Suami isteri dipenjara terima deposit haram -   Oleh Marzuki Yusoff
        
      ZULFAKAR ABDUL GHAFFAR (kiri) dan isterinya, Maliza Chik dibawa keluar 
dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.   
---------------------------------
  
  KUALA TERENGGANU 10 Sept. – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan 
hukuman penjara dan denda sehingga RM200,000 ke atas sepasang suami isteri atas 
kesalahan menerima deposit berjumlah RM92,500 tanpa memiliki lesen yang sah.
   
  Zulfakar Abdul Ghaffar, 38, dihukum penjara tiga tahun dan denda RM100, 000 
manakala isterinya, Maliza Chik, 33, yang dianggap ‘perancang’ kegiatan itu 
dihukum penjara empat tahun dan denda RM200,000.
   
  Hakim Zainal Azman Abdul Aziz juga memutuskan Zulfakar dan Maliza, 
masing-masing dipenjara tiga dan empat bulan jika mereka gagal membayar denda 
tersebut.
   
  Zainal Azman memerintahkan hukuman penjara ke atas pasangan yang mempunyai 
lima orang anak itu dilaksanakan berkuat kuasa hari ini.
   
  Berdasarkan fakta kes, pasangan itu didapati bersalah menerima deposit 
daripada pendeposit-pendeposit tanpa memiliki lesen yang sah mengikut Seksyen 6 
(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (ABIK) 1989 untuk menjalankan 
perniagaan bank, syarikat kewangan, bank saudagar atau syarikat diskaun.
   
  Kesalahan itu didakwa berlaku di antara 22 November 1999 dan 11 Julai 2000 di 
Kampung Telaga, Teluk Balai, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
   
  Zainal Azman berkata, hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap Maliza 
iaitu penjara empat tahun dan denda RM200,000 kerana wanita itu merupakan 
‘perancang’ dalam kegiatan tersebut.
   
  Menurut hakim itu, mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan 
hukuman berat terhadap mereka kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius dan 
boleh meruntuhkan institusi masyarakat dalam jangka masa panjang.
   
  ‘‘Jika dilihat kepada jumlah wang yang dikutip oleh kedua-dua tertuduh, 
jumlah kutipan RM92,500 adalah satu jumlah yang besar dan ia pula berlaku di 
Kuala Berang (Hulu Terengganu).
   
  ‘‘Kegiatan itu boleh menyebabkan sesuatu masyakarat itu ‘runtuh’. Kalau ia 
berlaku di Kuala Terengganu, jumlah ini dianggap kecil...,” tegas Zainal Azman 
lagi.
   
  Terdahulu, pasangan suami isteri tersebut yang diwakili oleh peguam 
Sallehuddin Harun memohon hukuman ringan kerana ia adalah kesalahan pertama dan 
telah insaf dengan perbuatan mereka, selain mempunyai lima orang anak berusia 
tiga hingga 15 tahun.
   
  
-------------------------------------------------------------------------------------
   
  Ibu bapa dipenjara, 5 beradik enggan dipisah 
Oleh Zulkofli Jamaludin dan Hamid Salleh
   
  KUALA TERENGGANU: “Saya sanggup jaga adik dan kami tidak mahu berpisah,” kata 
seorang pelajar Tingkatan Tiga yang bertekad mahu menjaga empat adiknya selepas 
ibu bapa mereka, Zulfakar Abdul Ghaffar, 38, dan Maliza Chik, 33, dihukum 
penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
   
  Pelajar lelaki berusia 15 tahun itu yang akan menduduki Penilaian Menengah 
Rendah (PMR) bulan depan, bagaimanapun terdiam sejenak sebelum menjawab “tidak 
tahu” apabila ditanya siapa akan menanggung perbelanjaan harian dan 
persekolahan mereka.
   
  Pelajar itu bersama adik lelakinya berusia 10 tahun dan perempuan lapan tahun 
serta dua lagi kembar lelaki berusia dua tahun, kini ditemani nenek mereka 
berusia 61 tahun.
   
  Anak sulung pasangan itu, berkata dia dan empat adiknya tetap akan tinggal di 
rumah ibu bapa mereka di Kampung Telaga, Kuala Berang kerana mudah untuk ke 
sekolah.
   
  “Saya akan duduk di rumah ini dan berusaha untuk lulus cemerlang dalam PMR,” 
katanya ketika ditemui di rumahnya, petang semalam.
   
  Bapa lima beradik itu dihukum penjara tiga tahun dan denda RM100,000 manakala 
ibu mereka dipenjara empat tahun dan denda RM200,000 atau penjara empat bulan 
jika gagal membayar denda itu.
   
  Pasangan itu didapati bersalah menerima deposit berjumlah RM92,500 tanpa 
memiliki lesen sah mengikut Seksyen 6 (4) Akta Bank dan Institusi-institusi 
Kewangan (Bafia) 1989.
   
  Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 22 November 1999 dan 11 Julai 2000 di 
Kampung Telaga, Kuala Berang.
   
  Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal Azman Abdul Aziz ketika menjatuhkan hukuman 
berkata, hukuman lebih berat dikenakan terhadap Maliza kerana wanita itu adalah 
‘perancang’ kegiatan berkenaan. 
   
  Beliau berkata, mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman 
berat terhadap pasangan berkenaan berikutan kesalahan yang dilakukan serius 
kerana boleh meruntuhkan institusi masyarakat dalam jangka masa panjang. 
   
  “Jika dilihat kepada jumlah wang yang dikutip sebanyak RM92,500, ia satu 
jumlah yang besar kerana berlaku di Kuala Berang. Ia boleh menyebabkan sesuatu 
masyarakat itu runtuh. Kalau ia berlaku di Kuala Terengganu, jumlah ini 
dianggap kecil,” katanya yang memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa semalam.
   
  Sebelum itu, pasangan terbabit yang diwakili Sallehuddin Harun memohon 
hukuman ringan kerana mempunyai lima anak berusia antara dua hingga 15 tahun.
   
  Pegawai Pendakwa dari Bank Negara Malaysia, Alvin Ong Heng Kiat meminta 
mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana kesalahan yang dilakukan kedua-dua 
tertuduh boleh menjejaskan ekonomi negara.
   
  “Kedua-dua tertuduh perlu memikirkan masa depan anak-anak mereka sebelum 
terbabit dalam skim pendeposit berkenaan,” katanya.


                
---------------------------------
 New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!

[Non-text portions of this message have been removed]



Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to