--- Pada Sel, 5/5/09, Pendekar Sendang-Drajat <pendekarbudiman1...@yahoo.co.id> 
menulis:

Dari: Pendekar Sendang-Drajat <pendekarbudiman1...@yahoo.co.id>
Topik: DISKUSI PANEL SASTERA ISLAM DI DBP BERMASALAH
Kepada: pendekarbudiman1...@yahoo.co.id, pesi...@yahoogroups.com, 
prieya...@yahoo.com, putrak...@gmail.com, wajahbercah...@yahoo.co.id, 
m...@ukm.my, meimura_ragilthea...@yahoo.com, melg...@pd.jaring.my, 
apresiasi-sas...@yahoogroups.com, arieme...@yahoo.com, 
arifinkatiq_...@yahoo.com, saida...@ums.edu.my, sast...@um.edu.my, 
smzaki...@hotmail.com, sefth...@yahoo.com, spm-gap...@yahoogroups.com, 
ssa...@yahoo.com, sukma...@singnet.com.sg, sur...@ums.edu.my
Tanggal: Selasa, 5 Mei, 2009, 11:05 AM

                       SASTERA-BERITA HARIAN

    Pilihan panel berjenama/bermasalah
    Oleh Nazmi Yaakub




    
            
    
 
    DARI
kiri; A Samad, Hudan Hidayat dan Rasiah Halil ketika melontarkan pandangan
mengenai kepengarangan Muslimah Nusantara di DBP, baru-baru ini.


    
               
    Akibatnya Forum Kepengarangan Muslimah Nusantara tersasar daripada matlamat
/tujuan semula

FORUM Kepengarangan Muslimah Nusantara: Arah dan Falsafah
kehilangan arah akibat pemilihan panel yang kurang tepat untuk
membicarakan dasar kepengarangan serta hala tuju pengarang wanita Islam
di wilayah Asia Tenggara khususnya Malaysia, Indonesia dan Singapura.


Tanpa menafikan kredibiliti dan pengalaman panel dalam dunia
sastera, forum anjuran Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia
(PKBM) itu, gagal dimanfaatkan untuk membuka ruang perbincangan dalam
menyelami realiti pengarang wanita Islam merentasi sastera Nusantara.








    Pemilihan panel seolah-olah lebih menjurus kepada nama
dan status kesusasteraan pengarang tanpa mengira kesesuaian latar dan
ilmu untuk membincangkan kepengarangan wanita dalam konteks sastera
Islam.


Sepatutnya pemilihan panel yang mewakili sastera tiga negara
itu, dibuat dengan mengutamakan panel yang terjun secara langsung dalam
sastera Islam sama ada sebagai pengarang, pengkritik atau sarjana.


Apatah lagi sastera Islam bukan ruang yang asing di negara ini
kerana perdebatan mengenainya sudah tercetus seawal polemik Sasterawan
Negara (SN), Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad dan Dr Kassim Ahmad. 


  


    
                        

    Tidak
ketinggalan, senario semasa sastera tanah air turut menyaksikan
kemunculan pengarang berlatarbelakangkan pendidikan Islam sama ada dari
institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan atau luar negara seperti
Mesir, Jordan dan Maghribi.


Di negara jiran pula, rentak sastera Islam semakin rancak
dengan kemunculan kelompok pengarang muda bernafas Islam lewat Forum
Lingkar Pena (FLP) yang dipandu Helvy Tiana Rosa hingga berjaya
menumbuhkan kelompok kecil penulis muda Indonesia di luar negara
termasuk Mesir yang melahirkan novelis Ayat-ayat Cinta, Habiburrahman
el-Shirazy.


Hal ini dibuktikan apabila SN Datuk (Dr) A Samad Said,
awal-awal lagi dalam forum itu, mengakui beliau tidak begitu arif untuk
memperkatakan kepengarangan wanita dalam sastera Islam, selain
berterus-terang beliau kurang afdal, sebaliknya lebih memperkatakan
watak wanita dalam karyanya.


