*Harga minyak mentah susut ke paras AS$45
setong*<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>

HARGA minyak mentah jatuh di bawah AS$45 setong semalam semalam berikutan
jangkaan penurunan dalam permintaan sektor tenaga kesan kelembapan ekonomi
global.

Sehingga petang semalam, kontrak hadapan minyak mentah bermutu tinggi utama
bagi penghantaran Januari diniagakan dalam dagangan elektronik New York
Mercantile Exchange (Nymex) di Asia pada AS$44.06 setong, iaitu paras paling
rendah sejak Januari 2005.

Harga kontrak hadapan minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran
Januari yang diurusniagakan di London pula diniagakan pada AS$42.28
setong.Penganalisis berkata, harga bahan api diunjurkan terus jatuh dalam
tempoh terdekat berikutan kebimbangan perangkaan ekonomi lemah di beberapa
negara ekonomi utama dunia, terutama Amerika Syarikat (AS).

Perangkaan lemah itu menjadi alasan utama kepada prospek berlakunya
kejatuhan berterusan permintaan bahan api itu menyebabkan pelabur semakin
menjauhi pasarannya.

Bagaimanapun, penganalisis berpendapat adalah masih awal menjangkakan harga
minyak jatuh ke paras paling rendah dalam sejarah kerana aliran menurun
ketika ini hanya disebabkan kelemahan dalam permintaan."Adalah terlalu awal
untuk menjangkakan harga minyak akan jatuh ke paras paling rendah kerana
ketika ini fokus hanya kepada kekurangan permintaan," katanya.

Harga minyak mentah merosot lebih daripada dua pertiga daripada paras
tertingginya, melebihi paras AS$147 pada Julai lalu berikutan kelembapan
ekonomi global dijangkakan berlakunya penurunan permintaan.


  *Baca lain-lain Artikel : KLIK
DISINI*<http://www.biovco.com/info-kesihatan.php>


 <http://www.biovco.com/>
*KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT <http://www.biovco.com/>*
**


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke