Zuraini asah bakat berdakwah dalam Sukarelawan Perkid  Oleh ZUARIDA MOHYIN
        
      HUBUNGAN mesra terjalin antara Zuraini Mohd. Shokori dengan 
pelajar-pelajar di Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Sungai Merab Luar, 
Kajang, Selangor.   
---------------------------------
  
  BERSAING dalam pasaran kerja adalah lumrah kepada mereka yang bergelar 
siswazah. Fenomena yang biasa berlaku adalah sikap segelintir graduan dalam 
atau luar negara berlumba-lumba mencari peluang pekerjaan biarpun ia tidak 
menepati bidang pengajian masing-masing. Semuanya kerana tidak mahu diri 
dilabel sebagai penganggur terhormat.
   
  Namun bagi Guru Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam di Maahad Tahfiz Anak 
Yatim Darul Fuqaha, Sungai Merab Luar, Kajang, Selangor, Zuraini Mohd. Shokori, 
24, dia bukan sahaja berusaha untuk mencari pekerjaan tetap yang bersesuaian 
tetapi turut berazam agar bidang yang dipelajari selama di menara gading dapat 
dimanfaatkan untuk insan lain. 
   
  Bertekad atas dasar itulah maka pemegang ijazah sarjana muda Pengajian Islam 
dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 
ini telah melawat ke Rumah Kebajikan Perkid (Pertubuhan Kebajikan Darul Islah 
Selangor) di Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor pada saat-saat dia hampir 
menamatkan pengajian di universiti. 
   
  “Saya mengetahui tentang pusat ini menerusi seorang sahabat yang pernah ke 
sana. Pertama kali ke sana hati saya sudah jatuh cinta. Perasaan sedih dan 
simpati silih berganti dan ia menguatkan keazaman saya untuk membantu anak-anak 
yatim itu biarpun hanya bergelar sukarelawan.
   
  “Rumah ini menempatkan remaja perempuan yang menghadapi pelbagai masalah 
sosial seperti mengandung anak luar nikah, mangsa rogol, sumbang mahram, lari 
dari rumah dan paling kronik kes hampir-hampir murtad kerana terpedaya dengan 
teman lelaki yang berlainan agama. Tambah menyedihkan pelatih-pelatih di sini 
merupakan paar pelajar sekolah berumur antara 13 hingga 17 tahun.
   
  “Perasaan simpati itu secara tidak langsung melahirkan semacam desakan 
dalaman untuk membantu mereka yang majoritinya anak-anak Melayu beragama Islam. 
Setelah bercampur gaul dengan mereka, saya dapati kesilapan yang dilakukan oleh 
remaja ini bukannya 100 peratus kesalahan mereka sendiri tetapi berpunca 
daripada kepincangan dalam institusi keluarga dan ketiadaan penghayatan Islam,” 
kata Zuraini yang mula aktif dengan Perkid pada Mei 2005 iaitu dua bulan 
selepas tamat pengajian di UKM.
   
  Menceritakan pengalamannya dalam kerja-kerja sukarelawan terutama di Perkid, 
anak bongsu daripada empat adik-beradik ini tidak dapat melupakan saat-saat 
apabila dia terpaksa mengendalikan kes pertama secara sendirian.
   
  Rasa tanggungjawab
   
  “Pengerusi Perkid iaitu Ustaz Masridzi Sat memberikan saya kes pelajar 
tingkatan empat yang berzina hampir 30 kali dengan teman lelakinya dalam tempoh 
tiga hingga empat bulan perkenalan. 
   
  “Bila sahaja saya terima kes itu, perasaan pertama yang wujud dalam diri saya 
ialah rasa tanggungjawab, bersemangat serta bertekad untuk melakukan yang 
terbaik demi masa depan gadis tersebut,” jelasnya.
   
  Alhamdulillah, pengalaman dan ilmu teori yang diperoleh sepanjang di UKM 
banyak membantu. Pengalaman sebagai Pengerusi Helwa, Ikatan Studi Islam 
(ISIUKM) dan penyertaan dalam Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) sedikit sebanyak 
menyumbang kepada kerjaya dan aktiviti sukarelawannya. 
   
  “Selain itu, sehingga kini saya bersyukur kerana dalam pelbagai tugasan yang 
diamanahkan, tidak kira semasa bergelar pelajar, guru mahupun sukarelawan, 
semuanya berjalan seiringan. 
   
  “Malah saya seronok dapat menyumbang dan ini sedikit sebanyak menimbulkan 
minat pada diri saya untuk mendalami bidang kaunseling pada masa depan,” 
katanya. 
   
  Namun, sejak bekerja di Darul Fuqaha, masa dan penglibatannya dengan Perkid 
agak terbatas. Pun begitu, Zuraini mendisiplinkan dirinya berkunjung ke sana, 
sekurang-kurangnya sekali seminggu iaitu sama ada pada cuti hujung minggu atau 
di sebelah malam. 
   
  Ditanya mengapa minatnya dalam bidang sukarelawan begitu mendalam, kata 
Zuraini, kekerapan bertemu dengan pelatih-pelatih di Perkid menyedarkannya 
bahawa gadis-gadis itu kurang keyakinan diri atau terlalu bersikap rendah diri 
sehingga menenggelamkan kelebihan yang ada pada diri mereka.
   
  Beliau turut berterima kasih kepada Ustaz Masridzi dan isterinya kerana 
melaksanakan satu tanggungjawab yang cukup murni biarpun menghadapi pelbagai 
kekangan dan cabaran. Kesungguhan mereka turut menjadi pemangkin semangat 
kepadanya. 
   
  “Apabila melihat pelatih-pelatih mengenali agama Islam dan terpancar 
kesedaran dan keinsafan pada wajah mereka, ia sudah cukup menggembirakan hati 
saya. Usaha dan matlamat di Perkid tidak akan berjaya tanpa sokongan sama ada 
dari segi material dan tenaga semua pihak terutama umat Islam. Menerusi ruangan 
ini saya menyeru mereka yang bermurah hati menghulurkan derma,” katanya. 
   
  Ia boleh dilakukan melalui akaun Bank Islam 1206501002008 dan Maybank 
562245500145 atas nama Perkid Selangor ataupun dengan menghubungi Ustaz 
Masridzi di talian 019-2572717 atau pejabat Perkid di talian 03-9021 3730.


Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, 
meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara 
berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete 
untuk keterangan lanjut
 Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get to your groups with one click. Know instantly when new email arrives
http://us.click.yahoo.com/.7bhrC/MGxNAA/yQLSAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to