*Duit dalam akaun lesap <http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>*

KOTA TINGGI - Seorang kontraktor yang ingin membayar gaji pekerjanya
terkejut apabila wang di dalam akuan banknya di sini telah dikeluarkan di
luar pengetahuannya.

Jumlah yang hilang ialah RM15,020 melalui tiga transaksi yang diakui bank
tersebut iaitu RM5,000 melalui ATM di Kuala Lumpur dan dua transaksi
pindahan wang ke Indonesia melalui internet masing-masing berjumlah RM5,010
setiap satu.

"Ketiga-tiga transaksi berlaku dari pukul 8.15 pagi hingga 9.30 pagi 3 Jun
lalu," kata Abdul Razak Tariman, 34, dari Felda Bukit Aping, Kota Tinggi
semalam.

Menurutnya, sebelum itu, dia telah memasuk cek berjumlah RM34,600 ke dalam
akaun simpanannya itu.

"Saya terkejut apabila ingin mengeluarkan wang tersebut, pihak bank
memberitahu baki akaun simpanan tidak mencukupi.

"Jumlah yang ingin dikeluarkan adalah RM23,000 dan baki dalam akaun adalah
kurang daripada jumlah tersebut," katanya.

Abdul Razak berkata, pihak bank menyatakan bahawa dia pernah membuat tiga
transaksi pengeluaran yang semuanya berjumlah RM15,020.

Transaksi itu, katanya, dibuat sekitar pukul 8.15 hingga 9.30 pagi iaitu
sebanyak RM5,000 melalui ATM di Kuala Lumpur dan dua berupa pindahan wang ke
Indonesia melalui internet berjumlah RM5,010 setiap satu.
.
*Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>
*


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke