ALOR SETAR - Tiga mak nyah lari bertempiaran selepas diserbu Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) ketika Ops Bersih di sekitar bandar raya ini, awal pagi semalam.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, seramai 30 anggota menyertai operasi itu.

"Kesemua tahanan disoal siasat dan dibebaskan dengan ikat jamin.

"Kita akan tunggu keluarga atau waris mereka datang memberi jaminan dan seterusnya akan didakwa di mahkamah," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, mak nyah dikenali sebagai Rosalinda, 47, memberikan alasan kakinya patah dan merayu untuk dilepaskan ketika serbuan dilakukan.

"Saya buat kerja ni untuk dapatkan wang," katanya.




Seorang lagi mak nyah digelar Emy, 24, dilaporkan pernah dicekup sebelum ini.

"Saya hanya nak dapatkan duit lebih, tetapi kadang-kadang tak banyak. Mereka hanya bayar RM10 hingga RM30 sahaja," katanya.

Lebih memeranjatkan operasi itu turut menahan seorang mak nyah remaja berusia 15 tahun.

Dia berkata, pekerjaan ini adalah sumber pendapatan tetapnya.

Bentuk badannya yang persis gadis mengakui mula terlibat dengan aktiviti sumbang itu secara serius selepas di bawa rakannya ke kawasan tersebut.

"Saya bekerja tak sampai setahun di kawasan ini. Saya terpaksa lakukan kerja ini sebab tiada sumber pendapatan lain," katanya. -SH





--
Dicatat Oleh zuerieyana ke Says Blog di 11/30/2014 07:30:00 PTG

--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis: http://groups.google.com/group/gudangmedia Blog: http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
  http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
  http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
  http://pendek.in/0xn7
-
--- Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim 
email ke gudangmedia+unsubscr...@googlegroups.com.
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.

Reply via email to