Johor Bahru: Dua penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) berusia
awal 20an disyaki pasangan lesbian ditangkap pihak berkuasa selepas
penemuan alat perangsang seks bentuk kemaluan lelaki dalam serbuan ke atas
sebuah hotel bajet di Johor Jaya Johor, awal pagi tadi.
Dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ)
kira-kira 2 pagi itu, dua penuntut terbabit yang menuntut di Pulau Pinang
dan Pasir Gudang, di sini mendakwa alat berkenaan baru dibeli secara dalam
talian (online).
Ketika ditahan keduanya berada dalam keadaaan terpinga-pinga dan mendakwa
alat sulit berkenaan baru sampai selain belum lagi 'merasainya'.
Namun akibat ketakutan dan risau selepas disoal oleh pegawai peguatkuasa,
salah seorang daripadanya mengakui, dia mengambil penerbangan dari Kuala
Lumpur untuk bertemu kakaknya yang juga berperanan sebagai 'suami' atas
ranjang.
Mereka ditahan di bawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Johor
1997 kerana melakukan muhasaqah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan
hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau keduanya sekali.
Dalam operasi yang turut dijalankan di sekitar Ulu Tiram, Taman Desa
Cemerlang itu, tujuh pasangan lain berjaya ditangkap termasuk guru tahfiz,
pengurus sebuah syarikat swasta, jururawat dan anggota tentera.
Operasi yang bermula sejak 11 malam itu selesai kira-kira 3.30 pagi tadi.-HM
--
Dicatat Oleh zuerieyana ke Says Blog di 9/01/2014 04:26:00 PG
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+unsubscr...@googlegroups.com.
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.