Edisi KL : Mengganas kembali
  Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Perogol bersiri dikenali sebagai Ustaz Zul, antara penjenayah 
paling dikehendaki polis Selangor berhubung empat kes rogol pada 2003, dikesan 
kembali mengganas dengan menjadikan beberapa pelajar kolej perempuan di 
Terengganu sebagai mangsa terbaru.

Difahamkan, penjenayah terbabit, Zulkifli Ismail, 49, melarikan diri dari 
rumahnya di Jalan Genting Klang, di sini, lebih dua tahun lalu selepas 
menyedari menjadi buruan polis.

Maklumat daripada sumber polis mengesahkan suspek bersembunyi di beberapa 
lokasi sulit, termasuk kawasan pergunungan di Hulu Jeneris dan kem pemulihan 
miliknya di kawasan hutan Jenagor di Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Bagaimanapun, selepas mendapati kes jenayahnya beransur dilupakan, Ustaz Zul 
mula berani keluar dari lokasi persembunyian dan cuba menghidupkan kembali 
aktivitinya, termasuk mengadakan ‘motivasi’ kepada pelajar kolej.

Lebih memeranjatkan apabila Ustaz Zul kini menggunakan nama samaran, Sultan 
Zainu’ddin Al Malikul Salleh Darul Iman atau panggilan nama singkatan ‘Tuanku’ 
atau ‘Ku’ di kalangan pengikut dan kenalan rapatnya.

Dalam kes terbaru, seorang pelajar kolej berusia 19 tahun membuat laporan di 
Balai Polis Kuala Terengganu, Mei lalu, selepas mendakwa diperkosa dua kali 
oleh perogol bersiri itu di sebuah banglo di Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Sumber polis berkata, dalam laporan itu, mangsa yang mengambil jurusan sains 
kesihatan mendakwa, pada mulanya dia dibawa pengetua kolej bertemu Ustaz Zul 
sekitar Ogos tahun lalu.

Mangsa dipercayai diperkenalkan kepada lelaki itu bagi tujuan kaunseling 
selepas menghadapi masalah disiplin seperti kerap tidak hadir kuliah dan turut 
terbabit dengan pelbagai gejala sosial.

Bagaimanapun, sesi motivasi itu dijadikan `umpan’ lelaki hidung belang itu 
untuk menjerat mangsa sebelum merogolnya dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Dalam laporannya kepada polis, mangsa mendakwa suspek menggunakan cara `halus’ 
untuk memperdayakannya sebelum diperkosa sebanyak dua kali pada 4 dan 6 April 
lalu di banglo terbabit.

Tanpa mendedahkan maksud cara halus itu, mangsa mendakwa dia gagal menghalang 
perlakuan Ustaz Zul ketika membuka pakaian mangsa sebelum merogol. 

Berikutan itu, mangsa yang berasal dari Besut, Terengganu, mengalami tekanan 
emosi sebelum membuat laporan polis dengan ditemani bapanya.

Sementara itu, seorang bekas rakan baik Ustaz Zul membuat laporan di Balai 
Polis Kapar, Klang, kelmarin, bagi mendedahkan kegiatan perogol bersiri itu.

Pihak Balai Polis Kapar kemudian menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah 
Kuala Terengganu bagi memaklumkan laporan yang dibuat lelaki berkenaan.

Dalam laporan berkenaan, lelaki berusia 30-an itu mendedahkan Ustaz Zul sebelum 
ini berjaya melarikan diri dengan bantuan beberapa pengikut ke hutan di Gunung 
Mandi Angin, Hulu Jeneris, Terengganu, selepas menjadi buruan polis Selangor, 
tiga tahun lalu.

Ustaz Zul didakwa mendirikan beberapa penempatan di dalam hutan dengan 
menggunakan kemahiran seorang pengikutnya yang juga tukang kayu di kem bina 
semangat miliknya di Jenagor.

Pada awal persembunyiannya, Ustaz Zul dikatakan hanya membina sebuah pondok 
kayu sambil bergantung pada bekalan makanan yang dihantar pengikut setianya.

Bagaimanapun, Ustaz Zul berpindah ke lokasi lebih jauh ke dalam hutan sebanyak 
dua kali dalam tempoh setahun bagi mengelakkan kedudukannya dikesan pihak 
berkuasa.

Pada masa sama, lelaki itu sempat mengarahkan pengikutnya membawa gadis dan 
pengikut baru ke gunung terbabit bagi menjalani `program’ keagamaan yang 
diaturkannya.

