Lagi2 Coppas.. [:)]
Wass
-szu-

CINTA SEJATI

@ Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui
Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti
setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak
bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali
menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui
betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya
sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak
bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku
tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya
bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu
sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan
di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke
dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu
lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak
dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu,
turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang
taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama
mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-
orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman."
Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. .

Tauladan dari kisah ini:

Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan
yang tulen
Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita
sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita bersama nabi di
akhirat nanti.
Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang
teramat sangat jika tidak bertemu .
Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata
akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat
mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda,meskipun baginda
sudah wafat.
Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang
mengasihi baginda.
Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan
keagamaan dan semata-mata kerana Allah.


Kirim email ke