Artikel asal ditulis oleh penulis dibawah, harap disemak dahulu tapi jika betul dapatlah kita menyelamatkan warga malaysia..khususnya orang melayu, tua & muda yang selalu ditipu.. kekadang tu bukan orang luar, adik beradik sedara mara.. WALlahu'alam "Emissary Mayhem" <[EMAIL PROTECTED]> Law of Mayhem Tipah Tertipu Tanah Terjual! Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ni adik saya berkahwin. Jadi sibuk la sikit menguruskan majlis kendurinya. Pun begitu ada dua-tiga rakan relexjap kita yang menulis dan bertanyakan tentang persoalan undang-undang. Saya berharap mereka semua berpuas hati dengan jawapan saya. Baru-baru ini (sama ada anda perasan atau tak) kita telah digemparkan dengan kes lima pemilik tanah di Terengganu yang kehilangan tanah mereka. Tau-tau bila mereka nak jual atau bayar cukai tanah, tanah tu dah siap ada Power of Attorney (Surat Wakil Kuasa) dan telahpun berpindahmilik ke tangan orang lain. Sebenarnya penipuan sebegini dah lama berlaku di Selangor dan Perak. Di Selangor, saya mendapat tahu bahawa beribu-ribu ekar tanah orang Melayu hilang ke tangan orang lain angkara penipuan ini. Di Perak, saya tengah mengendalikan dua kes yang seumpama ini. Modus Operandi penipuan sebegini dirancangkan dengan cukup bijak dan teliti. Sebagai contoh, kita namakan si penipu ni dengan nama Jahim. Suatu hari Jahim bersiar-siar dengan keretanya untuk survey tanah-tanah orang kita yang terbiar dan tak diusahakan. Bila dapat sahaja sasarannya, Jahim pun pergi ke pejabat tanah untuk buat carian bagi mengenalpasti siapa pemiliknya. Malah Jahim juga boleh mendapatkan salinan fotokopi Borang 14A (Borang pindahmilik) untuk mengetahui contoh tandatangan si pemilik tadi. Bila dapat nama, nombor kad pengenalan dan alamat si pemilik tadi, Jahim pun derafkan satu Power of Attorney yang kononnya dibuat oleh si pemilik tadi yang mana memberikan kuasa mutlak kepada Jahim untuk menjual tanah tersebut. Malah Jahim telah meniru tandatangan si pemilik asal tanah tu sebab dia tahu macam mana rupanya. Jahim pun bawa Power of Attorney tu ke Pesuruhjaya Sumpah untuk disahkan. Sayugia diingatkan bahawa ada Pesuruhjaya Sumpah yang tak kisah jika pemilik tandatangan tu tak datang untuk mengesahkan tandatangannya. Bila dah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah, Jahim pun daftar ke Mahkamah Tinggi. Bila dah daftar ke Mahkamah Tinggi dan dapat nombor PA, Jahim secara undang-undang mempunyai kuasa untuk menjual tanah tersebut kepada sesiapa sahaja yang dia mahu. Begitulah caranya penipuan ini dilakukan. Bolehkah penipuan sebegini dicegah? Jawapannya tentulah. Pertama, kita boleh memasukkan kaveat persendirian ke atas tanah kita. Jadi sesiapa yang nak jual tanah kita perlu buat permohonan di pejabat tanah untuk batalkan kaveat tersebut. Pejabat tanah perlu bagi notis kepada kita untuk memaklumkan niat pihak lain yang nak batalkan kaveat tersebut. Jadi secara automatik kita akan tahu bahawa ada pihak yang mahu membuat sesuatu ke atas tanah kita. Kelemahan cara ini ialah kena perbaharui setiap enam tahun. Jadi kena la buat peringatan dan kena bayar pula tu setiap kali nak perbaharui. Satu lagi, kalau ada anasir di dalam pejabat tanah yang berpakat dengan si penipu tadi, mungkin dia akan batalkan kaveat kita senyap-senyap. Tak mustahil perkara sedemikian berlaku sebab pernah terjadi kepada klien saya. Cara terbaik ialah menukarkan tanah tersebut kepada aset syarikat. Ini bermakna pemilik tanah tersebut atau waris-waris yang berhak ke atas tanah tersebut (dalam kes pusaka) perlu menubuhkan syarikat sendirian berhad. Mereka semua akan jdi Pengarah di dalam syarikat tersebut. Kemudian mereka `menjual' tanah tersebut kepada syarikat yang mereka tubuhkan. Tanah tersebut kini ditukarkan menjadi syer mereka pula. Harta milik syarikat sendirian berhad adalah sukar untuk diselewengkan sebab perlu laporan mesyuarat agung dan resolusi sebelum boleh membuat sebarang urusan ke atasnya. Malangnya setakat ini tak ada seorang Melayu pun yang berminat untuk berbuat begitu tatkala saya menyampaikan saranan ni di dalam suatu seminar kecil. Malah, lain pulak yang ditanya oleh mereka! Ternyata orang kita ni kebanyakannya mempunyai sikap ambil mudah akan sesuatu perkara dan tak mahu menyusahkan diri untuk menjaga harta mereka. Beritahu saya; berapa ramai orang Melayu yang menginsuranskan rumah mereka dengan insurans kebakaran? Agaknya itulah sebab kita mempunyai peribahasa `Sudah terhantuk barulah tergadah' agaknya! Ma'assalamah. - Emissary Mayhem
Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara berhemah.. insha ALlah layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete untuk keterangan lanjut --------------------------------- New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage! [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/mDk17A/lOaOAA/i1hLAA/JcWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/