“Saya datang dari dunia dan kehidupan bersalut bom mahupun
gas. Menyaksikan wanita di sekeliling hanya dari dunia sundal. Saya
diserang kerana menulis watak wanita yang gagal, tidak mendapat didikan
agama dan sentiasa berhubung dengan dunia roman yang kacau,” katanya
pada forum di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, baru-baru
ini, 



    
                        

    Bagaimanapun,
A Samad, berharap akan lahir novel besar bernafas wanita Islam setebal
Anugerah karya Zaharah Nawawi, bahkan lebih tebal daripada karya Dr
Fatimah Busu, The Missing Piece yang akan menjadi budaya baru dalam
bidang dakwah.


“Mereka akan mendapat suara yang lebih murni berbanding dalam
dunia kuasa, manakala penulis seperti Dr Siti Zainon Ismail, Dr Zurinah
Hassan, Zaharah dan Fatimah akan menghasilkan karya yang sesuai dengan
iklim dan realiti baru, sekali gus mengangkat sama dunia Islami,”
katanya pada forum yang dipengerusikan Pengerusi PKBM yang juga Sarjana
Tamu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra
Malaysia (UPM), Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah.


Selain A Samad, pengkritik Indonesia, Hudan Hidayat juga tidak
berjaya mencungkil falsafah kepengarangan Muslimah khususnya di
Indonesia, sebaliknya malahan hanya menyentuh permukaan realiti sastera negara
itu yang menyaksikan pertembungan pengarang Islam dengan aliran liberal.


Satu-satunya kupasan yang boleh dianggap berjaya menyelami falsafah
kepengarangan Muslimah ialah lontaran pandangan pengarang Singapura,
Rasiah Halil, tetapi malangnya, justeru dikekang oleh batasan waktu kesan atur 
cara majlis
yang bertumpu pada acara baca dan analisis puisi, Syurga Kesembilan
(Datok Kemala).


Rasiah berkata, kepengarangan wanita Muslimah mesti berada di
bawah naungan al-Quran dan al-Sunnah, manakala tonggak penulisan mereka
perlu berdasarkan konsep kitab suci Islam itu termasuk menyuruh ke arah
kebaikan dan mencegah kemungkaran.


“Betapa jauh khayalan kita menyimpang, kita tidak boleh
menyimpang daripada al-Quran dan hadis serta betapa indahnya bahasa,
keindahannya tetap berada di bawah kebenaran serta bukannya mengatasi
kebenaran itu.


“Islam tidak hanya kerohanian atau hal yang membabitkan
pemakaian tudung, sebaliknya segala-gala dalam kehidupan hingga boleh
memberikan manfaat kepada manusia dan berada di bawah panji Islam,
itulah yang dibenarkan dalam penulisan,” ujarnya.


Beliau yakin bahawa penulisan perlu bergerak dalam bingkai
al-Quran dan al-Sunnah selain ada batasan dalam kebebasan berkarya,
sekali gus menjadikan falsafah penulis wanita Islam berdasarkan tasawur
serta pandangan dunia mengikut Islam.


Meskipun falsafah kepengarangan jelas, Rasiah mengakui arah
pengarang Muslimah masih belum jelas terutama membabitkan hubungan
merentas sempadan negara sehingga penulis di negara ini, Singapura,
Indonesia, Brunei Darussalam dan Selatan Thai tidak mengenali antara
satu sama lain.


“Banyak perkara yang perlu dilakukan pengarang Muslimah
terutama dalam memperkukuhkan kerjasama dan sekiranya kita tidak
mengambil langkah segera, kita hanya berbicara sebegini hanya
sekali-sekala,” katanya.




       Lebih aman saat online. 
Upgrade ke Internet Explorer 8 baru dan lebih cepat yang dioptimalkan untuk 
Yahoo! agar Anda merasa lebih aman. Gratis. Dapatkan IE8 di sini!


      Berselancar lebih cepat. Internet Explorer 8 yang dioptimalkan untuk 
Yahoo! otomatis membuka 2 halaman favorit Anda setiap kali Anda membuka 
browser. Dapatkan IE8 di sini! 
http://downloads.yahoo.com/id/internetexplorer

Kirim email ke