Assalammualikum wr wb.

I. Jika teringat atau diingatkan SETELAH Salam

Dari Hadith Shahih Bukhari-Muslim, Tirmizi (Bayan):
319. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah sembahyang bersama kami di suatu petang, samada sembahyang Asar atau sembahyang Zuhur. Pada rakaat yang kedua baginda memberi salam. Kemudian baginda bersandar dibatang tamar yang berada pada arah Kiblat. Di antara Sahabat yang menjadi makmum termasuklah Abu Bakar dan Umar, namun keduanya tidak berani berkata-kata. Sementara sahabat-sahabat lain terpegun kerana sembahyang dilakukan terlalu singkat. Lalu seorang Sahabat bernama Zul Yadain berdiri seraya berkata: Wahai Rasulullah! Adakah sembahyang disingkatkan yaitu diqasar atau anda terlupa? Rasulullah s.a.w memandang ke kanan dan kiri lalu baginda bertanya: Adakah benar apa yang diucapkan oleh Zul Yadain tadi? Sahabat-sahabat menjawab: Benar! Anda hanya sembahyang dua rakaat saja.

Seketika itu juga Rasulullah s.a.w menyambung sembahyang dua rakaat lagi dan baginda memberi salam. Setelah itu baginda bertakbir kemudian sujud, kemudian bertakbir lalu bangkit dari sujud, kemudian baginda bertakbir lagi lalu sujud buat kali kedua, kemudian bertakbir dan bangkit dari sujud

Pen:
Dari Hadith diatas, apabila Imam lupa dan teringat (diingatkan) setelah SALAM, maka dia sujud syahwi 2 kali. Dari Hadith diatas hanya dikatakan bahwa Rasulullah hanya melakukan Sujud Sahwi seindirian. Tidak dikatakan bahwa Beliau mengajak Makum-nya maupun sahabat lain mengikuti Beliau dalam melakukan Sujud Shawi

Hadith Shahih Lain (BAYAN):
318.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sedang sembahyang dan menurut kata Ibrahim: Baginda menambah atau mengurang rakaat sembahyangnya, maka setelah selesai memberi salam, baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Apakah ada sesuatu yang telah terjadi pada sembahyang tadi? Rasulullah s.a.w bertanya kembali: Perkara apakah itu? Lalu dijawab: Sesungguhnya kamu telah mengerjakan sembahyang begini dan begini. Beliau berkata: Seketika itu juga Rasulullah s.a.w melipatkan kedua kakinya dan mengadap kiblat, lalu baginda sujud sebanyak dua kali, lantas baginda memberi salam. Kemudian beliau berpaling ke arah kami seraya bersabda: Seandainya terjadi sesuatu semasa dalam sembahyang, maka aku ingin menerangkannya kepada kamu. Tetapi aku juga manusia biasa yang boleh jadi terlupa sama seperti kamu. Apabila aku terlupa, peringatkanlah kepadaku. Apabila kamu merasa ragu-ragu ketika sembahyang, hendaklah kamu berusaha mencari yang sepatutnya dan menyempurnakannya jika kurang, selepas itu hendaklah kamu melakukan sujud sahwi sebanyak dua kali

I. Jika teringat atau diingatkan SEBELUM Salam 

Bukhari-Muslim, Tirmizi. (BAYAN) 317. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Buhainah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah sembahyang dua rakaat bersama kami. Kemudian baginda berdiri dan tidak duduk Tahiyyat. Sahabat-sahabat juga ikut berdiri bersama baginda. Setelah sembahyang hampir selesai, kami menunggu salam baginda namun baginda bertakbir lagi lalu sujud sebanyak dua kali. Baginda duduk seketika sebelum memberi salam. Setelah itu barulah baginda memberi salam.

Pen: Dari Hadith diatas, dapat kita simak bawha Rasulullah melakukan 2 Rakaat Shalat sebanyak 3 kali (Rasulullah s.a.w pernah sembahyang dua rakaat bersama kami. Kemudian baginda berdiri dan tidak duduk Tahiyyat.) Baginda Rasul berdiri pada waktu seharusnya Beliau melakukan Thahiyat Akhir utk 2 rakaat shalat.
Jadi, dari hadits diatas; Jika Imam teringat bahwa beliau lupa melakukan sesuatu masih dalam keadaan Shalat, sujud sahwi dilakukan sebelum Salam bersama Makmum

Wallahualam Bissawab.
Semoga bisa membantu, afwan jika ada salah kata atau salah ketik.

Wassalam'
<(_i_) I - Allah is enough for me

http://muslim-art.2ya.com 
Laa hawlaa-walaa quw-wata illa billah....
 
----Original Message Follows---- From: MDN - Eko Junaidi <[EMAIL PROTECTED]> Reply-To: [EMAIL PROTECTED] To: "'[EMAIL PROTECTED]'" <[EMAIL PROTECTED]> Subject: [assunnah] RE: Tanya: Sujud Sahwi Date: Mon, 27 Sep 2004 08:37:16 +0700 Assalamu'alaykum wa rahmatullahi wabarakatuh, Ketika Sholat Isya semalam, imam melakukan salam padahal ia masih duduk di tahiyat awal (raka'at kedua). Afwan, ana mohon penjelasan - kapan imam harus melakukan sujud sahwi - siapa saja yang harus melakukan sujud sahwi ( imam bersama makmum atau hanya imam saja ) Jazakallahuma khoiran katsiro AQ


The new MSN 8: smart spam protection and 2 months FREE*

------------------------------------------------------------------------
Website Islam pilihan anda.
http://www.assunnah.or.id
http://www.almanhaj.or.id
Website kajian Islam -----> http://assunnah.mine.nu
Berlangganan: [EMAIL PROTECTED]
Ketentuan posting : [EMAIL PROTECTED]
------------------------------------------------------------------------



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke