Refleksi:  Beda panjang waktu  hukuman penjara Antasari dengan para  pengibar 
bendera Bintang Kejora atau Benang Raja tidak berbeda jauh. Tetapi, bagi 
Antasari setelah beberapa  waktu dipenjara, pasti akan dibebaskan atas dasar 
berkelakuan baik.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

Antasari terlepas hukuman mati

Daripada BORHAN ABU SAMAH
borhan.sa...@utusan.com.my


     
      Antasari Azhar (tengah) memeluk dua anak perempuannya, Ajeng (kiri) dan 
Dita selepas perbicaraan kes bekas ketua pengarah badan antirasuah Indonesia 
itu di mahkamah Jakarta, Indonesia, semalam. - AP 

--------------------------------------------------------------------------
     


JAKARTA 11 Feb. - Bekas Ketua Pengarah Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah 
Indonesia (KPK), Antasari Azahari dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh 
Mahkamah Jakarta Selatan setelah didapati bersalah merancang pembunuhan ahli 
perniagaan Nasruddin Zurkarnaen.

Perbicaraan pembunuhan Pengarah Urusan PT Putra Rajawali Banjaran, iaitu sebuah 
syarikat farmasi sejak empat bulan lalu akhirnya diputuskan oleh Majlis Hakim 
yang diketuai oleh Herri Suwantoro hari ini.

Sebaik hakim membacakan hukuman itu terdengar teriakan 'Tidak adil, tidak adil, 
tidak adil' daripada orang ramai yang mengerumuni mahkamah sejak pagi lagi.

Antasari, 56, yang terlepas daripada hukuman mati, mengulas keputusan mahkamah 
itu berkata, beliau akan meminta pasukan peguamnya mengemukakan rayuan.

"Kami sangat menghormati keputusan yang dijatuhi hari ini dan menghargainya 
sejak awal, namun sebagai warga negara dan penegak undang-undang dan demi untuk 
wujudkan kebenaran dan mencapai keadilan, kami akan mengemukakan rayuan," 
katanya. 

Pihak pendakwa yang sebelum ini mahukan Antasari dihukum mati melalui Ketua 
Pendakwa, Cirrus Naga turut menyatakan bakal mengemukakan rayuan.

Terdahulu, tiga orang lagi yang dituduh terlibat dalam konspirasi itu turut 
dibicarakan serentak dan berasingan di mahkamah yang sama telah didapati 
bersalah.

Bekas Ketua Polis Jakarta Selatan, Williardi Wizar dijatuhi hukum penjara 12 
tahun oleh Hakim Artha Theresia.

Sementara seorang ahli perniagaan, Sigid Haryo Wibisono dijatuhi hukuman 
penjara 15 tahun oleh Hakim Charis Mardiyanto.

Kedua-dua mereka yang sebelum ini dituntut supaya dikenakan hukuman mati oleh 
pihak pendakwa, akan mengemukakan rayuan.

Seorang lagi ahli perniagaan, Jerry Hermawan Lo dijatuhi hukuman penjara selama 
lima tahun oleh Hakim Syamsuddin, walaupun pihak pendakwa menuntut hukuman 
penjara 15 tahun.

Sementara itu, Jerry kecewa dengan hukuman penjara tahun itu akan tetap 
mengemukakan rayuan walaupun hukuman itu lebih ringan berbanding diterima oleh 
Sigid dan Williardi.

Sebelum ini lima orang yang didakwa terbabit dalam pembunuhan itu telah 
dijatuhi hukuman penjara 17 dan 18 tahun oleh Mahkamah Tangerang, dekat sini.

Mengikut fakta kes, Nasrudin ditembak dua das di kepalanya pada tengah hari 
Sabtu, 14 Mac 2009 ketika berada di tempat duduk belakang kiri keretanya di 
kawasan Padang Golf Modernland, Tangerang Selatan, setelah bermain golf. 

Beliau meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Pusat Angkatan Darat Gatot 
Subroto, Jakarta. 

Pembunuhan itu didakwa bermotifkan hubungan asmara Antasari dengan Rhani 
Juliani, iaitu isteri ketiga Nasrudin.

Penembak, Daniel Daen Sabon, dipenjara 18 tahun, manakala empat yang lain 
Hendrikus Kia Walen, Heri Santosa, Franciscus Tadon Kerans, dan Eduardus Noe 
Ndopo Mbete dipenjara 17 tahun. - Utusan

<<lu_01.1.jpg>>

Kirim email ke