http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm Jangan pertikai Perkara 121(A) PUTRAJAYA 24 Julai Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan semua pihak supaya tidak mempertikaikan kedudukan Perkara 121(A) dalam Perlembagaan Persekutuan Sehubungan itu beliau meminta supaya semua tindakan berbau provokasi mempertikaikan kandungan perkara serta kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia itu, perlu dihentikan segera. Katanya, mereka perlu akur bahawa Perkara 121(A) dalam Perlembagaan Persekutuan itu jelas menunjukkan negara ini merupakan sebuah negara Islam. Apa yang mereka gembar-gemburkan itu sangat sensitif dan jika kita tidak jaga ia akan memecah-belahkan keharmonian dan hubungan akrab antara kaum di negara ini yang terbina sejak puluhan tahun, katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Kontrak Perjanjian Pembangunan Pelan Strategik Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) antara Kementerian Pelajaran dan MSC Technology Centre Sdn. Bhd. di sini hari ini. Hishammuddin diminta mengulas tindakan Kumpulan Artikel 11 yang mengandungi 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Peguam yang sedang menjalankan kempen seluruh negara bagi mendapat sokongan untuk meminda Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan. Kandungan Perkara 121(A) tersebut merujuk kepada peruntukan perlembagaan yang menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah. Pertemuan pertama kumpulan 13 NGO tersebut berlangsung di Johor Bahru, Johor pada 22 Julai lepas. Menurut Hishammuddin, walaupun Malaysia sebuah negara demokrasi yang membenarkan ketelusan dan keterbukaan membincangkan pelbagai perkara, ia tetap terhad jika berkaitan aspek yang sensitif. Dalam isu Perkara 121(A), ia ada batasannya. Sebab itu jika kita mahu memperjuangkan ketelusan dan keterbukaan dalam masyarakat berbilang kaum, kebijaksanaan pemimpin terdahulu mesti diambil kira. Begitu juga mengenai Perkara 121(A) ini, ia tidak boleh dibincangkan begitu sahaja kerana telah terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan jelas bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam, tambah beliau. Ketika diminta mengulas kenyataan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai 100,000 umat Islam di Malaysia murtad berdasarkan kajian oleh pihak tertentu, Hishammuddin berkata, perkara itu perlu diteliti oleh kehakiman syariah. Saya tidak boleh jawab mengenai isu ini, ia mesti dirujuk atau dibicarakan di mahkamah-mahkamah syariah, ujar beliau. ----------------------------------------------------------------------------------------------- Usah keruhkan keharmonian, gugat Islam KUALA LUMPUR 24 Julai Kumpulan yang cuba menggugat kedudukan Islam dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan diingatkan supaya tidak meneruskan sebarang aktiviti yang boleh mengeruhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. Setiausaha Biro Agama UMNO, Datuk Othman Desa berkata, peruntukan perlembagaan tersebut jelas meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan ia bukannya bertujuan untuk memencilkan mana-mana agama. Menurut beliau, sebarang tindakan yang cuba menerapkan elemen baru terhadap Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan dengan membawa pengaruh dari luar akan menyentuh sensitiviti dan boleh membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini. Katanya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini pernah menasihatkan agar sebarang rasa tidak puas hati terhadap perlembagaan, khususnya perkara-perkara yang menyentuh kedudukan raja-raja dan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dibincang secara tertutup. Sejarah juga membuktikan bahawa kedudukan Islam sebagai agama rasmi bukan bermula semasa negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, ia bermula sejak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kedatangan penjajah pada abad ke-16 juga tidak pernah mengacau kedudukan Islam, malahan memberikan kuasa mutlak perkara berkaitan Islam kepada raja, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau mengulas tindakan segelintir pihak yang mempersoalkan kedudukan Islam dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan sebagai agama rasmi, di sini hari ini. Mengulas resolusi Forum Syariah dan Cabaran Semasa Umat Islam anjuran pertubuhan bukan Islam yang dicapai semalam, beliau menyifatkannya sebagai langkah positif memperkukuh status Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Beliau berkata, setiap individu di negara ini berhak menghormati peruntukan perlembagaan persekutuan yang merupakan sebuah skim pembentukan negara dengan mengambil kira setiap aspek dan latar belakang sejarah. Sehubungan itu, Othman berkata, UMNO sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan Islam, akan terus memastikan tiada anasir luar mampu menggugat status Islam dengan mengadakan Konvensyen Pengerusi Biro Agama UMNO dalam tempoh terdekat. Konvensyen itu, katanya, bertujuan untuk memperjelaskan isu semasa dan mencari jalan penyelesaian terhadap sebarang permasalahan berkaitan Islam di negara ini.
Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara berhemah.. insha ALlah layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete untuk keterangan lanjut --------------------------------- New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage! [Non-text portions of this message have been removed] Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/