Bagaimanapun, Ustaz Zul akhirnya keluar dari persembunyiannya selepas yakin dia 
semakin dilupakan dan tidak lagi menjadikan buruan polis.

Malah, rakan baik perogol bersiri itu mendakwa lelaki terbabit kerap muncul di 
beberapa lokasi sulit di Lembah Klang untuk mengadakan pertemuan dan memberi 
ceramah kepada pengikutnya.

Antara lokasi sering dikunjunginya ialah kediaman seorang artis di Ukay Height, 
di sini serta rumah pengikutnya di Hulu Klang, Puchong; Lorong Mahkota Impian, 
Puncak Alam dan sebuah bengkel motosikal di Taman Billion, Gombak.

Suspek bagaimanapun segera kembali ke `sarangnya’ di Jenagor jika berasa curiga 
dan bimbangkan keselamatan diri.

Difahamkan, suspek kini masih bersembunyi di kem bina semangat itu yang hanya 
boleh dilawati dengan menaiki sampan milik pusat berkenaan dengan menyeberangi 
Sungai Berang.

Selama ini polis dikatakan gagal menahan Ustaz Zul berikutan suspek segera 
melarikan diri ke hutan tebal atau bersembunyi dalam gua di belakang kem 
berkenaan sebaik menyedari kehadiran individu meragukan.

Difahamkan, suspek kini kerap muncul dengan memakai sapu tangan yang diikat di 
kepala atau topi selain masih menyimpan janggut serta bercermin mata.

Selain itu, suspek yang botak pada bahagian tengah kepala turut menyimpan 
rambut kerinting paras bahu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Yahaya Udin yang dihubungi Harian 
Metro petang semalam, memberitahu pihaknya akan menyiasat semula kes berkenaan 
selain bekerjasama dengan polis Terengganu bagi menjejaki penjenayah 
dikehendaki itu.

Dalam kejadian 2 September 2003, suspek yang juga pengusaha pusat kaunseling 
persendirian disyaki memperkosa tiga gadis di pusat bimbingannya di Hulu Klang, 
manakala seorang lagi pelajar berusia 14 tahun diperkosa di Kuala Berang, Julai 
lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ketika itu, Senior Asisten Komisioner 
II Abu Bakar Mustafa, mendakwa Ustaz Zul yang beristeri tiga dikehendaki polis 
berhubung tiga tuduhan merogol dan satu kes cubaan mencabul kehormatan seorang 
gadis bawah umur.

KRONOLOGI KES ROGOL MEMBABITKAN USTAZ ZUL SEJAK 2003
- Julai 2003 
Ustaz Zul atau Zulkifli Ismail, 49, disyaki memperkosa gadis berusia 16 tahun 
di pusat bimbingan di Hulu Klang, Selangor, selain memperkosa seorang lagi 
pelajar berusia 14 tahun di Kuala Berang, Terengganu.

- 28 Julai 2003
Polis menyerbu rumahnya di Desa View Tower, Hulu Klang, selepas menerima 
laporan daripada beberapa mangsa, namun suspek didakwa baru keluar bertemu 
rakannya.

- 29 Ogos 2003
Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu menyerbu kem 
bina semangat milik suspek di Jenagor, Kuala Berang, namun gagal memberkasnya 
selepas suspek sempat melarikan diri.

- 2 September 2003
Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner II Abu 
Bakar Mustafa, mengadakan sidang akhbar dan mendedahkan gambar Ustaz Zul yang 
diburu polis kepada media selain meminta bantuan orang ramai mengesannya.

- 3 September 2003
Polis percaya Ustaz Zul mengubah penampilan imej bersihnya untuk melarikan diri 
selain masih bersembunyi di kawasan Hulu Terengganu berdasarkan maklumat 
diterima dari penduduk.

- 3 September 2003
Polis dari IPD Hulu Terengganu dibantu polis Bukit Aman menyoal siasat lima 
bekas penagih di kem bina semangat Jenagor, namun gagal mendapat sebarang 
maklumat berhubung kehilangan suspek.

- 4 September 2004
Beberapa penduduk mendakwa pernah terserempak suspek membawa dua gadis 
berpakaian seksi di kawasan Empangan Sultan Mahmud sebelum menghilangkan diri.

- 10 September 2004
Polis terus memantau pergerakan Ustaz Zul di sekitar kawasan hutan Jenagor, 
Kuala Berang dan Empangan Sultan Mahmud, namun masih gagal menjejakinya.

Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, 
meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara 
berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete 
untuk keterangan lanjut
                
---------------------------------
 New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
See what's inside the new Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/Hik1AB/bOaOAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to