempit dengan mengambil beberapa tindakan tegas termasuk 
merampas motosikal, menggantung lesen dan denda.
  
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata tindakan keras 
itu bagi memberi kesedaran kepada golongan terbabit supaya jangan memandang 
remeh terhadap undang-undang negara.
   
  “Kabinet sudah meminta Kementerian Pengangkutan mengkaji undang-undang sedia 
ada mengenai kegiatan atau aktiviti lumba haram. Ia termasuk mengetatkan 
undang-undang sedia ada, selain merampas motosikal, menggantung lesen dan denda 
yang berat.
   
  “Selain itu, tindakan setimpal sedia menanti individu atau pihak tertentu 
yang menaja perlumbaan haram,” katanya pada sidang media selepas melancarkan 
‘Kempen Keselamatan Jalan Raya’, di Hentian Jalan Duta, di sini, semalam.
  Kempen bertemakan ‘Pandu, Tunggang dan Jalan dengan Selamat’ dan 
  ‘Penggunaan Pengangkutan Awam Mengurangkan Kemalangan’ bertujuan meningkatkan 
kesedaran orang ramai ketika memandu di jalan raya sempena perayaan Deepavali 
dan Aidilfitri.
   
  Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy; Ketua Setiausaha 
Kementerian Pengangkutan, Datuk Zakaria Bahari; Ketua Pengarah Jabatan 
Pengangkutan Jalan, Datuk Emran Kadir; dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan 
Jalan Raya (JKJR), Surat Singh.
   
  Menurutnya, semua tindakan itu adalah antara cadangan yang akan dimasukkan 
dalam pindaan undang-undang berkaitan dan kini dalam proses penelitian oleh 
Kementerian Pengangkutan sebelum dibentangkan kepada Kabinet serta Parlimen.
   
  Sementara itu, dalam ucapannya Najib berkata, sikap pengguna yang 
mementingkan diri sendiri, selain mengabaikan peraturan jalan raya, akan 
meningkatkan kadar kemalangan maut sehingga dua kali ganda terutama pada musim 
perayaan.
   
  Kenyataan itu disokong statistik purata kemalangan jalan raya di negara ini 
melebihi 6,000 orang setahun dan jumlahnya semakin ketara berikutan pertambahan 
bilangan kenderaan dengan kadar kemalangan meningkat 3.5 peratus peratus pada 
tahun lalu.
   
  “Semua orang mesti sedar untuk mencapai paras kemalangan yang lebih rendah 
dan menguntungkan semua pihak, kita mesti mengikut segala peraturan ditetapkan 
dengan menyanjung tinggi serta m empertahankan sistem sedia ada.

                
---------------------------------
 What is the internet to you?
 Contribute to the Yahoo! Time Capsule and be a part of internet history.

[Non-text portions of this message have been removed]



Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Reply via email to