Nyahtoksik dan pembersihan dalaman ketika
berpuasa<http://www.biovco.com/?ref=yg>

*Lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

APABILA Ramadan mendekati, ini merupakan peluang keemasan untuk
membincangkan mengenai kelebihan yang boleh dimanfaatkan sepanjang bulan
mulia ini.

Berpuasa dari segi jasmani atau menjauhi pengambilan makanan dan minuman,
adalah jalan kepada berpuasa dalaman (rohani).

Apabila kedua-dua jenis puasa dilakukan bersama, hasil kesan ke atas jiwa
kita adalah seperti "cahaya atas cahaya".

Apabila kita mematuhi ajaran berpuasa, amalan ini boleh meneguhkan jiwa dan
batin kita dan keadaan jasmani yang lebih sihat.

Berpuasa merupakan satu tumpuan tempoh rehat fisiologi di mana badan boleh
menumpukan mekanisme pemulihan kendiri iaitu memperbaiki dan menguatkan
organ yang mengalami kerosakan.

Proses berpuasa juga membenarkan badan membersihkan sel daripada
toksin<http://www.biovco.com/?ref=yg>dan bahan buangan yang terkumpul.

Berpuasa juga memberikan saluran penghadaman masa yang diperlukan untuk
berehat sepenuhnya dan menguatkan lapisan mukosanya.

Satu lapisan mukosa usus yang sihat adalah amat perlu bagi mencegah
kebocoran protein yang tidak terhadam dengan sempurna daripada masuk ke
dalam sistem peredaran darah, dengan itu ia memberi perlindungan daripada
keadaan (penyakit) autoimun.

Sesuatu saluran penghadaman yang sihat juga membantu dalam perlindungan
kepada darah dan organ dalaman terhadap berbagai jenis toksin persekitaran
dan metabolik.

Apa yang perlu dilakukan semasa sahur?

1. Minum air dengan banyak – ia dapat membantu untuk mengeluarkan toksin
daripada badan <http://www.biovco.com/?ref=yg>. Adalah penting untuk anda,
jika boleh, meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air (1 hingga 1.5 liter)
sewaktu tempoh bersahur ini untuk penghidratan badan anda.

2. Makanlah makanan yang berlainan warna – buah-buahan dan sayuran kaya
dengan serat, penuh dengan zat galian, vitamin dan kimia tumbuhan yang
dikenali dengan fitonutrien yang boleh mencegah serta merawat penyakit.
Kurangkan makanan bergoreng dan berminyak.

3. Ambillah minuman 'hijau' (Greens) yang bermutu tinggi setiap hari –
pilihlah minuman "hijau" berkhasiat <http://www.biovco.com/?ref=yg> yang
menyediakan pelbagai jenis makanan terbaik dan fitonutrien untuk membantu
dalam proses nyahtoksik, membekalkan perlindungan antioksidan dan kesihatan
serta meningkatkan tahap tenaga.

Berikut adalah senarai dan panduan bahan-bahan terbaik dari formulasi
minuman 'hijau' "advanced formula" untuk nyahtoksik dan kesihatan:

* Asid alfa-lipoik (ALA) – berfungsi sebagai antioksidan larut air dan
lemak, ALA bertindak secara bersinergi dengan vitamin C dan E; membantu
dalam penghasilan glutation (sejenis antioksidan) dan menyumbang kepada
keseluruhan keupayaan badan untuk meneutralkan kerosakan radikal bebas dan
menggalakkan nyahtoksik.

* Bioflavonoid – sebahagian daripada vitamin C kompleks yang dijumpai dalam
kulit buah sitrus dan buah-buahan serta sayur-sayuran lain, bioflavonoid
meningkatkan aktiviti dan penyerapan vitamin C.

l Milk thistle (Silybum marianum)– membersih dan memperkayakan hati dengan
meningkatkan takat glutation (sehingga 35 peratus); mengubah membran luaran
sel hati, membentuk halangan yang boleh melindungi hati dari
toksin<http://www.biovco.com/?ref=yg>
.

* Akar Dandelion (Taraxacum officinale) - merangsang hati untuk
menyahtoksikkan racun; merangsang pengeluaran hempedu daripada pundi
hempedu; bertindak sebagai pembersih darah dan penjulap.

* Akar Burdock – merangsang ginjal dan membantu dalam pembuangan toksin dari
sistem badan.

* Serat – yang larut dan yang tidak larut, meningkatkan fungsi pergerakan
usus, membersihkan kolon dan melegakan sembelit<http://www.biovco.com/?ref=yg>.
Biji flax dan pektin buah epal adalah sumber serat yang amat baik.

* Teh hijau – Katecin, bahan aktif dari teh hijau menambah penghasilan
sekumpulan bahan nyahtoksin asas secara mendadak.

* Akar Licorice (Glycyrrhiza glabra) – penjulap lembut yang melegakan radang
membran usus.

* Slippery Elm (Ulmus fulva) – membersihkan mucus dari usus dan melegakan
ketidakselesaan dan ulser.

* Selenium – adalah sejenis antioksidan
mineral<http://www.biovco.com/?ref=yg>yang juga berguna untuk membantu
nyahtoksik dalam hati.

* Zat makanan hijau sama ada dengan sendiri atau dalam gabungan dengan
makanan hebat seperti rumput gandum, rumput barli, spirulina, klorela dan
aphazomenon flos aqua (AFA) adalah kaya dengan klorofil dan zat makanan lain
yang membekalkan kuasa nyahtoksik bagi sistem badan.

* Bakteria baik membantu untuk meningkatkan penghadaman dan memelihara
pergerakan usus yang sihat dan bersih <http://www.biovco.com/?ref=yg>.

Kedai farmasi berdekatan anda adalah tempat yang terbaik untuk anda
mendapatkan produk minuman "hijau" yang bermutu dan berkhasiat.

Pilihlah dengan berhati-hati dan dapatkannya dari jenama yang boleh
dipercayai yang menyediakan "advanced formula" dengan sekurang-kurangnya 76
jenis makanan terbaik dan fitonutrien termasuk L-Lysine, L-Proline,
L-Carnosine, Asid Alfa Lipoik dan L-Carnitine.

Bacalah label dengan teliti untuk memastikan anda mendapat bahan-bahan yang
anda perlukan.

Apa yang perlu dilakukan semasa berbuka puasa?

Berbukalah dengan cecair terlebih dahulu dengan sedutan yang perlahan. Minum
sejumlah 500 mililiter (ml) air dan kemudian secara perlahan-lahan ambillah
1 1/2 sudu teh atau 25 gram zat makanan yang lain.

Anda boleh juga meminum jus buah-

buahan yang dicampurkan dengan sayuran seperti lobak, saderi dan akar bit
(jangan campurkan gula), dilarutkan dalam jumlah air yang sama banyak.
Ulangi keseluruhan proses untuk beberapa hari,

Bagi tempoh masa berpuasa yang tinggal, apabila tiba masa berbuka, mulakan
dengan formulasi minuman "hijau" di atas diikuti dengan makanan ringan dan
tidak memasukkan makanan pejal ke dalam sistem badan anda secara
tergesa-gesa.

Setelah selesai meminum air, ia boleh diikuti dengan mengambil makanan
separuh pejal dan menambah makanan pejal kemudian.
*Lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*


[Non-text portions of this message have been removed]


------------------------------------

Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Bicara-Remaja/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Bicara-Remaja/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke