Taisir Mustolahul-Hadis (3)

Dr. Mahmud Thohan



Karangan-Karangan Yang Terkenal Di Dalam Ilmu Mustalah



1. Al-Muhaddith al-Fasil Bayna al-Rawi wa al-Wa'iy



Kitab ini ditulis oleh al-Qadhi Muhammad al-Hassan bin Abdul Rahman bin Khallad 
al-Ramahurmuzi (wafat 360H), tapi beliau tidak meliputi kesemua perbahasan 
mustalah hadis. Senario begini biasanya berlaku kepada orang yang mula-mula 
merintis dalam menulis mana-mana ilmu.



2. Ma'rifah 'Ulum al-Hadith



Penulisnya Abu Abdullah al Hakim al-Nisaburi (wafat 405H). Kitab ini meliputi 
52 jenis ilmu hadis bagaimanapun ia tidak tersusun mengikut tertib ilmu 
mustalah.



3. Al-Mustakhraj 'ala Ma'rifah 'Ulum al-Hadith



Ditulis oleh Abu Nu'aim Ahmad bin Abdullah al-Asfahani (wafat 430H). Beliau 
menambah beberapa kaedah yang tidak disebutkan oleh al-Hakim. Dalam pada itu 
masih ada beberapa fasal yang tertinggal yang mungkin dapat ditambah oleh orang 
lain.



4. Al-Kifayah Fi ilm Al-Riwayah



Karangan Abu Bakar Ahmad Bin Ali Bin Thabit Al-Khatib Al-Baghdadi (W463). 
Sebuah kitab yang lengkap dengan permasalahan-permasalahan ilmu mustalah yang 
telah disaring, menjelaskan kaedah-kaedah periwayatan dan diakui sebagai sumber 
utama ilmu ini.



5. Al-Jami' Li Akhlaq Al-Rawi Wa Adab Al-Sami' juga ditulis oleh AL-Khatib Al 
Baghdadi. Ia membincangkan etika periwayatan sebagaimana jelas tertera pada 
tajuknya. Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat 
bernilai dari segi kajian-kajian dan bahan-bahannya atau kandungannya. Sangat 
sedikit sekali bidang-bidang ulum hadis yang tidak ditulis oleh beliau 
melainkan ada karangan yang berasingan tentangnya. Benar sekali kata-kata 
Al-Hafiz Abu Bakar Bin Nuktah: "Setiap orang yang adil pasti mengetahui bahwa 
semua muhaddithin selepas beliau adalah bergantung kepada kitab-kitabnya."



6. Al-Ilma' ila Ma' rifah usul Al-Riwayah Wa Taqyid Al-Sama' ditulis oleh Qadhi 
Iyad Bin Musa Al-Yahsub ( w 544 ) kitab ini tidak meliputi kesemua perbahasan 
ilmu mustalah tetapi hanya berkaitan dengan kaedah penerimaan dan penyampaian 
hadis serta cabang-cabangnya. Kitab ini sangat baik dalam bab ini dan mempunyai 
susunan yang indah.



7. Ma La Yasa' al-Muhaddith Jahluh



Ditulis oleh Abu Hats Umar bin Abdul Majid al-Mayanaji (W 580H). Ia merupakan 
satu risalah yang ringkas.



8. 'Ulum al-Hadith



Karangan Abu 'Amr Uthman bin Abdul Rahman Shahrazuri yang lebih dikenali dengan 
Ibn al-Salah (W643). Kitab ini sangat terkenal dan merupakan antara kitab-kitab 
yang terbaik dalam ilmu mustalah. Pengarangnya menghimpunkan 
perbahasan-perbahasan yang terselerak di dalam karangan-karangan al-Khatib al 
Baghdadi dan ulama sebelumnya. Kitab ini penuh dengan fakta-fakta penting 
cumanya ia tidak tersusun dengan rapi. Ini kerana pengarang mendiktekan satu 
demi satu kepada pelajar-pelajar beliau. Ia telah diringkaskan, dinazamkan, 
dikritik dan juga disokong.



9. Al-Taqrib wa al-Taysir Li Ma'rifah Sunan al-Basyir al-Nazir



Ditulis oleh Muhyi al-Din Yahya bin Syaraf al-Nawawi (W676). Kitab ini 
merupakan ringkasan kepada kitab "`Ulum Hadith Ibn Salah". Kitab ini sangat 
baik namun kadang-kadang terdapat frasa-frasa yang sukar difahami.



10. Tadrib al-Rawi Fi Syarh Taqrib Al-Nawawi



Ditulis oleh Jalaluddin Abdul Rahman bin Abi Bakr al-Suyuti (W 911) merupakan 
ulasan kepada karangan "Taqrib" al-Nawawi. Pengarangnya mengumpul pelbagai 
fakta penting yang berguna.



11. Nazm al-Durar fi ilm al-Athar



Pengarang ialah Zainuddin Abdul Rahim bin Al-Husain al-Iraqi (W 806) 
ungkapan-ungkapan syair ini terkenal dengan "Alfiyah al-Iraqi". Beliau telah 
menazamkan kitab "`Ulum Hadith Ibn Salah" dengan membuat beberapa tambahan. Ia 
sangat baik dan banyak mempunyai fakta-fakta penting dan ditulis beberapa 
ulasan. Antaranya dua ulasan yang disusun oleh pengarang sendiri (Fath 
al-Mughith- al-Iraqi).



12. Fath al-Mughith Fi Syarh Alfiyah al-Hadith



Ditulis oleh Muhammad bin Abdul Rahman (W902) merupakan penjelasan kepada 
"Alfiyah al-Iraqi". Ia huraian yang paling lengkap dan baik bagi "Alfiyah".



13. Nukhbah al-Fikar Fi Mustalah Ahl al-athar



Karangan al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani (W 852). Sebuah risalah yang terlalu 
ringkas tetapi sangat baik dan bermutu. Pengarang telah mencipta dan 
pembahagian yang baru yang tidak pernah ada sebelum ini . Beliau sendiri 
menghuraikannya dengan diberi nama "Nuzhah al-Nazar" dan kitab ini juga telah 
diberi penjelasan oleh ulama lain.



14. Al-Manzumah al-Bayquniyyah



Disusun oleh Umar bin Muhammad al-Bayquni (W 1030). Ia merupakan nazam yang 
sangat ringkas tidak melebihi 34 bait dan baik. Ia telah dihuraikan dengan 
banyaknya oleh ulama.



15. Qawa'id al-Tahdith



Disusun oleh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi (W 1332) merupakan karya yang sangat 
bermutu. Di samping itu terdapat banyak lagi kitab-kitab lain untuk disebutkan 
dan penulis hanya menyebutkan yang masyhur sahaja. Semoga Allah Subhana wa 
Ta'ala memberi ganjaranNya kepada kita semua.

***** This message may contain confidential and/or privileged information. If 
you are not the addressee or authorized to receive this for the addressee, you 
must not use, copy, disclose or take any action based on this message or any 
information herein. If you have received this communication in error, please 
notify us immediately by responding to this email and then delete it from your 
system. PT Pertamina (Persero) is neither liable for the proper and complete 
transmission of the information contained in this communication nor for any 
delay in its receipt. *****


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke