Pencinta Malaysia seru orang ramai sambut Anwar di
KLIA
KUALA LUMPUR, 27 Okt 2004

Kepulangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetap akan
disambut secara besar-besaran, kata satu kenyataan
yang dikeluarkan oleh penyokong-penyokong mantan
Timbalan Perdana Menteri itu.  Anwar adalah peluang
untuk membersihkan Malaysia dari RASUAH !!!    Dollah
Badawi kini adalah Bapa Rasuah.

Anwar kini berada di Jeddah dan akan pulang ke
tanahair pada hari Ahad 31 Oktober ini dan pesawat
Saudi Airlines flight:SV818 yang beliau naiki dijangka
mendarat di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) pada jam 8:40 pagi (bukan 10:00pagi) dari
Jedah. 

Acara sambutan yang pada mulanya dijadual akan
diadakan di Stadium Bukit Jalil terpaksa dibatalkan
kerana tidak mendapat kebenaran pihak kerajaan. 

Gerakan Anwar Bebas (GAB), sebuah pertubuhan yang
diwakili penyokong Anwar dan aktivis reformasi berkata
mereka akan meneruskan perhimpunan menyambut
kepulangan Anwar di KLIA. 

Kenyataan ini dikeluarkan sehari selepas kenyataan
akhbar oleh pengerusi jawatan sambutan, Dato’ Kamarul
Bahrin Abbas (talibarut UMNO kot ? ) yang menyatakan
Anwar tidak mahu orang ramai menyambut beliau di KLIA.


Menurut Jurucakap GAB, Tian Chua, kehadiran orang
ramai adalah bermakna kerana ini adalah satu event
penting bagi rakyat Malaysia. 

"Setelah lebih enam tahun terpenjara dan lebih tiga
tahun menderita sakit tulang belakang, kini Anwar akan
pulang sebagai seorang yang bebas dan sihat serta
bersedia memimpin kearah perlaksanaan agenda reformasi
seperti yang beliau sebutkan," kata Tian. 

"Oleh itu, GAB menyeru orang ramai dari segala lapisan
masyarakat dan kefahaman politik untuk hadir
beramai-ramai di KLIA pada waktu dan tarikh tersebut
untuk memberi sambutan hangat kepada Anwar. 

Pertubuhan itu juga kata beliau akan menjalankan
memobilisasi sendiri bagi membantu memastikan
kehadiran orang ramai pada hari tersebut. 

Sebelum ini Harakahdaily memetik sumber pemimpin parti
KeADILan yang menyatakan parti itu juga akan
meneruskan perhimpunan tersebut. 

Presiden PAS juga telah memberi arahan agar pemimpin
dan ahlinya menyambut kepulangan Anwar. -ER 

  


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
$9.95 domain names from Yahoo!. Register anything.
http://us.click.yahoo.com/J8kdrA/y20IAA/yQLSAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) 
unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to