* <http://www.biovco.com/?ref=info>*
**
*Stik boleh sebabkan kanser <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

Stik yang dimasak sepenuhnya mungkin menjadi hidangan cukup lazat, namun
boleh juga menyebabkan kanser usus, kata seorang pakar semalam.

Konsultan Bahagian Carcinogenesis Alam Sekitar, Agensi Perlindungan Alam
Sekitar Amerika Syarikat, Prof. Dr. David M DeMarini menyatakan dalam
ceramahnya bahawa daging merah yang dimasak pada suhu tinggi mengeluarkan
lebih banyak bahan *mutagenic *ke dalam DNA seseorang berbanding masakan
pada suhu rendah.

DeMarini mengemukakan kajiannya berjudul *'Daging goreng dan kanser usus:
Pengurangan DNA dimusnahkan oleh antimutagen pemakanan pada manusia'* di
Simposium Sains Kesihatan Kebangsaan Ketujuh Universiti Kebangsaan Malaysia
di sebuah hotel di sini semalam.

"Daging yang dimasak pada suhu tinggi menyebabkan mereka yang memakannya
menghadapi risiko penyakit dikenali sebagai *colorectal
adenoma.*Berdasarkan kajian kami ke atas 350 sukarelawan di Amerika,
kami dapati
mereka mempunyai lebih banyak bahan *mutagenic *dalam air kencing.

"Kami menghidangkan kepada sukarelawan ini diet daging merah pada suhu
tinggi dan suhu rendah selama sebulan dan membandingkan keputusan
kedua-duanya.

"Kajian kami menunjukkan mereka yang memakan daging yang dimasak pada suhu
tinggi mempunyai lebih banyak bahan *mutagenic *dalam air kencing," kata
DeMarini yang menyamakan risiko dijangkiti *colorectal adenoma* dengan
menghidap kanser usus.

DeMarini menjelaskan orang yang suka memakan daging yang dimasak sepenuhnya
adalah enam kali lebih mudah mendapat kanser usus berbanding dengan
vegetarian atau mereka yang memakan daging pada jumlah kecil.

Antimutagen seperti sayuran *'cruciferous'* (brokoli, bunga kobis, kubis)
dan yogurt bagaimanapun boleh membantu melindungi tubuh manusia dari
bahan-bahan mutagenic, kata beliau. - Bernama

*BACA LAIN-LAIN INFO <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

<http://www.biovco.com/?ref=info>


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke