SASTERA-UTUSAN MALAYSIA

 
 
 
ARKIB : 14/07/2008

                
                















Kuala Lumpur tuan rumah PPN 2009
Oleh azman ismail


TAHUN ini, Kediri, Jawa Timur, Indonesia menjadi tuan rumah kepada
Pesta Penyair Nusantara (PPN) 2008 - sebuah wadah perhimpunan dan
pertemuan para penyair dari Nusantara dan negara Asia lainnya.

Setelah kejayaan Pesta Penyair Nusantara di Medan, yang diberi nama
The First Medan International Poetry Gathering pada 25-29 Mei 2007, PPN
kedua dilaksanakan di bandar tersebut pada 29 Jun-3 Julai lalu.

Pada PPN di Medan tersebut, jawatankuasa pelaksana dibarisi oleh
Ahmadun Yosi Herfanda, Korrie Layun Rampan, Fakhrunas MA Jabbar, Viddy Daery, 
Afrion dari Indonesia, Zefri Arif (Brunei Darussalam) dan S.M. Zakir (Malaysia).

Jawatankuasa Pelaksana PPN 2008 pula diketuai oleh Khoirul Anwar
(Indonesia) yang ternyata telah melakukan usaha yang sebaik mungkin
untuk menjayakan program berprestij tersebut.

PPN 2008 sebenarnya mempunyai erti yang cukup besar dalam aspek
kesepakatan untuk menghidupkan kegiatan sastera di Nusantara. Ini
kerana pada tahun depan Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tuan rumah.

Perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarah Penyair Nusantara yang
diadakan di Universiti Islam Kediri (Unik) dengan menjadikan Pena
sebagai pelaksana dan sekretariat khas penganjuran PPN 2009.

Lebih menarik, Setiausaha Agung Persatuan Penulis nasional (Pena), S.M Zakir 
telah dipersetujui sebulat suara oleh delegasi PPN 2008 sebagai ketua 
jawatankuasa pelaksana PPN 2009.

Pada 2010, PPN akan ‘kembali’ ke Indonesia dengan Balikpapan,
Kalimantan Timur menjadi tuan rumah dan akan bertanggungjawab
meyelenggara serta menyusun pelbagai program PPN.

Sementara itu pada PPN 2008, Pena diwakili oleh S.M Zakir dan tiga
orang ahli jawatankuasa kerjanya; Mohamad Saleeh Rahamad, Shamsudin
Othman dan Dr. Ibrahim Ghaffar.

Turut menyertai delegasi Pena ialah Malim Ghozali Pk, Khalid Salleh,
Fuad Bebet dan Hameer Habib manakala penyair Datuk Dr. Ahmad Kamal
Abdullah (Kemala) turut menjadi tetamu kehormat pesta tersebut.

Selain dari Malaysia, para peserta PPN 2008 juga berasal seluruh
Indonesia seperti Kediri, Madiun, Ngawi, Nganjuk, Pare, Blitar,
Lamongan, Bojonegoro, Mojokerto, Malang, Probolinggo, Surabaya, Madura,
Semarang, Ungaran, Tegal, Banyumas, Solo, Yogyakarta, Jakarta, Bandung,
Bogor, Depok, Sumbawa, Flores, Balikpapan, Samarinda, Banjarmasin,
Banjarbaru, Siak, Lampung, Pekanbaru, dan Makassar.

Program PPN 2008 sebenarnya telah bermula sejak 25 Jun dengan
Pertandingan Membaca Puisi di Sanggar Mulang Sara di Kampung Cakarwesi
yang merupakan sebuah kawasan pengajian pesantren (sekolah pondok) yang
banyak melahirkan tokoh-tokoh agama dan budayawan Kediri.

Pertandingan tersebut disertai oleh 95 orang peserta dari seluruh
Indonesia. Majlis perasmian PPN 2008 kemudiannya diadakan pada 30 Jun
yang menyaksikan perasmian yang gilang-gemilang yang dihadiri oleh
segenap lapisan masyarakat Kediri.
Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Walikota, Maschut. Acara
diteruskan dengan deklamasi puisi yang diselingi dengan persembahan
kebudayaan tradisional masyarakat Kediri.

Turut hadir dalam acara perasmian ini ialah Rektor Universiti Islam
Kediri, pimpinan pesantren di seluruh daerah tersebut dan
pegawai-pegawai daerah. Majlis turut menampilkan Kiyai Zawawi Imron,
yang juga penyair ternama Indonesia untuk menyampaikan syarahan budaya
yang cukup memukau.

Pemilihan Kediri sebagai tuan rumah PPN 2008 cukup beralasan. Ia
sesungguhnya sinonim dengan bandar yang menjadi wadah pertumbuhan
kebudayaan, ekonomi, keagamaan dan pentadbiran.

Berdasarkan catatan sejarah, Kediri merupakan kerajaan tua yang
wujud pada tahun 1045 apabila diasaskan oleh salah seorang raja Jawa
yang terkenal, Airlangga.

Kediri mempunyai hubungan dengan kerajaan Sriwijaya di Jawa dan
menjadi negeri penampan bagi empayar Sriwijaya di Pulau Jawa. Kerajaan
itu sendiri merupakan sebuah kerajaan yang kuat di Pulau Jawa di bawah
dinasti Airlangga sehinggalah raja terakhirnya ditewaskan oleh Ken Arok
yang kemudiannya mendirikan kerajaan Singosari pada tahun 1222.

Kerajaan Singosari inilah yang memunculkan kerajaan besar di Pulau Jawa iaitu 
empayar Majapahit pada tahun 1293.

Sepanjang zaman kegemilangannya, Kediri terkenal sebagai kota budaya
dan banyak melahirkan karya-karya agung klasik antaranya Kekawin
Bharatayuddha yang disesuaikan daripada kisah Pandawa dalam Mahabratha,
Gatotkaca, Smaradahana, Babad Kedhiri dan sebagainya.

Pada abad ke-16, Kediri menjadi pusat perkembangan Islam di Jawa
Timur setelah kerajaan Hindu Majapahit Kediri dikalahkan oleh Sunan
Kudus, salah seorang wali sembilan yang mengislamkan Pulau Jawa.
Sehingga ke hari ini Kediri terkenal sebagai pusat pesantren dan
pengajian Islam.

Kota Kediri yang juga dijoloki dengan nama Kota Tahu dan Kota Gudang
Garam sememangnya terkenal sebagai pengeluar makanan berasaskan soya
tersebut. Dalam pada itu, Kediri juga adalah pusat pengeluaran rokok
gudang garam surya yang terbesar di dunia.

Antara pengisian PPN 2008 ialah seminar kesusasteraan pada 1 dan 2
Julai bertempat di kampus Unik yang terletak di lembah Gunung Klothok.
Di sinilah wujudnya Gua Selomangleng yang tercatat dalam Hikayat Panji
Semirang dan Hikayat Babad Kadhiri.
Seminar ini menampilkan pembentang-pembentang kertas kerja dari
Indonesia seperti Ahmadun Yosi Herfanda, Diah Hadaning, Dinullah Rayes,
Korrie Layun Rampan, Endang W, Khoirul Anwar, Viddy AD Daery dan Shantined.

Pembentang kertas kerja dari Malaysia pula ialah , Kemala, S.M.
Zakir, Mohamad Saleeh Rahamad, Shamsudin Othman dan Dr. Ibrahim Ghaffar.

Pada malamnya diadakan acara baca puisi yang dirakamkan di Studio
Doho TV yang disiarkan dalam satu rancangan talk show televisyen
Indonesia. Kemuncak acara adalah Mesyuarah Penyair Nusantara yang
diadakan di Unik yang antara lain memutuskan kesanggupan Pena untuk
mengambil alih tugas penganjuran PPN 2009 di Kuala Lumpur.

Sementara itu, S.M. Zakir dalam ucapan penangguhan pada majlis
penutupan pesta tersebut di Sanggar Mulang Sara menegaskan PPN dapat
mengeratkan semangat setiakawan budayawan nusantara khususnya Malaysia
dan Indonesia yang berusaha mengeratkan silaturahim yang selama ini
dijarakkan oleh peranan negatif media melalui perjuangan sastera dan
budaya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa kesediaan Pena untuk
menganjurkan PPN 2009 di Malaysia adalah usaha membentuk kesinambungan
sastera melalui gerakan generasi pelapis yang kini memikul
tanggungjawab untuk mengimarahkan dunia sastera Melayu dan Nusantara
yang mendunia sifatnya.






            
              
              
                
        


        TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
        
            
• Novel HSKU penuhi aspirasi golongan remaja

• Seri puisi belum hilang

• Usaha terbaik pelihara sastera

• Muhammad ulul albab

• Laluan ke samudera sastera

• Antologi karya pemenang HSKU 2008

• Ayam patah kepak

• Erti HSKU kepada pengarang

• Hikayat penenun

• perjuangan penulis muda


        



            



                
                
                  
            
            
            ik...@utusan
            

                  
                
              









                



    
    
  

  
  
    
  
  
    
  
  
    
  
  
  
  


  
    

  




                                


ik...@utusan
 



     



innity_country = "MY";
innity_path = "/200904_1519/6852/";
innity_proxy = "proxy_6268";
innity_ord = "ord=[timestamp]";






<
img
src='http://ad2.perfisio.com/openx/www/delivery/avw.php?zoneid=39&cb=INSERT_RANDOM_NUMBER_HERE&n=a03821a4'
border='0' alt='' />

     







              
                KOMUNITI @ UTUSAN

                           
                                
                                
                                
                                Mencari Sharlinie

                                
                                •  Download poster Mencari Sharlinie.

                                
                                •  Ikuti perkembangan terkini pencarian 
Sharlinie

                                
                                •  Download fotofit suspek.

                                
                                
                                
                                 • 
                        
                        
                        g...@utusan -- Hantar gambar anda dan jom sertai 
teman-teman di Geng Online

                

              


  
    
  
    
    

  
  
    
    












                


                                


ik...@utusan
 
 







        

            
            IKLAN Teks



                     


        

  
  



addthis_pub             = 'UtusanOnline'; 
addthis_logo            = 
'http://www.utusan.com.my/utusan/design1_files/logo_1.gif';
addthis_logo_background = 'EFEFFF';
addthis_logo_color      = '666699';
addthis_brand           = 'Utusan Online';
addthis_options         = 'favorites, email, digg, delicious, myspace, 
facebook, google, live, more';




                                  

        
           
        




          





Kumpulan Utusan  |
Hubungi Kami |
Jom Iklan! |
Terma & Syarat 


© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala 
Lumpur.  




      Buat sendiri desain eksklusif Messenger Pingbox Anda sekarang! Membuat 
tempat chat pribadi di blog Anda sekarang sangatlah mudah. 
http://id.messenger.yahoo.com/pingbox/

Kirim email ke