Refleksi: Tidak mengeherankan, kalau para petinggi tentara kaya raya, yang sial ialah prajurit krocok. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm
Tentera Indonesia terbabit JAKARTA 29 Jan. - Tentera Indonesia didakwa mempunyai pembabitan besar dalam perdagangan pembalakan haram yang memusnahkan hutan hijau negara ini yang seterusnya menyumbang kepada masalah pemanasan global. Laporan oleh sekumpulan penyelidik itu dikeluarkan beberapa hari selepas kerajaan menyatakan rancangan untuk meminta kerajaan-kerajaan asing untuk menyalurkan AS$1 bilion (RM3.4 bilion) dalam 'dana pelaburan hijau' untuk membantu mengurangkan gas hijau melalui projek infrastruktur mapan. Penyokong alam sekitar mempersoalkan, kerajaan akan dapat mencapai sasaran mengurangkan pencemaran sebanyak 26 peratus dari paras tahun 2005 menjelang 2020 dengan menghentikan pembalakan haram yang berleluasa. Namun kajian terbaru oleh Pusat Kerjasama Kajian Asia Timur (CEACoS) di Universiti Indonesia mendedahkan ia adalah perkara yang sukar dilaksanakan kerana pembabitan pihak tentera dalam perdagangan balak haram. Pengarah Eksekutif CEACoS, Tirta N. Mursitama yang mengetuai projek tersebut menyatakan, pihak tentera bertindak sebagai pengendali, pelabur, pelancar kerja dan orang tengah kepada pembalak haram di hutan bersempadan dengan Malaysia. "Anggota tentera dari prebet hinggalah komander kawasan terlibat dalam pembalakan haram kawasan sempadan," katanya kepada pemberita. Kajian itu meliputi tempoh masa dari 1999 hingga 2006 di Kalimantan Timur, kawasan Indonesia di Kepulauan Borneo yang hutannya diratakan untuk produk balak dan penanaman kelapa sawit, kehilangan kawasan hijau yang paling cepat di dunia. Mursitama berkata, pegawai tinggi tentera menerima hasil daripada orang bawahan yang terlibat dalam pembalakan haram, sementara sebilangan lagi mempunyai hubungan rapat dengan 'cukong' atau ketua sindiket pembalakan haram. Penglibatan lain termasuk pelaburan dalam syarikat balak dan menerima rasuah untuk menguruskan permit pembalakan dari Kementerian Perhutanan. Seorang jurucakap tentera berkata, dia tidak melihat laporan itu dan tidak dapat mengulas mengenainya namun berjanji membuat tindakan susulan mengenainya. - AFP
<<4_17_2.gif>>
sig.jsp?pc=ZSzeb114&pp=GRfox000
Description: Binary data