*Empat penyakit dalam satu*<http://www.biovco.com/kencing-manis-40fv.php?ref=yg>

*KENCING MANIS <http://www.biovco.com/kencing-manis-25ew.php?ref=yg>*, *tekanan
darah tinggi <http://www.biovco.com/darah-tinggi-8g.php?ref=yg>*, kegagalan
buah pinggang dan sakit jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat.
Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami
tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah.

Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis
dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi
penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah
masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.

Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang
dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar
mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala
yang menjejaskan kualiti hidup.

Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa
tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu
menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi
penyakit.

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca
kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam
setiap 10 saat akibat kencing manis.

Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu:

>> Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti kerosakan mata
dipanggil retinopati diabetes yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan,
kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki
dipotong.

>> Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah berlaku pada
kadar empat kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular. Kencing
manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular
periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki).

Pecahan komplikasi kencing manis:

>> 55 peratus kematian kerana komplikasi jantung

>> 13 peratus kes kematian kerana paras gula tidak terkawal

>> 13 peratus kes kematian kerana kanser

>> 19 peratus kes kematian kerana lain-lain penyakit

Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal
paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang turut
mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula dan tekanan
darah yang disasarkan (selamat).

Namun, komplikasi kematian akibat kencing manis boleh dibendung. Ini
didapati daripada kajian klinikal terbesar, ADVANCE anjuran syarikat
farmaseutikal Servier yang membabitkan pesakit kencing manis di seluruh
dunia.

Kajian dilakukan untuk menjawab beberapa isu yang belum diselesaikan
berkaitan kawalan tekanan darah dan pengurusan glukos dalam diabetes
mellitus, iaitu jenis kencing manis yang dihidapi pesakit dewasa.

Antara keputusan dalam cabang yang mengkaji penurunan tekanan darah
menunjukkan gabungan komposisi tetap ubat perindopril dan indapamide iaitu
rawatan untuk hipertensi (tekanan darah tinggi), dapat meningkatkan
kelangsungan hidup dan mengurangkan masalah jantung dan buah pinggang dalam
pesakit kencing manis.

Gabungan ubat yang diberi mencatat pengurangan ketara terhadap jumlah
kematian keseluruhan (sehingga 14 peratus) dan risiko kematian akibat
penyakit jantung (sehingga 18 peratus).

Dalam perkataan mudah, dalam tempoh lima tahun kajian, satu kematian dapat
dielakkan untuk setiap 79 orang pesakit yang dirawat dengan gabungan rawatan
perindoril dan indapamide.

Selain itu, risiko berlaku kejadian membabitkan jantung berkurang sebanyak
14 peratus dan 21 peratus bagi kejadian penyakit buah pinggang. Ini
bermakna, satu kejadian koronari dapat dielak untuk setiap 75 pesakit yang
diberi rawatan ini.

Kajian ADVANCE dilakukan secara rawak di pelbagai pusat membabitkan 11,140
pesakit kencing manis di 215 pusat dari 20 negara di Asia (termasuk
Malaysia), Australasia, Eropah dan Amerika Utara; iaitu negara yang
mengalami masalah kencing manis serius.

Di negara kita, kajian dilakukan di lima pusat iaitu Pusat Perubatan
Universiti Malaya (PPUM), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),
Hospital Besar Ipoh, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan
Hospital Besar Pulau Pinang.

Pemilihan pesakit untuk kajian ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria,
iaitu berumur melebihi 55 tahun dan ada sejarah komplikasi penyakit makro
dan mikro vaskular dalam tempoh tahun sebelum menyertai ujian, menunjukkan
tanda faktor risiko lain serta menghidap hipertensi atau tekanan darah
normal.

Kajian itu membabitkan empat cabang untuk menyelidik fungsi jantung dan mata
selepas gabungan medikasi, keberkesanan kos dan kualiti kehidupan dan faktor
genetik.
*Baca lain-lain info
kesihatan<http://www.biovco.com/kencing-manis-40fv.php?ref=yg>
*


[Non-text portions of this message have been removed]


------------------------------------

Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Bicara-Remaja/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Bicara-Remaja/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to