PASIR GUDANG - "Saya hanya mampu menangis dan membiarkan ayah rogol saya
kerana terlalu takut," luah seorang remaja 14 tahun yang menjadi mangsa
rogol bapa kandungnya sendiri, Julai tahun lalu.
Mangsa yang ingin dikenali sebagai Suria berkata, kejadian berlaku ketika
dia sedang tidur bersama empat adik yang masih kecil di ruang tamu rumah di
sebuah kampung, di sini selepas ibu pulang ke kampung bersama adik bongsu.
Menurutnya, peristiwa hitam itu hanya diberitahu kepada rakan ibunya yang
juga jiran sekampung dan dirahsiakan daripada pengetahuan ibu kerana
bimbang tidak dipercayai ibu kandungnya.
"Saya sebelum itu memang menumpang tidur di rumah jiran selepas ibu pulang
ke kampung, namun memikirkan adik-adik nak bersekolah keesokan harinya saya
membuat keputusan tidur bersama mereka di ruang tamu, manakala ayah di
dalam bilik tidur.
"Saya terkejut dan sedih diperlakukan sedemikian rupa oleh ayah, sedangkan
saya anak kandungnya sendiri.
"Kawan ibu nak bawa saya buat laporan polis, tapi saya menolak kerana
terlalu takut. Saya hanya fikir apa perasaan ibu jika dia mengetahui
perlakuan ayah," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Suria berkata, ibu saudara yang baharu mengetahui peristiwa hitam yang
berlaku Julai lalu itu terlalu marah lalu membawanya membuat laporan polis
di Balai Polis Pasir Gudang kelmarin.
Menurutnya, hatinya sebak tatkala melihat raut wajah ibu yang mungkin
kecewa dengan tindakan bapa terhadapnya.
"Saya sedih melihat kelopak mata ibu digenangi air mata ketika doktor
menceritakan hal sebenar kepada ibu.
"Maafkan kakak ibu... kakak terpaksa..Kakak sayang ibu dan adik-adik,"
katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad
Salleh mengesahkan menerima laporan daripada pengadu yang hadir bersama
ibunya, kelmarin.
Katanya, suspek yang merupakan bapa kandung mangsa telah ditahan polis,
petang kelmarin untuk siasatan lanjut.
"Mangsa juga telah kita hantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan," katanya. -SH
--
Dicatat Oleh zuerieyana ke Says Blog di 4/27/2015 11:57:00 PTG
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+unsubscr...@googlegroups.com.
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.