Dalam pada banyak suratkhabar memaparkan gambar/berita perkahwinan Datuk Khalid dan Isteri... Harian Metro memaparkan beberapa berita rogol. Moga kita yang ada anak perempuan tu, tolonglah pantau/kawal/selidik pergerakan anak kita... --------------------------------------------------------------------------- http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Section/indexm_html?mysec=Setempat Pelajar dirogol kekasih KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang pelajar berusia 14 tahun keluar bersiar-siar dengan teman lelakinya tanpa memaklumkan perkara itu kepada keluarganya membawa padah apabila dia dirogol lelaki itu di sebuah rumah di sini, kelmarin. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II negeri, Deputi Superintendan Nik Zuraidi Othman, berkata sebelum kejadian, mangsa bersetuju dengan ajakan teman lelakinya yang bekerja sebagai petani untuk keluar makan dan bersiar-siar. Selepas bersiar-siar, mangsa dibawa ke sebuah rumah sebelum dirogol. Bapa mangsa dimaklumkan orang ramai anaknya berada di sebuah rumah. Dia kemudian menyerbu rumah terbabit dan mendapati anaknya bersama seorang lelaki lalu menyuruh mangsa pulang ke rumah, katanya. ----------------------------------------------------- Rogol bergilir-gilir di rumah kosong MELAKA: Gara-gara menemani tiga lelaki untuk mencari rumah sewa, seorang wanita menjadi mangsa rogol bergilir-gilir di sebuah rumah kosong di Jalan Balai Panjang dekat sini, malam Khamis lalu. Tiga lelaki itu hanya dikenali dengan nama samaran oleh wanita berkenaan dan tidak diketahui identiti sebenarnya. Kejadian itu berlaku jam 5.30 petang, 17 Ogos lalu apabila wanita berumur 24 tahun dari Kampung Klebang Kecil itu ke rumah kawannya di Kampung Bachang. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Pentadbiran), Deputi Superintendan Gan Chip Pho, berkata ketika menunggu rakannya, tiga lelaki datang ke rumah berkenaan dengan sebuah kenderaan. Katanya, lelaki berkenaan mendakwa ingin mencari bilik kosong di kawasan bandar dan mengajak wanita berkenaan mengikut mereka. Mereka kemudian meronda di kawasan bandar tetapi tidak menemui bilik kosong dan dalam perjalanan pulang itu, lelaki berkenaan singgah ke sebuah rumah kosong di Jalan Balai Panjang. Beliau berkata, salah seorang daripada lelaki itu memaksa wanita itu mengadakan hubungan seks tetapi wanita berkenaan enggan berbuat demikian dan lelaki itu terus merogolnya. Katanya, wanita berkenaan mendakwa dirogol beberapa kali oleh ketiga-tiga pemuda itu ketika tiba di rumah kosong berkenaan pada jam 7.20 malam. Selepas merogolnya, lelaki berkenaan menghantar wanita itu pulang ke rumahnya di Klebang Kecil, kira-kira jam 9 malam. Wanita berkenaan membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Tengkera pada jam 1.17 pagi, Jumaat lalu. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. ------------------------------------------------------ 21 kali dirogol datuk saudara Oleh Masni Ros Pakir Mohamad [EMAIL PROTECTED] MELAKA: Seorang pelajar pendidikan khas di sekolah menengah di Merlimau dekat sini, mendakwa menjadi mangsa sumbang mahram 21 kali oleh datuk saudaranya sejak setahun lalu. Pelajar terencat akal berumur 15 tahun dari Tiang Dua itu tidak berani memberitahu keluarga kerana takut dimarahi mereka. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Pentadbiran), Deputi Superintendan Gan Chip Pho, berkata datuk saudara pelajar terbabit sering melakukan perbuatan itu dengan membawa mangsa bersiar-siar menggunakan kereta dan berhenti di tempat sunyi di ladang pokok kelapa sawit di Tiang Dua. Beliau berkata, kejadian itu terbongkar apabila guru sekolah berkenaan mendapati pelajar itu sering murung lalu mula menyoalnya. Guru wanita berumur 47 tahun itu memanggil mangsa datang ke pejabat dan memintanya menceritakan apa yang berlaku terhadapnya. Mangsa mendakwa dirogol datuk saudaranya dengan menyuruhnya menaiki kereta sebelum dibawa ke tempat sunyi di ladang kelapa sawit. Pelajar itu juga memberitahu gurunya dia sudah dirogol datuk saudaranya 21 kali sejak bersekolah di situ pada tahun lalu. Menurutnya, guru berkenaan membuat aduan polis kerana khuatir mangsa akan diapa-apakan datuk saudaranya selepas menceritakan kejadian berkenaan. Dia membuat laporan di Balai Polis Merlimau pada Jumaat lalu, jam 8.30 pagi. Sehingga kini, datuk saudara itu belum ditangkap dan polis masih memburu lelaki berkenaan. Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 376B dan jika sabit dengan kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan. ---------------------------------------------------- Sejam rendam dalam perigi Oleh Rosliza Mohamed KOTA BHARU: Seorang wanita terpaksa berendam dalam perigi sedalam kira-kira lima meter hampir sejam selepas dicampak seorang lelaki yang gagal merogolnya di Kampung Merbau, Paya Purnama, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, Jamaliah Shafie, 38, berjalan bersendirian ke rumah rakannya sebelum datang seorang penunggang motosikal berbadan sasa yang tidak dikenalinya. Lelaki itu kemudian bertanya arah tujuan mangsa sebelum mempelawa menaiki motosikal untuk dihantar ke rumah terbabit. Menurut Jamaliah, kerana percaya dengan pelawaan lelaki itu, dia membonceng motosikal berkenaan. Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak menunaikan janji, sebaliknya membawa saya ke kawasan semak di halaman sebuah rumah usang yang tidak berpenghuni. Setibanya di situ, dia bertindak ganas dan cuba merogol saya. Bagaimanapun, saya melawan menyebabkan lelaki itu naik berang, katanya ketika ditemui di sini, semalam. Marah dengan tindakan Jamaliah, lelaki itu mengugut akan membunuh mangsa sebelum memikul lalu mencampakkannya ke dalam perigi. Ketika itu saya takut kerana gelap dan kesejukan. Saya berada dalam perigi itu hampir sejam. Saya menjerit meminta pertolongan sebelum diselamatkan anggota bomba, katanya. Selain cedera di kepala dan lebam di muka serta badan, pekerja am di Machang itu turut kehilangan gelang emas dan beg tangannya yang dilarikan suspek. Sementara itu, seorang penduduk, Leep a/l Cawang, 50-an, berkata kejadian itu disedari anaknya yang mendengar jeritan mangsa dari arah rumah usang berkenaan. Beliau berkata, anaknya kemudian menghubungi bomba untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam perigi itu.
Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara berhemah.. insha ALlah layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete untuk keterangan lanjut --------------------------------- New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage! [Non-text portions of this message have been removed] Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/