Pengaruh gaya kehidupan barat menjadi selera orang melayu sekarang... inilah 
kehidupan open mindedness, berorientasikan barat yang dibanggakan oleh puak 
liberal, kuffar...mudah memurtadkan dgn cara begini.. 
   
  
   
  Edisi Nasional: Kupu-kupu senja ketagih

KUALA LUMPUR: Fiza dan Lin, dua kupu-kupu senja yang dikesan menjalankan 
aktiviti menjual maruah mendakwa melakukan kerja terkutuk itu untuk berseronok 
tetapi tidak menolak tergolong dalam kategori wanita ketagih seks.
   
  Wartawan Harian Metro yang menyamar pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan 
oral seks di dalam kereta mengatur temujanji dengan Fiza sebelum bersetuju 
bertemu berhampiran sebuah bank di Pusat Bandar Damansara, di sini.

Dalam SMS-nya, Fiza menghantar pesanan, ‘jumpa I pukul 5 (di) Uptown. U nak 
berapa round? kereta apa you bawa? jangan lambat, sampai call (hubungi)’.

Selepas menunggu hampir 10 minit, wanita misteri yang menaiki Proton Wira hitam 
terbabit muncul sebelum meletakkan kereta bersebelahan kereta wartawan Harian 
Metro.

Wanita bertubuh berisi dan berbaju kurung itu masuk ke kereta ‘pelanggannya’ 
itu tanpa menyedari setiap perbualannya dirakamkan menggunakan alat perakam 
suara.

Berikut perbualan Fiza dengan wartawan Harian Metro:

FIZA: Hai! lama tunggu? sorry I kena punch card (rakam waktu pada kad) dulu 
tadi.

WARTAWAN: Baru je sampai. Apa plan U lepas ni? nak makan dulu atau ‘projek’?

FIZA: I tak kisah tapi U kena cari tempat parking sunyi sikit. Sini tak selamat 
coz (sebab) ramai orang. U nak berapa kali?

WARTAWAN: I tak fikir lagi. I cuma ada RM100 dalam poket... cukup ke? Apa kata 
kita pergi singgah beli bungkus McDonalds dulu. I lapar! sambil tu boleh borak 
dulu.

FIZA: Mana U dapat nombor telefon I?

WARTAWAN: Ada member I nama Man pernah chat dengan you bagi nombor handphone 
ni. You kerja mana?

FIZA: I kerja dekat butik baju... dah dekat setahun tapi semua benda kena buat 
termasuk tukang jahit, despatch sampailah kerani akaun. Tapi gaji kecil.

WARTAWAN: Tapi I tengok you mampu pakai kereta. Kalau gaji kecil takkan you 
mampu drive tiap-tiap hari dari rumah di Sungai Buloh.

FIZA: Sebab tu I buat kerja ni part time (sambilan)... paling tidak boleh isi 
minyak kereta tiap-tiap hari. Kos hidup pun dah makin tinggi kalau tak buat 
kerja part time macam mana nak hidup senang sikit.

WARTAWAN: Berapa ramai (pelanggan) jumpa you dalam seminggu? 

FIZA: Tak de lah ramai sangat. Ada dalam dua tiga orang seminggu. Itupun ramai 
kawan-kawan lama yang rindu. 

WARTAWAN: Pernah diaorang (mereka) bawa you buat ‘projek’ kat hotel? You caj 
berapa?

FIZA: Dulu adalah tapi sekarang kurang. Setakat bagi RM150 pun I terima. Tapi 
sekarang I cuma buat lepas habis kerja antara pukul 5 hingga pukul 7 petang je. 
Kena balik awal. 

Bagaimanapun, selepas berbual hampir 45 minit, Fiza kelihatan gelisah dan 
bertanya sama ada ‘pelanggannya’ itu serius melakukan seks oral di dalam kereta 
dan meminta mencari lokasi sunyi daripada tumpuan awam.

Dia turut mencadangkan cermin kereta itu digelapkan untuk memudahkan tugasnya 
jika dipanggil sekali lagi.

Namun, wartawan Harian Metro itu terpaksa berpura-pura menerima panggilan 
kecemasan untuk beredar dari situ.

Fiza kemudian meminta bayaran ‘date’ RM50 serta sempat memindahkan tiga klip 
video aksi lucah daripada telefon bimbitnya melalui sistem ‘bluetooth’ kepada 
telefon bimbit ‘pelanggannya’ sebagai hadiah.
   
  Edisi Nasional: Tawar seks dalam kereta

  Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[EMAIL PROTECTED]
  
KUALA LUMPUR: Apalah sangat nilai RM50 berbanding harga diri seorang wanita, 
namun itulah hakikat kehidupan kota hari ini apabila beberapa gadis lepasan 
sekolah dan kakitangan swasta sanggup menjadi ‘kupu-kupu senja’ menjual maruah 
dengan menawarkan khidmat seks hanya dari dalam kereta.
   
  Kebanyakan gadis itu yang berselindung di sebalik identiti sebenar menawarkan 
khidmat sambilan lepas pejabat selepas proses tawar menawar dilakukan melalui 
khidmat pesanan ringkas (SMS).

Siasatan wartawan Harian Metro mendapati aktiviti hina itu dilakukan sebagai 
pekerjaan sambilan bagi menambah pendapatan serta menganggapnya satu bentuk 
perniagaan tetap.

Kegiatan tidak bermoral itu berjaya dibongkar membabitkan sekurang-kurangnya 
dua gadis apabila nombor telefon mereka diperoleh daripada laman web mencari 
kenalan baru di internet.

Gadis pertama berusia 25 tahun yang hanya dikenali sebagai Fiza (bukan nama 
sebenar), bekerja sebagai jurujual di sebuah butik di Damansara, di sini.

Pada mulanya, dia enggan menjawab panggilan telefon walaupun beberapa kali 
dihubungi.

Namun, selepas SMS dihantar bertanya mengenai perkhidmatan seks ditawarkan 
selain kadar bayaran dikenakan, gadis terbabit segera membalas mesej teks 
berkenaan.

Hasilnya, gadis itu menghantar SMS dengan perkataan, “Boleh, boleh sangat. U 
katne (di mana)? You nak I isap **** atau nak date je. Berapa you boleh bayar 
I? Mana you dapat nombor handphone (telefon bimbit) I?”

Seorang lagi gadis pekerja syarikat insurans di Seremban, Negeri Sembilan 
dikenali sebagai Lin, turut menyediakan khidmat sama dan berjaya dijerat 
melalui SMS.

Lin, 23, (bukan nama sebenar) tinggal serumah dengan beberapa rakan yang 
bekerja di kelab malam dan karaoke di Seremban dan mendakwa sering kesunyian, 
terutama apabila rakan serumahnya keluar bekerja sepanjang malam hingga awal 
pagi.

Pada mulanya, gadis terbabit diragui sehinggalah dia menghantar SMS berbaur 
lucah.

Ketika ditanya sama ada dia pernah melakukan hubungan seks serta status 
dirinya, Lin segera menjawab melalui SMS, ‘seks hari-hari... dah lali. Nak kata 
kahwin tak juga, nak kata tak kahwin serupa dah kahwin.’

Apabila ditanya secara tanpa selindung berhubung khidmat istimewa yang boleh 
diberikan, Lin lantas membalas dengan ayat berbaur lucah ‘I leh (boleh) luv 
bite (gigitan cinta) nama i kat dada you yang cerah tu jadi huruf. Tahan 
seminggu.’

Serentak itu, dia cuba dipujuk untuk mengadakan temujanji seks di ibu kota 
selain menetapkan bayaran.

Ternyata ajakan itu dibalas dengan positif apabila Lin menghantar SMS dengan 
menjawab, ‘I boleh turun KL Sabtu ni... tapi you kena cari hotel dan bagi 
(bayar) RM200. Kalau okey reply (balas)’.

Temujanji itu ‘tergendala’ apabila SMS gadis itu tidak dibalas oleh wartawan 
Harian Metro. 

Pendedahan kedua-dua kes berkenaan membuktikan khidmat seks melalui SMS yang 
dimulai dengan perkenalan singkat menerusi internet, kian menjadi trend di 
kalangan gadis, termasuk dari luar ibu kota untuk mendapatkan pendapatan 
sampingan.
   
  Edisi Nasional: Pelacur tampil dengan imej sopan

KUALA LUMPUR: Kebanyakan gadis yang terbabit dalam industri seks melalui 
khidmat pesanan ringkas (SMS) dipercayai bukan kesempitan wang, sebaliknya 
mencari pendapatan sampingan untuk menampung hidup mewah dan berseronok.
   
  Wanita terbabit dikatakan tidak mahu ketinggalan untuk memiliki rumah, kereta 
mewah dan telefon bimbit canggih serta membeli pakaian berjenama antarabangsa.

Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat Ibu Pejabat Polis 
Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Superintendan Mohd Zaki Masroh, berkata golongan 
terbabit mempunyai harga diri terlalu rendah hingga sanggup melayan sebarang 
lelaki walaupun hanya mengenali mereka lima minit melalui SMS.

Katanya, lebih memeranjatkan ada antara mereka menyembunyikan kegiatan itu 
daripada pengetahuan keluarga dan rakan selain tampil dengan imej sopan.

“Pekerjaan melacur secara ‘part-time’ itu bukan lagi perkara baru dalam 
masyarakat, terutama di ibu negara.

“Siasatan polis mendapati ada wanita mempunyai pekerjaan tetap seperti kerani 
atau operator pengeluaran terbabit dalam kegiatan itu,” katanya.

Mohd Zaki berkata, pihaknya tidak dapat memberikan statistik tepat golongan itu 
kerana sukar mengetahui jumlah sebenar mereka.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong menyelar tindakan 
segelintir gadis yang sanggup mempromosikan tubuh dan maruah diri melalui SMS.

Menurutnya, apa yang dilakukan mereka jelas membuktikan nilai hidup masyarakat 
kini semakin pudar sehingga soal maruah diri sanggup dijaja semurah dan semudah 
itu.


Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, 
meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara 
berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete 
untuk keterangan lanjut
                
---------------------------------
 New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Something is new at Yahoo! Groups.  Check out the enhanced email design.
http://us.click.yahoo.com/SISQkA/gOaOAA/yQLSAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to