Edisi KL: Koyak dan kena tipu 
KUALA LUMPUR: Selepas memperkenalkan kad ‘gores dan menang’, sebuah syarikat 
jualan langsung kini menawarkan kad ‘koyak dan kaya’ yang kononnya menyediakan 
hadiah lumayan kereta Proton Perdana V6, Perodua Kancil dan pelbagai model 
motosikal.   Lagi... 

Edisi Timur: Padah lerai rakan bertengkar 
KOTA BHARU: Seorang pemuda yang cuba meleraikan pertengkaran antara dua 
rakannya menerima padah selepas dipukul dengan sebatang besi dalam kejadian di 
Kampung Laut, Palekbang, Tumpat.   Lagi... 

Edisi Tengah: Sewa rumah hasil ragut 
MELAKA: Dua beradik menjadikan kegiatan ragut di sekitar bandar raya ini 
sebagai pendapatan sampingan untuk membayar ansuran kereta dan sewa rumah sejak 
beberapa bulan lalu.   Lagi... 

Edisi Utara: Dua restoran kena kompaun 
GEORGETOWN: Cubaan dua pengusaha restoran mengaut keuntungan berlebihan tanpa 
meletakkan tanda harga pada makanan yang dijual, membawa padah apabila mereka 
dikenakan kompaun serta-merta dalam serbuan, di sini, semalam.   Lagi... 

Edisi Selatan: Kekal nama pemilik lama 
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang pernah membeli kereta terpakai di Kota Tinggi, 
dekat sini, kesal dengan tindakan jurujual kedai itu yang tidak menukar nama 
kepada pemilik baru walaupun ia sudah dijual kepada orang lain.   Lagi... 

Edisi Timur: Ubah suai pikap seludup diesel 
RANTAU PANJANG: Seorang lelaki berusia 30-an ditahan kira-kira jam 9 pagi 
semalam selepas pemeriksaan mendapati tangki kenderaannya diubah suai bagi 
memuatkan diesel untuk diseludup ke negara jiran.   Lagi... 

Edisi Utara: Reda harta lesap, keluarga selamat 
TELUK INTAN: “Wang dan harta boleh dicari tetapi bukan nyawa anak dan isteri,” 
kata seorang mangsa sekumpulan penyamun yang melarikan barang kemas, wang tunai 
serta Proton Waja baru dibeli enam bulan lalu dalam kejadian di sebuah rumah 
kedai di Sungai Manik, dekat sini, awal pagi semalam.  Lagi... 

Edisi Tengah: Nenek ditikam 8 kali 
SEREMBAN: Seorang wanita warga emas nyaris maut apabila ditikam lapan kali oleh 
perompak yang memecah masuk rumahnya di Taman Ampangan, awal pagi semalam.   
Lagi... 

Edisi Selatan: Pembantu hospital degil 
KLUANG: Seorang pesakit kanser tulang kritikal tahap keempat terseksa dengan 
layanan buruk seorang pembantu hospital yang didakwa melakukan pemeriksaan 
imbasan X-Ray terhadapnya di Hospital Kluang, di sini, akhir Januari lalu.   
Lagi... 

Edisi KL: 'Tolong tangkap ayam jiran saya' 
KUALA LUMPUR: “Hello, ini bilik gerakan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), saya 
nak buat aduan mengenai jiran saya ada bela ayam. Boleh datang hantar orang 
tangkap ayam dia tak? Saya takut mati kena penyakit selesema burung,” begitulah 
antara panggilan yang diterima petugas bilik gerakan di Putrajaya.  Lagi... 

Edisi Timur: Rasuah | Lans Koperal direman 
KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditahan reman 
lima hari oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) selepas disyaki menerima rasuah 
RM1,500 daripada seorang peniaga.   Lagi... 

Edisi KL: Hilang selepas 2 hari bekerja 
KUALA LUMPUR: Seorang bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 
hilang mengejut dipercayai dipukau seorang lelaki yang datang di tempatnya 
bekerja di sebuah kedai 24 jam di Jalan Raja Laut, di sini.   Lagi... 

Edisi KL: Jangan cekik darah 
PETALING JAYA: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara diminta 
mengambil tindakan tegas, termasuk menarik lesen mana-mana peniaga yang 
menaikkan harga makanan dan minuman secara ‘keterlaluan’ berikutan kenaikan 
harga minyak.   Lagi... 

Edisi Utara : Tragedi makan Mi dalam dulang 
KULIM: Satu keluarga tidak menyangka keinginan mereka menikmati makan malam mi 
segera dalam satu dulang berakhir dengan tragedi apabila rumah mereka musnah 
dalam kebakaran di Kampung Kuala Sedim, dekat sini, Selasa lalu.   Lagi... 

Edisi Utara : Tulang retak dibelasah 5 rakan 
ALOR STAR: Akibat perselisihan faham membabitkan rakan wanita, seorang pelajar 
tingkatan lima di sebuah menengah di pinggir bandar ini, retak tulang belakang 
selepas dibelasah lima rakan sekolahnya.  Lagi... 

Edisi KL : Maut disimbah minyak panas 
KLANG: Penderitaan diseksa dan dicaci sejak kira-kira 15 bulan lalu mendorong 
seorang tukang gunting menyimbah minyak panas ke tubuh adik iparnya sebelum 
melemparkan serbuk cili kepada mangsa menyebabkan lelaki terbabit cedera parah 
dan meninggal dunia, awal pagi kelmarin.  Lagi... 


Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, 
meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara 
berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete 
untuk keterangan lanjut
                
---------------------------------
 New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to