*Makanan halal: Pengguna perlu
prihatin<http://www.biovco.com/makanan-halal-16sf.php?ref=yg>
*

UMAT Islam dituntut mengikut syariat Islam yang telah mengatur kehidupan
manusia ini dengan lengkap dan sempurna. Melengkapi segala aspek kehidupan
manusia sehinggalah kepada pemilihan makanan untuk manusia itu sendiri juga
perlu berlandaskan syariat al-Quran dan as-Sunnah.

Prinsip halal adalah salah satu perkara yang sangat dititik beratkan dalam
pemilihan makanan mengikut syariat Islam. Prinsip halal ini secara umumnya
melibatkan dua perkara.

Pertamanya, bagaimana sesuatu benda itu diperolehi. Kedua, adakah zat atau
barangan itu sendiri halal atau sebaliknya dari segi syariat Islam. Syariat
Islam telah menetapkan supaya setiap penghuninya memakan makanan halal
sahaja. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai Sekelian manusia makanlah
dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak
langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang
nyata bagi kamu. (Al-Baqarah: 168)
Sehubungan itu, pemilihan makanan halal lagi baik perlu diambil berat oleh
setiap umat Islam. Ini bertujuan memastikan makanan itu tidak memudaratkan
manusia itu sendiri. Makanan yang suci dan bersih akan menjamin kesihatan
yang baik.

Justeru , di samping kita memilih makanan yang berzat dan berkhasiat adalah
lebih penting lagi pada masa yang sama, kita juga hendaklah perlu memastikan
makanan tersebut dijamin bersih dan suci mengikut hukum syarak.

*Baca artikel penuh - KLIK
DISINI*<http://www.biovco.com/makanan-halal-16sf.php?ref=yg>


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke